BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, July 30, 2013

CARILAH MALAM LAILATUL QADAR DAN MINTALAH KEAMPUNAN DARI ALLAH SWT

Carilah malam lailatul qadar pada akhir 10
ramadhan ini dan mintalah keampunan banyak2
dari Allah SWT atas segala dosa yang kita lakukan
samada dari dosa2 yang diketahui atau tidak
diketahui...












Janganlah terlalu sibuk dengan kehidupan dunia 
sehingga menjadikan kita lupa kepada Allah SWT
dan menjadi sombong. Dunia hanyalah PERMAINAN
YANG MELALAIKAN.

Allah SWT Berfirman:

 "Ketahuilah oleh kalian..sesungguhnya kehidupan 
dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang 
melalaikan…Perhiasan dan bermegah-megahan sehingga
ada di antara kita semua berbangga-bangga dengan
banyaknya HARTA – RUMAH – DERETAN KERETA MEWAH –
INTAN BERLIAN – BARANG PERHIASAN – PERCUTIAN MAHAL -
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT - MENJADI BAKHIL - TIDAK ADA
PERASAAN KASIHAN KEPADA ORANG YANG MISKIN & ANAK 
yang tidak dididik dengan ilmu ugama ini berlaku seperti
hujan yang dengannya tumbuh tanam-tanaman 
yang membuat rasa kagum para petani….kemudian tanaman 
itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas
menjadi hancur"

Dan di Akhirat nanti ada adzab yang keras menanti.
Marilah kita pohon keampunan dari Allah SWT serta mohon 
keredhaan-Nya…kehidupan dunia itu tidak lain – kerana 
terlalu banyak yang tertipu dengan kesenangan didunia. 
(Al-Hadid: 20)



 












Semoga Bermunafaat. In Shaa ALLAH.



Monday, July 29, 2013

ISTERI JANNAH














PERINGATAN BUAT DIRIKU & SEMUA PARA ISTERI

11 CIRI2 ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima

dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah
pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan

suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan
dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat

kepada suami selama bukan diajak dalam hal
kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH SWT).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga

kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah
dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami

dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang
kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan

suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan
orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya

jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami

(tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami
baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik

dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami

dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum
agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan

agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab

Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang

demikian...Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami...
Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, July 28, 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL MULK ...













Surah Al-Mulk ini menyelamatkan daripada azab kubur. 
Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang
yang membacanya pada malam hari telah melakukan
banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan

setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat

    rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah

    Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilatnya dari Hadis 


Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung

dalam Surah Al Mulk, iaitu:

1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi
syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan
untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya

di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi
30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya.
Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu
pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah
surah Al Mulk.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sebahagian surah-surah yang

terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi
30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada
orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari
Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan

pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal
jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut
kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api
Neraka.”

2. Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat

azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman.
Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku
kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca
Surah Al-Mulk”.

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut,

dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari
sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat

datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca
Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya
daripada azab kubur.

Rasulullah SAW bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara

dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca

surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari
azab kubur.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah

Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang
ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk
bersoal jawab dengan Malaikat Munkar Nakir”. 


Saturday, July 27, 2013

CARA DAN FADHILAT SOLAT SUNAT HARI2...UNTUK HARI SABTU DAN MALAM AHAD..

Untuk solat sunat hari Sabtu :

Caranya : 

Dilakukan sebanyak 4 rakaat pada hari sabtu.

Fadhilatnya :

Mendapat pahala haji dan umrah. Diangkatkan Allah

baginya dengan tiap-tiap huruf akan pahala puasa
setahun siangnya dan pahala ibadat setahun pada
malamnya. Tiap huruf yang dibaca dapat pahala
orang syahid dan ia adalah dibawah naungan arasy
Allah bersama para nabi dan orang syahid.











Lakukan lah solat ini sehingga genap 4 rakaat
kesemuanya

Surah-surah untuk dibaca satu rakaat :










( baca 3 kali )



----------------------------------------------------------

Untuk solat sunat malam Ahad :

Caranya :

Dilakukan sebanyak 20 rakaat pada malam Ahad.

Fadhilatnya :

Dibangkitkan Allah pada hari kiamat bersama

orang-orang yang memperolehi keamanan.
Berhak atas Allah masuk bersama Nabi ke dalam
syurga.











Lakukanlah solat ini sehingga genap 20 rakaat
kesemuanya.



























Setelah selesai solat, baca lah





Friday, July 26, 2013

CARA DAN FADHILAT SOLAT SUNAT HARI2...UNTUK HARI JUMAAT DAN MALAM SABTU..

Untuk solat sunat hari Jumaat :

(a) solat sunat 4 rakaat 

Caranya :

Dilakukan sebanyak 4 rakaat didalam masjid sebelum

mengerjakan solat Jumaat. 

Fadhilatnya :


Tidak akan mati sebelum melihat tempatnya di dalam
syurga.


























(b) Solat dhuha pada hari Jumaat

Dilakukan sebanyak dua rakaat, dituliskan baginya
200 kebajikan dan dihapuskan baginya 200
kejahatan.

Dilakukan empat rakaat, diangkat Allah baginya
di dalam syurga 400 tingkat.

Dilakukan lapan rakaat, diangkat Allah baginya 800
tingkat.

Dilakukan dua belas rakaat, dituliskan Allah 2200 kebaikan
dan dihapuskan 2200 kejahatan dan diangkat Allah baginya
didalam syurga.

-------------------------------------------------------------

Untuk solat sunat malam Sabtu :

Caranya :

Dilakukan sebanyak 12 rakaat pada malam sabtu

diantara Maghrib dan Isyak.

Fadhilatnya :

Diberikan Allah sebuah mahligai didalam syurga

dengan mengerjakan solat ini seolah-olah ia
bersedekah kepada orang-orang mukmin, lelaki
dan perempuannya. Diampuni Allah akan dosanya.











Lakukan lah solat ini sehingga genap 12 rakaat kesemuanya.

Surah-surah :

************************************



rakaat pertama


sebarang surah

*************************************




rakaat kedua


sebarang surah.

Thursday, July 25, 2013

CARA DAN FADHILAT SOLAT SUNAT HARI2...UNTUK HARI KHAMIS DAN MALAM JUMAAT..

Untuk solat sunat hari Khamis :

Caranya :


Dilakukan sebanyak 2 rakaat pada hari khamis

di antara Zohor dan Asar.

Fadhilatnya :


Mendapat pahala orang yang berpuasa di bulan
Rejab, Syaaban dan Ramadhan serta mendapat
pahala orang yang mengerjakan haji di Baitullah.
Dituliskan baginya kebaikan sebanyak bilangan semua 
orang yang beriman kepada Allah dan bertawakkal
pada Nya.









Lakukan solat ini sehingga genap 2 rakaat kesemuanya.


Surah-surah setiap rakaat :







( baca 100 kali )




( baca 100 kali )




----------------------------------------------------------


Untuk solat sunat malam Jumaat :

Caranya :


Dilakukan sebanyak 12 rakaat pada malam
Jumaat di antara Maghrib dan Isyak.


Fadhilatnya :


Seolah-olah ia telah beribadat kepada Allah SWT

selama 12 tahun dengan puasa siangnya dan
bangun mengerjakan solat pada malamnya.







Lakukan solat ini sehingga genap 12 rakaat kesemuanya.

Surah-surah :







( baca 11 kali )








( baca 11 kali )

Wednesday, July 24, 2013

CARA DAN FADHILAT SOLAT SUNAT HARI2...UNTUK HARI RABU DAN MALAM KHAMIS..

Nabi s.a.w mengajar kita untuk mengerjakan
bermacam2 solat sunat selain solat fardhu
yang diwajibkan ( Subuh, Dzohor, Asar, Maghrib 
dan Isyak ).

Solat2 sunat ini akan membantu kita nanti
di alam barzakh / alam kubur dan juga di akhirat
kelak .

Antara solat2 sunat ialah sunat rawatib,
sunat dhuha, sunat tahajud, sunat taubat,
sunat istikharah, sunat tasbih, sunat witir,
sunat tarawih, sunat hari raya, sunat syukur,
sunat jenazah, sunat hajat , sunat kifaratul
baul , sunat awwabin dan macam2 lagi solat
sunat yang lain.

Disini ingin dikongsikan cara2 solat sunat hari2
( siang / malam ) untuk setiap hari sepanjang
minggu dan juga fadhilat mengerjakannya .

-------------------------------------------------------------

Untuk solat sunat hari RABU :

Caranya :
Dilakukan sebanyak 12 rakaat ketika matahari
sedang
meninggi.

Fadhilatnya :
Diampuni Allah SWT akan dosanya, diangkatkan
azab kuburnya, kesempitan dan kegelapan kubur dan
diangkatkan kesengsaraan di hari kiamat.























----------------------------------------------------------
Untuk solat sunat malam khamis :

Caranya :
Dilakukan sebanyak 2 rakaat pada malam
khamis di antara Maghrib dan Isyak.



Fadhilatnya :
Diniatkan pahalanya untuk kedua ibu bapanya.
Dianugerahkan padanya apa yang dianugerahkan
kepada orang-orang syahid dan syiddiq.




















Diniatkan pahalanya kepada kedua ibu bapanya.

Tuesday, July 23, 2013

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Surah Yassin ayat ke 58








Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan
pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN
RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik
( niatkan dalam hati semasa membaca nya ),In Shaa ALLAH
dengan izin Yang Allah SWT yang Maha Esa 
dan Maha Kuasa , semua hajat kita akan dikabulkan.

Niatkan dalam hati sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM.

    Ampun kan lah Dosa2 Kedua IBU BAPA ku , 
    Dosa2 ku dan Dosa Keluargaku dan Dosa Sahabat2 ku
    dan Semua Dosa Saudara2 Islam ku.

 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN.

    Kurniakan Aku - Isteri , Suami dan Anak2 dari
    Keturunan yang Soleh dan Solehah yang Mencintai ISLAM.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK

    Kurniakan aku Rezeki yang Berkat serta Kerja yang
    Baik dan berjaya diDunia dan Akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR

    Makbulkan Hajat Penghantar maklumat yang aku
    dapat ILMU ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR

    Jauhkan aku dari Sifat Khianat serta Munafiq dan
    Miskin Amalan.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD

    Kurniakan aku dan seluruh Umat Muhammad SAW yang 
    Beriman dengan kesihatan Zahir Batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM

    Makbul kan lah semua Hajatku dan Redhai kan lah aku

    Aamiin Ya ALLAH.

Amalkan lah .
Semoga Bermunafaat untuk pengamalnya.
 

Monday, July 22, 2013

DOA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI KITA SETIAP MASA...



Saturday, July 20, 2013

SETIAP PAGI DAN PETANG, HADIAHKAN LAH AL-FATIHAH PADA IBUBAPA KITA

Setiap pagi dan petang, hadiahkan lah bacaan 
surah Al-Fatihah kepada ibubapa kita.

Dengan amalan yang mudah dan mulia ini , kita
berdoa dan berharap kedua ibubapa kita akan mendapat
pahala serta manfaat dari nya. 

















Doa anak2 tu tanda kita mengingati ibubapa kita.

Juga jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah SWT 
semuga urusan harian kita juga dipermudahkan dan
diberkati Allah SWT.

Dato ’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu

bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada ) ” nescaya 
pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

 Berdasarkan Hadis Nabi saw :

” Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak

meninggalkan doa kepada kedua ibubapa nya dalam 
sehari ”

Huraian dari hadis ini :

1) Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua 
    ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
2) Allah SWT akan memurahkan rezeki kepada mereka 

    yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa
3) Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
4) Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadahkan

    tangan dan bayangkan wajah kedua ibubapa kita , 
    termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong 
    kita
5) Mereka yang lupa berdoa kepada kedua ibubapa, 

    akan disempitkan rezeki oleh Allah
 
Antara doa boleh di amalkan :

"Ya Allah Ya Tuhanku, engkau ampunilah dosa2
ibubapaku dan ahli keluargaku , saudara2 ku serta
seluruh muslimin dan muslimat samada sudah mati
atau masih hidup , naikkan darjat mereka ini serta
kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah,
dan lindungilah keluarga dan keturunan mereka yang
masih hidup. Ampunilah dosa2 mereka dan juga dosa2
kami samada dari dosa yang kami ketahui mahupun
dari dosa yang tidak kami ketahui serta dosa yang
hanya engkau Ya Allah ketahui , wahai tuhan sekelian
alam, luaskan kubur mereka yang telah meninggal dunia,
berikanlah cahaya didalamnya, jadikanlah kubur mereka
ini sebagai salah satu taman dari taman syurga dan
jauhkanlah mereka ini serta kami dari azab kubur,
azab akhirat, fitnah Dajjal, fitnah kehidupan dan
fitnah kematian. Dan kirimkan salam kami kepada
junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli
keluarganya dan sahabatnya sekelian. Amin "


Thursday, July 18, 2013

ALYACRAFTS : KINI PELBAGAI HASIL BENANG KAIT BOLEH DI TEMPAH DI SINI

Alhamdulillah syukur, dari hobi saya mengait benang kait, 
kini ia nya dijadikan suatu perniagaaan melalui
alyacrafts.blogspot.com.

Kini macam2 hasil benang kait dapat di tempah di sini
seperti kat bawah ni dari Brooch, Keychain, Beg bertali, 
Beg alat tulis, Kasut bayi , set keychain dan Brooch dll..

Kepada rakan2 yang minat untuk dapatkan hasil BENANG
KAIT ini ,
jika sudi, boleh le tempah dari saya. 

Warna dan corak design boleh di bincang...
Kos akan diberitahu semasa tempahan di buat...

Jika perlu corak pilihan tertentu, boleh lah beritahu
saya dan saya akan cuba sediakan mengikut
permintaan...insyallah jika mampu mengaitnya..

Jumlah tempahan tiada had tapi kena la bagi
secukup masa untuk di siapkan..




Bunga dengan sepit rambut
tanpa daun hijau
( two tone color ).













Bunga dengan sepit
rambut
dan daun hijau.




Keychain Buah labu









Keychain Buah-buah











Keychain
beg kecil









Keychain Ice-cream
( multi tone color ).




Set Keychain /
brooch bunga berpin
dengan daun hijau


(two tone color).




















Bunga berpin tanpa
daun (one tone color).








Bunga berpin tanpa
daun (two tone color).








Bunga berpin dengan
daun hijau
(two tone color).





Brooch boleh di sepit pada
tudung

























Wednesday, July 17, 2013

WAKTU MUSTAJAB BERDOA...




























Waktu mustajab berdoa :


1. Ketika turun hujan
2. Ketika akan memulai sembahyang dan sesudahnya.
3. Ketika menghadapi barisan musuh dalam peperangan.
4. Di tengah malam.
5. Di antara adzan dan iqamat.
6. Ketika i'tidal yang akhir dalam sembahyang.
7. Ketika sujud dalam sembahyang.
8. Ketika khatam ( tamat ) membaca Al-Quran 30 juz.
9. Sepanjang malam, terutama sekali sepertiga yang
    akhir dan waktu sahur.
10.Sepanjang hari jumaat, kerana mengharap bersua
    dengan saat ijabah ( saat diperkenankan doa ) yang
    terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari
    pada hari jumaat itu.
11. Antara waktu Zuhur dengan waktu Asar dan antara
     waktu Asar dengan waktu Maghrib.

     Rasulullah s.aw bersabda :

     " Tuhan kita turun ke langit dunia, ketika malam telah
     tinggal sepertiga yang akhir. Maka berkatalah Tuhan :
     Siapa-siapa yang mendoa kepadaku, maka Aku
     perkenankan doanya. Siapa yang minta ampun kepadaku,
     maka Aku ampuni dia ."
     H.R. Bukhary dan Muslim - Al Adzkar : 46.

     " Pada waktu malam, sesungguhnya ada suatu saat,
     dimana jika seseorang Muslim memohon kepada Allah
     sesuatu kebajikan dunia dan akhirat ketika itu, nescaya
     Allah mengabulkannya."
     H.R. Muslim - Al Adzkar: 47

12. Sewaktu berdoa sebelum berbuka puasa
13. Malam Lailatul-Qadar
14. Sepanjang bulan Ramadhan
15. Hari Arafah
16. Ketika minum air zam-zam




 

Tuesday, July 16, 2013

DOA PERLINDUNGAN DARIPADA 4 PERKARA DIBACA DI HUJUNG TASYAHHUD AKHIR SEBELUM SALAM

Sebuah doa yang disebutkan ibnu 'Abbaas r.a
bahawa Nabi s.a.w. mengajarkan doa ini kepada
para sahabat sebagaimana beliau mengajarkan mereka 
semua sesuatu ayat Al-Quran iaitu , ucapkanlah :


maksudnya :

" Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan
Engkau daripada adzab Jahannam; Dan saya memohon
perlindungan Engkau daripada seksaan kubur ; Saya
memohon perlindungan Engkau daripada fitnah /
penyelewengan Al-Masiih Ad-Dajjaal ( Pemesong ) ;
Dan saya memohon perlindungan Engkau daripada
fitnah ( kesempitan ) hidup dan mati. "

H.R Maalik, Abu Daawuud, Al-Turmudzi dan An-Nasaa'i

Doa perlindungan daripada 4 perkara ini dibacakan 
di hujung Tasyahhud Akhir, sebelum salam.

Amalkan lah....


Monday, July 15, 2013

AMALAN2 YANG BOLEH PERTINGKATKAN UNTUK PEROLEHI PERBENDAHARAAN SYURGA DI AKHIRAT

Amalan2 yang boleh di amalkan untuk pertingkatkan
simpanan kita di perbendaharaan syurga di akhirat
nanti ialah dengan :

1. Amalan membaca dua ayat akhiran surah Al-Baqarah

   Akhiran surah Al-Baqarah ini dikurniakan oleh Allah s.w.t
   kepada Nabi s.a.w. Bacalah pada setiap malam di mana
   antara lain ayat2 ini mewakili bacaan Al-Quran seluruhnya
   dan memadai untuk keselamatan serta pemeliharaan
   daripada bahaya pada malam berkenaan. Ayat-ayat ini
   memberitahu mengenai hubungan erat antara seseorang
   hamba dengan tuhan nya. Dua ayat ini mencukupi untuk
   dijadikan wirid malam.

   Dari sumber Abu Dzarr r.a memberitakan Rasulullah s.a.w
   telah bersabda :

   " Sungguhnya saya telah dikurniakan dua ayat akhiran
     Al-Baqarah adalah daripada gedung di bawah Arasy
     ( dalam syurga ) dan belumlah diberikan kepada
     seseorang nabi sebelum saya. "



   Dari hadis Ali bin Abu Talib r.a yang berkata :
   
   " Tiadalah aku terfikir adanya seseorang yang menerima
     Islam ( cukup umur sesudah beriman ) akan terus tidur
     sehinggalah dia membacakan ayat Al-Kursi ( surah
     Al-Baqarah ayat 255 ) dan ayat2 penutup surah ( Al-
     Baqarah ), kerana sungguhnya dia adalah daripada
     perbendaharaan yang merupakan suatu kurnia kepada
     nabi kamu ( berasal ) di bawah Arasy. "

Amalkan baca ayat Al-Kursi ini sebelum tidur :














Amalkan baca dua ayat akhiran surah Al-Baqarah ini
sebelum tidur :














2. Amalkan juga baca Hauqalah di bawah ini :





Sunday, July 14, 2013

ZIKIR TENANGKAN HATI DENGAN SELALU MENGINGATI ALLAH SWT

Zikir ini ringan di mulut tapi berat

timbangan nya di akhirat...amalkan lah