BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, February 23, 2009

Makan malam di Johnny's

Salam... Hari Sabtu yang lepas, kami terima satu pesanan telefon untuk makan malam di Jaya Jusco, Ipoh. Kat Restoran Johnny's. Nak makan steamboat. Wow! Sedappp tu....
Tepat jam 8 malam, kami dah berdiri di hadapan restoran tersebut. Ramainya orang... Mujur anak saudara kami sampai dulu. Cepat-cepat kami booking tempat. Dua meja sekali, maklumlah ramai...




Hidangannya sedap. Selain dari steamboat ada juga nasi.



Tiba masa untuk makan!!! Semua mula makan dengan laparnya...



Sambil makan-makan, tetap nak posing gitu....



Alhamdulillah.... kenyang dapat makan steamboat yang lazat tuuu....

Sunday, February 15, 2009

Hayati ajer clip video ini

Saturday, February 14, 2009

Sempena hari jadi Achik

Buat anak umi, khas untuk achik

Thursday, February 12, 2009

Definasi novel

Dunia penulisan
Ketika mula-mula saya cuba menulis novel, saya tak tahu apa-apa. Terus je taip (masa tu pakai typewriter. Sampai mak marah2 sebab bising. Maklumlah taip sebelah malam). Apa saja yang terlintas dalam kepala saya tulis. Bila rasa-rasa dah habis, bagi kawan-kawan baca. Mereka mulalah bagi komen. Ada yang faham apa yang saya nak sampaikan, ada juga yang keliru. Macam-macam depa bagi komen.

So...apa yang diperlukan dalam sesebuah penceritaan?
(Ini apa yang diberitahu oleh Eka ketika saya mula-mula nak panjangkan cerpen saya menjadi sebuah novel)
Mula-mula kita perlu ada tema dan persoalan. Hah? Tema? Apa tu? Otak saya mula pusing. Tak pernah tahu sebab masa kat sekolah tulis karangan pun pakai hentam jer. Saya pun carilah buku yang sesuai untuk dijadikan panduan. Barulah saya tahu yang tema itu adalah persoalan utama yang hendak dikemukakan dalam sesebuah karya. Dan persoalan tu adalah hal-hal yang diketengahkan dalam karya.

Lepas tu mesti ada mesej. La... saya mana tahu mesej apa nak disampaikan. Tapi kata Eka, mesej mesti ada baru orang nak baca. Pening kepala.......
Mesej tu adalah amanat,pesanan atau pengajaran yang hendak disampaikan oleh pengarang. Biasanya yang mengandungi moral positif.

Plot pula adalah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cereka. Perkembangannya berdasarkan hukum sebab dan akibat. Yang ni kata Eka mesti ada klimaks dan bagaimana cara nak selesaikan masalah yang tercipta.

Watak dan perwatakan. Watak ialah tokoh yang mendukung cereka. Perwatakan pula cara pengarang melakarkan warna pada watak yang dicipta. Pangarang mesti kenal betul-betul dengan watak yang diciptanya itu. Baru nampak real....

Gaya bahasa ada banyak. Ada yang suka menggunakan ayat yang panjang (macam saya, sebab saya tak reti nak cakap direct. Mesti nak around the bush) Ada penggunaan dialog, perkataan pinjaman dan bahasa daerah, dan banyak lagi.

Latar adalah pembicaraan latar sesebuah cereka. Latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Memandangkan saya orang Melayu, jadi latar masyarakat saya lebih kepada kemelayuan. Budaya lain saya tak faham sangat.

Sudut pandang ialah kedudukan pencerita dalam menyampaikan ceritanya. Ada sudut pandang pertama, orang ketiga dan aliran kesedaran.

Wow! Banyak sungguh ciri-ciri sebuah novel tu. Baru saya tahu.....

Wednesday, February 11, 2009

TOPI PIE TEE - Lagi produk bisnes saya

Hari ni saya tambah satu lagi produk untuk bisnes saya.
Yang saya tahu makanan ini di sebut PIE TEE HATS tetapi ada juga di sebut SINGAPORE PIE HATS.

Tak susah menyediakannya.
Sudi lah order dari saya ye.....



Cara memakannya ikut selera sendiri untuk topping.
Ada yang masukkan sayuran, daging, udang dan macam2 ke dalam Hats ini.

Tengok bawah.....Topping Pie Tee Hats dengan udang dan Sayuran. SEDAP...!!!!!

Monday, February 9, 2009

Dunia penulisan

sedang baca novel
Salam semua.
Maaf kerana terlalu lama saya tidak menurunkan sebarang catatan di sini. Sibuk? Mungkin juga. Sibuk dengan perniagaan yang baru bermula dan sibuk menyudahkan novel kedua saya. Rasa macam tak cukup 24 jam yang Allah berikan. Nampaknya saya mesti pandai mengatur masa saya agar cukup untuk melakukan semuanya.
"Sekiranya hamba itu membahagi pekerjaannya yang berkenaan agama dan dunianya selepas waktu sembahyang nescaya dia akan mendapat waktu yang sangat lapang",
Wow! Silap saya...
Nah! sekarang apa yang hendak saya sampaikan hari ni?
Ramai rakan saya yang seperti tidak percaya saya boleh menulis sebuah novel. Kenapa? Susah sangat ke nak tulis? Ya, bagi mereka yang kurang membaca. Saya pun bukanlah pandai sangat menulis. Saya pun bukan dari golongan pelajar sastera yang pandai menggunakan bahasa indah ketika menulis. Buku pun baru satu. Apalah yang saya tahu tentang dunia penulisan ni.
Tapi atas dorongan dan cita-cita yang dah lama terpendam, saya kuatkan semangat untuk terus menulis. Saya beli buku tentang cara-cara menulis novel. Saya baca artikel yang berkaitan dengan penulisan. Bagi saya apa saja yang berkaitan dengan dunia baru saya ni, saya akan baca dan simpan sebagai bahan rujukan. Tentu ada yang menjuihkan bibir tatkala membaca tulisan saya ni. Tapi itulah yang saya lakukan dan masih saya lakukan.
Asy-Syaukani telah berkata:"Ramai ulama menasihatiku:'Jangan sekali-kali berhenti menulis walaupun hanya dua baris sehari.'Aku pun mematuhinya, dan kini aku dapat memetik buahnya."
Orang dulu-dulu kata, carilah ilmu sehingga ke lubang cacing (betul ke?). Ada yang dah tua dan bergelar datuk (sebab dah ada cucu) pun masih setia untuk mencari ilmu. Inikan pula saya yang masih muda tapi bukan belia (hehe).
Setuju atau tidak?
Dunia penulisan
Sibuk mengarang hingga tertidur