BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, August 31, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 56

Kepada semua rakyat Malaysia....


Thursday, August 29, 2013

AMALBACA TASBIH NABI YUNUS INSYALLAH MEMBANTU LEGAKAN MASAALAH TERLEKAT TULANG IKAN DALAM KERONGKONG

Tasbih Nabi Yunus ini dibaca ketika di dalam

perut ikan nun. 







Maksudnya : 
Tidak ada Tuhan yang benar disembah hanya
Engkau ya Allah, maha suci Engkau, aku
adalah orang yang membuat zalim atas diriku.
Maka kami perkenankan permintaannya dan kami
lepaskan dia dari kedukaan, demikianlah kami
selamatkan orang-orang yang beriman.

Dengan amalbaca tasbih Nabi Yunus ini, insyallah
boleh bantu legakan masaalah terlekat tulang
ikan dalam kerongkong.

Cara yang boleh di amalkan :

1. Buatkan ketulan nasi dan baca tasbih ini.
   Kemudian makan ketulan nasi ini. Kunyah
   pelan2 dan telan dengan menghalakan ke
   kawasan terlekatnya tulang ikan itu di
   dalam kerongkong.

   Amalkan sekerap boleh hingga rasa lega
   atau tiada lagi rasa sakit akibat cucukan
   tulang ikan tu di dalam kerongkong.

2. Kemudian minum air banyak2. Amalkan juga
    baca tasbih ini sebelum minum.

Selain ketulan nasi, boleh juga guna kepingan
roti lembut.

Mengenai tasbih di atas, Ibnu Suni meriwayatkan :
Rasulullah SAW menerangkan bahawa baginda telah
mengetahui sebuah kalimat, jika membaca kalimat
itu, orang yang kesempitan akan dilapangkan Tuhan.
Kalimat itu kata baginda ialah kalimat yang diucapkan
oleh saudaraku Yunus ketika berada didalam perut
ikan Nun.

Saad bin Malik menerangkan bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda : "Nama Tuhan yang Maha Mulia, siapa
yang bedoa dengan nama itu akan diperkenankan 
doanya. Dan siapa yang meminta dengan nama itu akan
diberi, ialah apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus
didalam perut ikan Nun."

Firman Allah SWT :
" Jika tidak kerana dia ( Nabi Yunus ) daripada orang
yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya
tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai 
hari kiamat."




Tuesday, August 27, 2013

KISAH AHLI SYURGA : KETA'ATAN UWAIS AL-QARNI KEPADA IBUNYA..

















Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni?

Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut
namanya oleh Rasullulah SAW kepada para sahabat 
baginda.Rasullulah SAW pernah berpesan kepada 
Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir
di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang
akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan
Rasullulah SAW).

 Tujuan Rasullulah SAW menyuruh Saidina Umar ra dan 

Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah
meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah SWT supaya
mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan
Saidina Ali ra).

Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga

Rasullulah SAW meminta sahabat mencari dan meminta 
doa darinya.

Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais al-Qarni

akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra.
Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari
kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah,
akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada
pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah
orang yang Rasulullah SAW sebut-sebutkan ini kerana,
Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang
waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak

di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit
yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah
seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang
ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk
mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal
dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit
sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai
beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni

bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji 
di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar
agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan
haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni tidak
berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana
pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji
dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah
rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi
diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk

ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki
unta.

Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi,

Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli
seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis
menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’
(tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit,
apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau
akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal.
Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun
dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang
dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung
lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu
makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan
orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik,
membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian
setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi
dibawa turun bukit.


Monday, August 26, 2013

SELAMAT BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Kepada semua pelajar SPM 2013 dan ibu bapa
juga,
SELAMAT BERJAYA...


















Mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah
sebelum menjawab soalan peperiksaan dan jika
menghadapi
tekanan semasa menjawab soalan,
bacalah
doa ini sebanyak yang boleh untuk tenangkan
hati..















Thursday, August 22, 2013

OBAT HATI ADA 5 PERKARA



Wednesday, August 21, 2013

HATI INI MILIK ALLAH

Sentiasa beringat kita semua kepunyaan Allah SWT.
DariNya kita dihidupkan dan kepadaNya kita
dikembalikan.

Setiap dugaan yang diturunkan kepada kita
pasti ada hikmah disebaliknya.

Oleh itu sentiasalah bertakwa dan sentiasalah
bersangka baik kepada Allah SWT.


Wednesday, August 14, 2013

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK DAN AMALAN MENANGANI ANAK YANG NAKAL

SATU PERKONGSIAN :...






















1. Baca “YA LATIFF” sebanyak 7 KALI dan hembuskan
    ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah TIDUR.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah

    MEMUJUK.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati

    anak-anak.

4. Bila bangun pagi, PELUK anak, USAP kepalanya dan

    berSELAWAT sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah AL-FATIHAH, SURAH TAHA ayat 1 hingga 5


   














    diikuti DOA NABI DAUD 3 KALI .
    Doanya ... “YA ALLAH,
LEMBUTKAN HATI ANAKKU
    (SEBUT NAMANYA) SEPERTIMANA ENGKAU LEMBUTKAN
    NABI DAUD AKAN BESI.".

    Kemudian hembuskan pada makanan dan 
    minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada
    susu.

 6. Bantu anak mudah baca zikir
'Ya Latiff' sebanyak
     129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura :

















7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak 
    belajar.
















8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan 
   doa dari Surah Al-Imran ayat 200 :




  


 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah
  kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta
  bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”.

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun

   anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan
   menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika
   anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini
   otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan
   mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah

   Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud :

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud :





 





Tuesday, August 13, 2013

PERANAN ISTERI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT NANTI...



Monday, August 12, 2013

GANJARAN PAHALA BG PARA ISTERI YG TAAT ...

SELAMAT HARI RAYA
DAN MAAF ZAHIR BATIN..

Amalkan doa di bawah ini..


















1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh
isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada
suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji
dan umrah”


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh
suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan
1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang
syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah
menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan
harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang
isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya
redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang
yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan
Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat
kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga
dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum
di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Bacalah Quran Dan Hayatinya


Monday, August 5, 2013

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DENGAN SELAMAT.....BERHATI2 MEMANDU DI JALANRAYA

Saja nak ucapkan awal....



Thursday, August 1, 2013

PERBANYAKKANLAH MEMBACA AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN INI



















Fadhilat membaca Al-Quran :


1. "Barangsiapa yang telah membaca Al-Quran
    satu huruf daripada kitab Allah maka baginya
    satu ganjaran pahala. Dan satu ganjaran
    pahala menyamai 10 bandingan. Tidak aku
    kata alif, lam, min, itu satu huruf akan tetapi
    alif satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf."

    ( HR Al-Tarmizi )

2. "Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran
     kerana mengingatiku dan kerana meminta kepadaku,

     nescaya aku akan berikan selebih-lebih baik daripada
     semua orang yang meminta padaku. Dan kelebihan
     kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti 
     kelebihan Allah ke atas makhluknya."
    ( HR Al-Tarmizi )

3. Orang yang mengajarkan Al-Qur an pada anaknya pada
    masa kecil dan selalu membacanya pada masa tuanya 
    akan mendapat perlindungan arasy Allah swt dihari kiamat.

4. Tanda2 kecintaan Allah swt adalah bahawa Allah swt 

    memasukkan rasa cinta pada Al-Quran dalam hati 
    seseorang.

5. Seseorang yang benar-benar sibuk menghafal / mempelajari

   / memahami Al-Quran sehingga tidak mempunyai waktu 
   untuk berdoa, maka Allah swt akan memberikan sesuatu
   yang lebih utama daripada yang diberikan pada orang
   yang berdoa.

6. Orang yang beriman pada Al-Quran dan mengamalkannya,

    maka Allah akan mengangkat darjatnya dan memuliakannya 
    dunia dan akhirat.

7. Orang yang ahli dalam Al-Quran ( benar-benar 

    menghafalnya, sering membacanya, memahami makna
    dan maksudnya ), di padang mahsyar akan berada
    bersama malaikat pencatat yang mulia dan benar. Dan
    orang yang terbata-bata dalam membaca Al-Quran
    dan bersusah payah mempelajarinya mendapat pahala
    2 X lipat ( satu dari bacaannya dan satu lagi dalam
    kesungguhannya dalam berusaha membetulkan bacaannya ).

8. Barangsiapa yang sungguh-sungguh ingin menghafal

    Al-Quran tapi tidak mampu, namun terus menerus
    membacanya, maka Allah akan membangkitkannya
    dihari kiamat dengan para hafidz Al-Quran.

9. Barangsiapa yang menghormati, menunaikan hak-haknya

   dan mengamalkan Al-Quran maka al-Quran akan
   membelanya dihadapan Allah swt dan memberi syafaat
   serta menaikkan darjatnya.

10. Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan

     apa yang ada didalamnya, maka pada hari kiamat dia
     dan kedua orang tuanya akan dipakaikan mahkota
     yang cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari
     walaupun dia berada dalam rumah, serta dipakaikan
     pakaian yang keindahannya tidak ada yang sanggup
     menandinginya.