BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, November 30, 2013

FADHILAT ISTIGHFAR : MENGHAPUS DAN MENUTUP DOSA

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

*************************************************


Amal baca surah Ali-Imran ayat 135 sebagai
meminta ampun dan penutup dosa kita kepada Allah SWT.




Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. 

Istighfar juga bererti minta ditutup segala kesilapan atau 
kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan 
dari kubur di Padang Mahsyar kelak, segala keaiban 
tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik 
di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara 
keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. 
Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta 
ditutup dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota 
yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana 
memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut 
kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan 
adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat 
dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat 
kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabda Baginda lagi yang bermaksud:


Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah.
Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:



Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak 
disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan 
makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah SWT ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari 
medan peperangan”.

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya 
ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir 
kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabda Baginda lagi yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan 
Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa 
pada waktu itu.

Sabda Nabi saw bermaksud:


Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan 
sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap 
hari 100 kali.

Friday, November 29, 2013

SURAH AL HUD AYAT 57 - AMALKAN UNTUK SELAMAT DARI GANGGUAN MANUSIA, JIN, IBLIS

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

****************************************************

SALAM JUMAAT KEPADA SEMUA RAKAN2...

Fadilat Surah Al-Hud Ayat 57 :












Thursday, November 28, 2013

JANGAN BUNUH SEMUT..

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

*************************************************

















JANGAN BUNUH SEMUT! 

Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang 
pernah dipesan oleh Nabi saw , kita ucaplah "Assalamualaikum 
rakyat Nabi Sulaiman a.s. "Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, 
Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yang sentiasa berzikir kepadaNya.

Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, 
kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku 
agar kamu selamat".

Jika kita tidak suka kepada semut-semut ini, kita tegur mereka 
dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. sebab semut-semut 
ini adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. 

Semut-semut ni juga serangga yang sentiasa berzikir kepada 
Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada di dalam 
Al-Quran.

Tapi persoalannya boleh kah kita semua berbuat sedemikian
seperti di pesan oleh Nabi saw. Seandainya boleh, alhamdulillah.


Wednesday, November 27, 2013

CAHAYA DI HARI KIAMAT

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

******************************************************


Tuesday, November 26, 2013

WAKTU JIN DAN SYAITAN BERKELIARAN

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

**********************************************
Rasulullah SAW bersabda:

" Apabila petang hari menjelang malam tiba, tahanlah 
(di dalam rumah) anak-anak kecil kamu, kerana pada saat 
itu syaitan berkeliaran. Apabila permulaan malam sudah tiba, 
diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah, tutuplah pintu-pintu 
(termasuk tingkap) kalian dengan terlebih dahulu menyebut 
nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu 
yang dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini, dan 
ikatlah kendi-kendi air kamu (qirab adalah jama dari qurbah 
yakni tempat air yang diperbuat dari kulit dan di hujungnya 
biasa diikat dengan tali untuk menghalang kotoran masuk) 
sambil menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas atau 
wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun 
hanya ditutup dengan sesuatu alakadarnya dan matikanlah 
lampu-lampu kalian (apabila tidur), "(HR. Bukhari Muslim).



















Dalam hadis di atas Rasulullah SAW menganjurkan lima hal 
ketika petang hari menjelang malam tiba.

1. menyuruh masuk dan diam anak-anak,

2. menutup pintu, kerana dengan demikian, syaitan tidak akan 
mengganggu kanak-kanak tersebut juga syaitan tidak akan 
dapat masuk ke dalam rumah yang sudah dikunci dengan 
menyebut nama Allah sebelum ini.

3. mengikat (menutup) tempat air.

4. menutup bekas dan bekas-bekas, kerana syaitan juga tidak 
akan dapat membuka tempat air dan bijana yang disebutkan 
nama Allah sebelumnya, dan matikanlah lampu apabila 
menjelang tidur.


Monday, November 25, 2013

ZIKIR MENGUBAT HATI

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

*************************************************

Banyakkanlah berzikir kepada Allah swt.




















Antara zikir2 yang boleh di amalkan :














Sunday, November 24, 2013

TUJUH AMALAN RASULULLAH SAW..

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Tanaka
Bedak Arab

******************************************

Marilah sama2 mengikut tujuh amalan Rasulullah saw
ini sebagai amalan harian kita semua sementara
Allah swt masih memberi kesempatan kepada kita
untuk bernyawa dan beramal di dunia yang fana ini.

Jangan bagi DUNIA TIPU KITA dengan semua 
kesenangan dan kemewahan. Buat lah persediaan
menuju alam barzakh dan alam akhirat dengan sebaik dan 
sebanyak yang boleh serta ikhlas lah melakukan kesemua ini
supaya semuanya di terima dan tidak di tolak oleh Allah swt
nanti.



Saturday, November 23, 2013

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA SETIAP HARI

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik

**********************************************
Banyakkan berselawat kepada Nabi saw pada setiap
hari .

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, maka Allah 
akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya dan menghapus 
sepuluh kesalahannya" (Riwayat an-Nasa'i). 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sehari sebanyak seratus kali, 
maka Allah akan memenuhi seratus hajatnya, 70 di antaranya 
nanti di akhirat dan 30 di dunia" 





Friday, November 22, 2013

BERUBAT DENGAN AL-QURAN

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik

***********************************************
Sebelum mula membaca surah2 Al-Quran, mulakan membaca
ayat2 penutup Surah al-Baqarah ayat 284 - 286.



























Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah 
pada malam hari nescaya Allah swt akan menjaganya dari 
segala gangguan musuh dan syaitan.”

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya Allah swt telah mengakhiri surah Al-Baqarah 
dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan 
Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu 
dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak 
kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran.”

Al Hakim mengeluarkan hadits Nu’man bin Basyir r.a dari 
Nabi saw, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah swt telah 
menulis sebuah kitab, 2000 tahun sebelum diciptakannya langit 
dan bumi. Dan Dia menurunkan darinya dua ayat yang menjadi 
penutup surat al Baqarah. Tidaklah kedua ayat itu dibacakan 
di sebuah rumah, kecuali syaitan tidak akan mendekatinya 
selama tiga malam.” (HR. Al Hakim)

Ibnu Abbas berkata: “Ketika Rasulullah saw bersama Malaikat 
Jibril tiba2 beliau terdengar suara pintu terbuka dari atas. Jibril 
mengangkat pandangan nya ke langit lalu berkata: ‘Itu adalah 
pintu yang dibuka dilangit, pintu itu belum pernah dibuka sebelumnya’, 
(Ibnu Abbas berkata): “Lalu turunlah Malaikat darinya dan mendatangi 
Nabi saw dan berkata: ‘Sambut lah kabar gembira atas dua cahaya 
yang telah diberikan kepadamu dan belum pernah diberikan kepada 
seorang Nabi pun sebelum mu, Surah Al-Fatihah dan ayat2 terakhir 
surah Al-Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu huruf dari 
keduanya melainkan engkau akan memperoleh pahala’” 
(HR Muslim dan an-Nasa’I dalam al-Kubraa )

Thursday, November 21, 2013

AMALAKAN BACA AYAT SERIBU DINAR UNTUK KEMURAHAN REZEKI

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik

***************************************************
Amalkan baca ayat seribu dinar.

Fadhilatnya : 
Sesiapa selalu mengamalkan bacaan ayat ini akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala 
bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang InsyaAllah tidak akan cedera atau binasa 
kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan 
dalam setiap urusan.





















Disini dikongsikan beberapa petua untuk diamalkan supaya 
kita mendapat limpahan rezeki dan pengampunan dari Allah SWT :


Wednesday, November 20, 2013

MULAKAN HARI ANDA DENGAN ZIKIR2 PENERANG DAN PENENANG HATI

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik

*******************************************
Mulakan hari anda dengan zikir-zikir penenang serta
penerang hati. 

Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan 
Allah SWT.


Tuesday, November 19, 2013

7 MATA YANG DI CINTAI ALLAH SWT

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila putih dan ungu
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik 
Bedak sejuk aloe vera titik

Artikle kali ini, berkenaan 7 mata yang dicintai
oleh Allah SWT. 

Awasi lah pemandangan mata kita dari sekarang...
supaya mata kita dapat membantu kita di akhirat
nanti.


Monday, November 18, 2013

' HOMEMADE ' BEDAK SEJUK BERAS TITIK...SUDI2 LAH MEMBUAT PESANAN DISINI

Sesiapa ingin mendapatkan 'home made ' Bedak Sejuk 
Beras Titik, sudi2 lah buat pesanan disini ye.

Buatan sendiri ni.

Bahan2nya :
Beras dan pewangi halal. 
Juga dicampurkan air bacaan surah Yassin. 

Bermula dari rendaman beras selama beberapa bulan 
sehingga lah kepada proses menitik rendaman beras ni 
menjadi Bedak Sejuk Beras Titik.

Hasilnya :



















Boleh membuat pesanan dalam 80g / sebotol
atau pun 1 kg dan lebih.

Pesanan : 80g / sebotol 




















Pesanan : 1 kg



















Harga masuk kos pos laju boleh di lihat di sebelah kiri blog
ini. Scrol ke bawah.

Saturday, November 16, 2013

SYUKUR KEPADA ALLAH SWT....

Syukur kepada Allah swt, anak ke 4 saya berjaya
mendapat anugerah di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik ( MAKA ) kali ke 32 di sekolah rendah kebangsaan
nya pada pagi tadi yang dirasmikan oleh Encik Azizul Kama 
Abdul Aziz, setiausaha politik kepada menteri kewangan ke II 
Dato Seri Haji Ahmad Husni Hanadzlah. 

Walaupun anak lelaki saya ini berada dalam
tahun 5, dia berjaya mendapat 5A di dalam peperiksaan 
akhir tahun 5 dengan kedudukan 3/36 dalam kelas dan 
kedudukan 3/147 dalam darjah keseluruhannya. 

Dia juga antara dua pelajar yang mendapat 5A dalam
matapelajaran kor dalam kelasnya.

Di doakan serta diharapkan dengan anugerah kecemerlangan ini, 
akan memberi semangat yang tinggi kepada nya untuk lebih 
berusaha dalam membuat persediaaan yang lebih baik untuk 
peperiksaan UPSR nya pada tahun 2014.

Juga tidak lupa, saya ingin ucapkan TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH
kepada semua pelajar2 yang mendapat 5A dalam peperiksaan
UPSR baru-baru ini. 






































Friday, November 15, 2013

BILIK MANDI RUMAH IBLIS

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis 
meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya 
Allah SWT memberikan tempat tinggal kepada anak Adam 
untuk berada di bumi. 

"Ya Allah, Adam dan keturunannya engkau beri tempat tinggal 
di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal !!" Kata iblis. 

Allah berfirman, "tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau 
tandas. (HR Bukhari). 

Dari situlah kemudian iblis pun menggoda setiap orang yang 
memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas. 
Godaan iblis macam-macam contohnya menggoda manusia 
semasa di rumah nya ( bilik mandi / tandas ) supaya:

1. Berlama-lama 
2. Bernyanyi-nyanyi atau berkata-kata 
3. Bermain-main air atau buat sesuatu yang lain seperti
    membaca akhbar / buku 
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung di dalam tandas
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk 
    atau keluar dari bilik mandi / tandas
7. Mengambil wuduk sambil telanjang
8. Mengoret-goret dinding bilik mandi
9. Merencanakan kejahatan
10.Merasa was-was semasa mengambil wudhu
11.Menjawab azan dengan kata-kata kuat bila dengar.
    Seeloknya jawab dalam hati saja, jangan berkata-kata.

12.Bagi pasangan suami isteri pula , ada yang sanggup melakukan
    hubungan kelamin di dalam bilik mandi walaupun mereka
    tahu bilik mandi tersebut di penuhi oleh bermacam-macam
    jenis iblis dan syaitan

13.Yang hairannya ada juga individiu yang akan menghiaskan cantik2
bilik mandi nya , juga membuat saiz bilik mandi nya luas serta
selesa dan di letakkan pula dengan bermacam-macam assesori 
mandi, alatan elekronik seperi TV, radio dll.. supaya mereka akan 
rasa selesa bila berada di dalam bilik mandi / tandas padahal 
mereka tahu bilik mandi / tandas itu adalah rumah iblis / syaitan.

Maka, berhati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi / tandas. 
Tips yang baik adalah mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya 
lebih cepat lebih baik.

Amalkan lah doa ini semasa masuk dan keluar bilik mandi / tandas
untuk menghindar dari gangguan iblis / syaitan yang dilaknat



Thursday, November 14, 2013

AMALAN / DOA HARI ASYURA ( 10 MUHARRAM )

Amalan yang dituntut dan diberi ganjaran besar oleh 
Allah SWT pada 10 Muharam (Hari Asyura) ialah:

a)  Berpuasa – Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun 

lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan 
ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 
kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada 
neraka.

b)  Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada 

tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:










c)  Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
d)  Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan 
hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
e)  Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam 
golongan yang diredhai-Nya.
f)  Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya 
dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
g) Menjamu orang berbuka puasa. – Diberi pahala seperti memberi 
orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut 
mereka.
h)  Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan 
mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 
50 tahun.

Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan 
dua salam. Niatnya :









Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.

Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah 
al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

i)  Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa 
nikmal nashiir’ . – Tidak dimatikan pada tahun ini. Baca 70 kali.












j)  Membaca ‘Doa Asyura’ – Allah tidak mematikannya pada 
tahun itu tetapi  bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah 
ia diberi taufiq  membacanya.



























k)  Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka 
sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil 
sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada 
semua fakir miskin di dunia ini.
l) Melapangkan masa dan berbelanja  untuk anak dan isteri. 
– Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan 
rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya 
pada tahun berkenaan.
m)  Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu 
darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap 
rambut yang disapunya.
n)  Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya 
ketika di dalam kubur.
o)  Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya 
dalam hatinya.

Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu 
doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam 
Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Wednesday, November 13, 2013

JANGAN LUPA YE...PUASA 10 MUHARRAM



Tuesday, November 12, 2013

FADHILAT PUASA 10 MUHARRAM 1435H ( BERSAMAAN KHAMIS 14 NOVEMBER 2013 )

Fadhilat 10 Muharram....

Marilah sama2 kita berpuasa pada hari tersebut...
bersamaan Khamis 14 November 2013


Monday, November 11, 2013

10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI..

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan 
orang yang menzalimi diri sendiri. InsyaAllah


Sunday, November 10, 2013

KELEBIHAN SURAH INSYIRAH



















Kelebihan Alam Nasyrah.- Nabi Muhammad S.A.W 
bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, 
seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan 
maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah 
selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan 
urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan 
dimudahkan rezekinya.

- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan 
dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam 
segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, 
serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

-Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah 
solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan 
hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 

-Terjemahan Surah Alam-Nasyrah (atau Al-Isyirah) 

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: 
Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman 
dan hidayat petunjuk)? 

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: 
Bebanmu (menyiarkan Islam). 

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan 
berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? 

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu 
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa 
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap 
kesukaran disertai kemudahan. 

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu 
amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha 
(mengerjakan amal soleh yang lain), 

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon 
(apa yang engkau gemar dan ingini).

Saturday, November 9, 2013

RAHSIA DISEBALIK DOA ANTARA DUA SUJUD





Fahami maksud doa di atas :

Rabbighfirlii, Ya Allah ampunilah aku,
Kita tidak pernah tahu sebesar mana dosa kita. Jikalau 
orang yang sudah menyedari arti dosa dengan sungguh-sungguh, 
maka dosa sekecil apapun akan dianggapnya sebagai gunung 
besar yang berada diatas kepalanya dan akan jatuh hingga 
maut menjemput.

Warhamnii, kasihanilah aku ya Allah, rahmatilah aku ya Allah
Manusia pada dasarnya hanyalah mahluk yang lemah dan 
tiada daya dan upaya atas segala sesuatu. Jika bukan kerana 
Allah, kita bukanlah apa-apa. Tunduk adalah jalan terbaik 
untuk meminta ampunan dari Allah yang Maha Mengampuni.

Wajburnii,cukupkanlah aku ya Allah, tambali aib hambamu 
ya Allah, tutupi kesalahan-kesalahan hamba ya Allah, 
Perbaiki lah aku Ya Allah
Sudah diketahui umum bahawa manusia adalah mahluk yang 
tidak pernah merasa cukup atas nikmat-Nya. Berdo’alah agar 
kita selalu merasa dicukupkan oleh Allah, sehingga kita terhindar 
dari bunga yang akan mekar dari harta, yaitu riya’ dan serakah.

Warfa’nii, angkatlah derajatku ya Allah, dekatkan aku 
kepada-Mu ya Allah
Sungguh tiada yang lebih diinginkan seorang muslim yang 
menghambakan dirinya kepada Allah agar ditinggikan derajatnya 
dimata Allah SWT. Pandangan manusia hanyalah sementara 
berlaku di dunia fana ini, tetapi derajat dimata Allah adalah 
kekal.

Warzuqnii, berilah aku rezeki yang halal ya Allah
Setiap manusia yang dilahirkan atas izin Allah tentunya akan 
dibekali suatu paket kehidupan (qada) dimana didalamnya 
termasuk rezeki dari Allah. Akan tetapi apabila seseorang itu 
menginginkan suatu kelebihan rezeki, maka berdo’alah hanya 
kepada Allah nescaya Dia akan mengabulkannya. Dengan ikhtiar 
dan redha Allah, maka Insya Allah semua itu akan dapat dicapai.

Wahdinii, berilah aku petunjuk ya Allah, jagalah akidahku 
ya Allah, Pimpinkan lah aku Ya Allah
Di setiap manusia melekat takdir baik dan buruk, sebagai manusia 
yang lemah hendaknya kita hanya meminta petunjuk kepada yang 
Maha memberi petunjuk, yaitu Allah SWT. Orang yang diberi petunjuk 
akan lebih memandang sesuatu itu menggunakan mata hatinya, 
sebaliknya orang yang dijauhkan Allah dari petunjuknya hanya akan 
melihat dengan mata kepalanya sedangkan mata hatinya telah buta.

Wa’afinii, sehatkan hamba mu ini ya Allah
Kesihatan merupakan salah satu nikmat yang besar kepada 
seseorang manusia, tetapi hal itu kadangkala dianggap biasa bagi 
kebanyakan orang. Tatkala Allah telah menarik nikmat itu dari 
mereka, nescaya mereka akan menangis terisak-isak untuk meminta 
nikmat kesihatan yang semasa dimilikinya tidak sempat 
disyukurinya. Gunakanlah kesihatanmu di jalan Allah sebelum 
datang masa sakitmu.

Wa’fuannii, apabila hamba terlalu banyak meminta, berilah 
ampunan kepadaku ya Allah, maafkan lah aku Ya Allah

Disetiap perilaku kita tidaklah terhindar dari kesalahan yang 
menimbulkan murka Allah, maka dari itu bersegeralah untuk 
meminta ampunan kepada-Nya. Manusia pada umumnya hanya 
memikirkan kesalahan yang nampak kepada manusia lain, 
sedangkan ia selalu menganggap Allah tidak melihat
kesalahannya. Bukankah Allah Maha Pengampun, tetapi 
hal itu akan tetap berlaku jika kita tidak menyedari dan meminta 
ampunan kepada-Nya?

Friday, November 8, 2013

PERINGATAN : JANGAN BEKUKAN AIR TIN DALAM PETI AIS

Salam Jumaat,

Di hari jumaat ini yang mulia ini, banyakkanlah 
berselawat kepada Nabi s.a.w. 

Baca lah selawat ini sebanyak 7 kali setiap hari jumaat 
selama 7 jumaat berturut-turut, insyallah akan mendapat 
syafaat dari Nabi s.a.w pada hari kiamat nanti.













PERINGATAN ....AWAS....















AWAS : Jangan Bekukan Air Tin Dalam Peti Ais 
Tolong ingatkan adik-adik kita, bukan setakat memanaskan 
air tin tetapi membekukannya pun tidak boleh.

Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami 
kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya 
meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini 
menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 
31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan.

Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan 
satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan 
Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan 
terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi 
di dalam air tin berkenaan.

P/S: Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan 
atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c. Sekadar peringatan 
untuk para pembaca.

Thursday, November 7, 2013

MINYAK PANAS...SESUAI UNTUK LEGAKAN LENGUH2 OTOT BADAN BILA DI SAPUKAN

Salam rakan2 blogger,

Sudi2 lah pesan disini MINYAK PANAS ASIRO
HERBS OIL .

Sesiapa ada masaalah lenguh2 otot badan,
sapukan lah minyak panas ni pada bahagian
badan punyai masaalah tu. Insyallah akan
rasa berangin2 serta rasa panas2 di dalam
dan masaalah lenguh2 otot badan tu akan
beransur2 sembuh.

Cuba la ye...