BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, November 10, 2013

KELEBIHAN SURAH INSYIRAH



















Kelebihan Alam Nasyrah.- Nabi Muhammad S.A.W 
bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, 
seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan 
maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah 
selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan 
urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan 
dimudahkan rezekinya.

- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan 
dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam 
segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, 
serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

-Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah 
solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan 
hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 

-Terjemahan Surah Alam-Nasyrah (atau Al-Isyirah) 

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: 
Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman 
dan hidayat petunjuk)? 

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: 
Bebanmu (menyiarkan Islam). 

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan 
berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? 

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu 
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa 
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap 
kesukaran disertai kemudahan. 

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu 
amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha 
(mengerjakan amal soleh yang lain), 

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon 
(apa yang engkau gemar dan ingini).

0 komen: