BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Thursday, January 29, 2015

UNTUNGNYA MENJADI BILAL / MUAZZIN YANG MELAUNGKAN AZAN

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK         

Bedak sejuk muntah belut         
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )         
Bedak sejuk penawar sila         
Bedak sejuk beras titik biasa         
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera         
Bedak sejuk beras titik campur air gamat         

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai        
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************     

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan           
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta             
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga             
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada             
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun             
telah meninggal dunia ..           

Al fatihah


***************************************************************

Untuk menjadi seorang muazzin, amat penting untuk
membuat persediaan serta belajar dari guru bertauliah sebelum 
ibadah mulia ini dijalankan.



Antara ciri2 untuk seorang muazzin ialah :

1) banyak kesabaran semasa melaungkan azan
2) melaungkan azan dengan tajwid @ makhraj yang betul
3) perlu disiplinkan diri untuk menjaga waktu azan yang diamanahkan
4) tidak mengapa jika tidak punyai suara merdu, yang utama ialah
    keikhlasan semasa melaungkan azan
5) berselawat terlebih dahulu sebelum melaungkan azan

Jika ingin ketahui nikmatnya menjadi muazzin, hanya sesiapa yang
menjadi muazzin sahaja lah yang tahu betapa nikmatnya dan 
tenangnya hati semasa melaungkan azan dan selepas melaungkan 
azan.

Pergertian Azan.

Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama 
Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu 
supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul 
untuk mengerjakan solat fardu.

Lafaz azan untuk waktu dzohor, asar, maghrib dan isyak.



Untuk laungan azan pada waktu subuh, di tambahkan :



Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para 
jemaah untuk mula mengerjakan solat.



Kelebihan menjadi Muazzin (bilal).

1) Mengusir Syaitan

Hadis daripada Abu Hurairah katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: 
“Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan 
menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari 
sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika 
selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah 
untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah 
selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi 
antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan 
berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap 
sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak 
mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)

2. Diampunkan dosanya selama bilal itu mengalunkan azan.

Dalam satu hadis yang lain.

Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w 
bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk 
yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan 
sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi 
saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakan solat 
bersamanya”. (H.R Al-Nasai).

3. Jin Dan Manusia serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat

Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy ra berkata 
kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat 
engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar 
suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya 
melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. 

Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah saw.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)

4. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab.

Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka 
dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah saw: “Ada dua waktu tidak ditolak 
doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam 
barisan jihad pada jalan Allah.”

Saturday, January 24, 2015

LIMA ( 5 ) GANGGUAN SYAITAN KETIKA KITA SOLAT

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK           

Bedak sejuk muntah belut           
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )           
Bedak sejuk penawar sila           
Bedak sejuk beras titik biasa           
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera           
Bedak sejuk beras titik campur air gamat           

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai          
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************       

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan             
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta               
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga               
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada               
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun               
telah meninggal dunia ..       

Al fatihah



*****************************************************************




                  inna rabbee AAala kullishay-in hafeeth



1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu 
apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. 
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. 
Peristiwa itu terus menerus terulang2, terkadang sampai imamnya 
hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan 
yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci 
(berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat

Sahabat Rasulullah SAW iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada 
Rasulullah dan mengadu,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku 
dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah 
syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan 
kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah 
kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT 
menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang 
dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya 
sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila 
salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua 
kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah 
itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata,

“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, 
syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak 
mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, 
ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila 
telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang 
yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya 
tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat 
ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya 
dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang 
menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta 
meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam 
keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal 
boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan 
dan tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan 
tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah 
dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu 
benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak 
berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan 
lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. 
(HR Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 20, 2015

FADILAT AMAL BACA SURAH AL KAUTSAR

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK          

Bedak sejuk muntah belut          
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )          
Bedak sejuk penawar sila          
Bedak sejuk beras titik biasa          
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera          
Bedak sejuk beras titik campur air gamat          

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai         
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************      

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan            
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta              
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga              
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada              
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun              
telah meninggal dunia ..      

Al fatihah





*****************************************************
Amalkan membaca surah Al Kautsar



Surah Al Kautsar ialah surah ke 108 di dalam Al Quran.
Ia mengandungi 3 ayat sahaja.

Surah ini dinamakan Al Kautsar disebabkan Allah swt telah
mengurniakan kepada Nabi Muhammad saw kebaikan yang
banyak di dunia mahupun di akhirat.

Antara fadilat amalan membaca surah ini :

1) Sesiapa membaca 1,000 kali surah Al Kautsar ini selepas
    solat fardhu Isyak sehingga tertidur, insyallah akan dapat
    melihat Nabi Muhammad saw dalam tidurnya.

2) Sesiapa membaca 1,000 kali surah Al Kautsar, maka Allah swt
    akan memenuhi hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan 
    pangkatnya.

3) Sesiapa amalbaca surah Al Kautsar 7 kali semasa dalam
    keadaan ketakutan, maka Allah swt akan memberikan
    perlindungan terhadapnya.

4) Menurut hadis Nabi Muhammad saw, sesiapa membaca surah
    Al Kautsar maka Allah swt akan memberinya minuman dari 
    sungai syurga.

5) Jika dalam keadaan kehausan dan tiada air, bacalah surah ini 
    dan gosok di leher, insyallah hilang dahaga.

6) Sekira rajin amalbacanya, hati kita akan menjadi lembut dan 
    khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, 
    mudah-mudahan Allah swt akan memberi ilham kepada kita 
    dimana letaknya sihir itu.

8) Jika dianiaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, 
    Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia 
    tidak bersalah tetapi dizalimi.

9) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan  
    air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali
    pada mata.

10) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan 
      Allah swt akan makbulkan doa kita.

11) Jika dibaca surah ini sebanyak 100 kali pada mata air yang 
      kurang airnya, nescaya banyak air itu.

12) Jika dibaca sehingga ayat 1-2 pada bisul, kudis dan sebagainya, 
       insyallah segera sembuh.

13) Untuk berjumpa dengan Rasulullah saw di dalam mimpinya, 
      solat 2 rakaat pada malam jumaat selepas waktu isyak @ pada 
      tengah malam. Kemudiaan bacalah surah ini sebanyak 1000 kali 
      diikuti selawat ke atas Nabi saw sebanyak 1000 kali. Kemudian 
      tidurlah  dalam keadaan bersih dan suci, insyallah dapat bermimpi 
      melihat Junjungan Nabi saw

Monday, January 19, 2015

BANYAK KALIMAH ALLAH SWT DI AWAN PAGI ISNIN NI...SYUKUR DAPAT TENGOK KEBESARAN NYA

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK         

Bedak sejuk muntah belut         
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )         
Bedak sejuk penawar sila         
Bedak sejuk beras titik biasa         
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera         
Bedak sejuk beras titik campur air gamat         

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai        
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************     

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan           
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta             
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga             
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada             
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun             
telah meninggal dunia ..     

Al fatihah



******************************************************

Syukur dapat melihat kebesaran Nya di pagi hari
Isnin ini...


























Monday, January 12, 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2015

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK        

Bedak sejuk muntah belut        
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )        
Bedak sejuk penawar sila        
Bedak sejuk beras titik biasa        
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera        
Bedak sejuk beras titik campur air gamat        

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai       
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************    

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan          
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta            
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga            
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada            
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun            
telah meninggal dunia ..    

Al fatihah


************************************************************
Selamat kembali ke sekolah dan mulakan sesi pembelajaran
tahun 2015 untuk adik2 dan para guru2 kesemuanya...

Dan kepada semua yang terlibat dengan banjir besar baru2 ni,
bersabar lah dengan ketentuan Allah swt ini. Pasti ada
hikmah di sebalik bencana ini.





Saturday, January 10, 2015

AS SALAM PADA SEMUA RAKAN2 BLOGGER

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK       

Bedak sejuk muntah belut       
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )       
Bedak sejuk penawar sila       
Bedak sejuk beras titik biasa       
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera       
Bedak sejuk beras titik campur air gamat       

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai      
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************   

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan         
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta           
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga           
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada           
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun           
telah meninggal dunia ..   

Al fatihah


****************************************************************
As salam kepada semua rakan2 blogger
Didoakan anda semua sejahtera bersama2 famili tersayang...



Friday, January 2, 2015

HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM : MAULIDUL RASUL

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK        

Bedak sejuk muntah belut        
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )        
Bedak sejuk penawar sila        
Bedak sejuk beras titik biasa        
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera        
Bedak sejuk beras titik campur air gamat        

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai       
ke alamat  di beri, insyallah. 

****************************************************    

Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan          
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta            
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga            
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada            
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun            
telah meninggal dunia ..          

Al fatihah


***************************************************************

Rasulullah saw dilahirkan pada malam menjelang dinihari, Isnin
tarikh 12 Rabiulawal tahun gajah bertepatan dengan tanggal
20 April 571 Masehi (kira-kira 1443 tahun masehi yang lalu ).

Ibu baginda bernama Aminah dan bapa Rasulullah saw pula bernama 
Abdullah yang meninggal dunia dalam usia muda semasa perjalanan 
pulang selepas berdagang dari Syria dan akibat jatuh sakit di Yatsrib
lalu meninggal dunia di situ.

Walaupun Aminah merasa sedih setelah mendapat berita kematian
suami tercinta tambahan pula Aminah kini dalam keadaan hamil tetapi 
dia tetap sabar menanti kelahiran anak nya ini yang akan menjadi 
penghibur duka kepada dirinya walaupun Aminah tahu anak nya
ini akan dilahirkan sebagai anak yatim.

Pada malam kelahiran Rasulullah, Allah swt utuskan perempuan2
muda bernama Aisyah dan Maryam yang menjadi bidan menguruskan
kelahiran Rasulullah dengan dibantu oleh bidadari2. Setelah selesai
proses kelahiran Rasulullah saw oleh Aminah, perempuan2 muda ini
tunggu sehingga waktu subuh sebelum meminta diri untuk 
pulang.

Setelah Rasulullah saw selamat dilahirkan, datuknya Abdul Muthalib 
begitu gembira dan diambilnya cucunya ini , diciumnya dan didakapnya
lalu dibawa ke kaabah sambil bertawaf mengelilingi kaabah.

Setelah ia kembali dari mengunjungi kaabah dan menemui menantunya
Aminah, dia berkata , " bayi ini akan kuberi nama Muhammad. Aku
berharap agar seluruh dunia sampai akhir memuji ia ( Muhammad )."

Padahal pada masa itu, ibu Rasulullah saw sendiri ingin memberikan
nama bayinya itu Ahmad sedangkan nama Ahmad itu sendiri telah
disebut2kan dalam kitab Taurat dan Injil.

Namun demikian, kedua2 nama tersebut iaitu Muhammad dan Ahmad
ada disebut didalam Al-Quranul Karim.

Begitu lah sejarah kelahiran Rasulullah saw dimana kelahiran baginda
memberi rahmat bagi seluruh alam dan menjadi pelita dunia yang
menerangi seluruh jagat raya ini dari timur hingga ke barat.

Selamat menyambut Maulidul rasul 
pada 3 hb Januari 2015
bersamaan 12 Rabiulawal 1436H.