BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, December 13, 2011

PENGALAMAN BERKHATAN : ANAK LELAKI SAYA KE - 4

Beberapa hari ni saya agak sibuk sikit.

Selain menguruskan pesanan niaga on line ' Bedak Muntah
Belut / Bedak Benang Sila / Air Gamat dll.. ' ni dari rakan2, 
saya serta hubby juga sibuk menguruskan hal berkhatan anak 
lelaki saya ke - 4.

Alhamdulillah, urusan berkhatan ni selamat dijalankan pada
hari Rabu 7hb Disember 2011 ( bersamaan 11 Muharram 1433 )
baru2 ni. Hari ni, dah hampir seminggu berlalu dan anak lelaki
saya ni mula nampak ceria sikit berbanding hari2 awal berkhatan.

Pada 7hb Disember tu, urusan berkhatan dijalankan oleh
seorang pakar / doktor di kawasan Ampang di Ipoh ni.
Appointment bermula pukul 12.30 tgh tapi pagi2 lagi anak saya
ini macam tak sabar2 nak berkhatan. Yang lucunya dia juga
sempat menyanyi lagu ' betan..tan...' nyanyian kumpulan BOBOI
dalam rancangan Maha Raja Lawak.






Selepas berkhatan pada
7hb Disember 2011.
Sempat senyum...







Rasa darah gemuruh / risau saya serta hubby memang ada dari 
pagi tu tapi tak nak la tunjuk kat dia ni nanti dia pun 'panic' , lagi
susah jadinya.

Jadi saya dan hubby buat steady je sepanjang pagi tu sambil tunggu
panggilan dari klinik untuk datang. 

Mula2 memang nak buat awal bulan Disember 2011 tapi semua
fully book jadi dapatlah tarikh ni. Pukul 11 lebih, klinik talipon
dan kami pun pergi ke sana. Sampai di klinik pada pukul 12 tgh,
dan memang cantik masa tu sebab tak payah tunggu lama, terus
masuk ke bilik doktor untuk persediaan berkhatan.

Selepas anak saya tu tanggalkan seluarnya ( memang malu la
time tu sebab dia tak pernah tunjuk 'anunya' kat orang luar selain
saya dan hubby, itu pun kalau dia nak tunjuk sebab satu2 masaalah.
Dia ni pernah kena operate sekali beberapa tahun dulu disebabkan
masaalah bengkak telur sebelah. Alhamdulillah sembuh bila operate 
rupa2 ada tumbuhan kat dalam telur tu , yang berjaya dikeluarkan.

Sementara tunggu doktor ( pakar berkhatan tu ) datang, anak saya tu
di suruh baring atas meja operating dengan berbaju saja tanpa
seluar atau kain menutup ' anunya ' ( malu dia, kesian kat dia masa tu)
oleh jururawat. 





13hb Disember 2011.
Peace 'YA ALL' macam
AC mizal sebut dalam
Maha Raja Lawak...







Dalam beberapa minit, doktor pun datang dan suruh anak saya tu 
relak dan jangan keraskan kaki. Doktor pun belek 'anunya' dan inject
4 kali disekeliling 'anunya' , saya rasa tujuannya ialah untuk kebaskan bahagian kulit yang perlu dibuang. Inilah bius kut.



Sepanjang operation ini, saya tak tengok tapi hubby saya keluar masuk
bilik doktor untuk tenteramkan anak tu. Doktor ni pakai cara potong
guna laser. Sekali potong, dapat bau macam daging terbakar. Dua, tiga
kali potong guna laser tu, habis urusan berkhatan ...bila doktor tanya 
anak saya, apa rasa, dia jawab GELI....lucu juga dengar kata2nya. Ada
la berlinang air mata sikit tapi tak la sampai teriak kuat2. Memang
HERO dia ni.

Habis berkhatan, doktor pun belek 'anunya' bagi memastikan semua
kulit yang perlu dipotong, dibuang dengan cermat dan bersih. Selepas
tu, doktor ni pun mulakan kerja2 menjahit kulit lebihan tu. Hubby saya
yang nampak kerja2 berkhatan dan menjahit ni dan dia cerita kat saya.
Nampak macam tengah jahit kain2 yang koyak je. Nampak memang
doktor ni cekap dalam kerja2 berkhatan ni. Dengan menggunakan 
jarum bengkok dan benang serta peralatan doktor, urusan menjahit
ni selesai dalam beberapa minit. Jadi semua dalam masa kurang
1 jam, urusan berkhatan pun selesai. Setelah dicuci dengan ubat
kuning, doktor lekatkan sedikit kain di pangkal ' anunya' supaya
titisan ubat tidak merebak merata2 tempat. 

Habis la urusan berkhatan tu. Dia dibangunkan dan dipakaikan
kain pelikat dan dibenarkan keluar dari bilik doktor tu. Tak sampai
beberapa minit, ada anak orang lain masuk ke bilik doktor tu
untuk urusan berkhatan yang sama. Budak ni nampak lagi muda,
mungkin bawah 7 tahun umurnya.

Bila saya serta hubby tanya , anak saya tu berkata , " Tak sakit pun..
cuma geli2 dan ngilu ". Ye le sebab ada ubat bius tu. Nanti sakit la 
tu bila ubat bius tu dah berkurangan.

Memang betul, tak sampai beberapa jam bila balik ke rumah,
dia mula terasa sakit tapi apa yang saya serta hubby respect kat dia
ialah dia tak meraung2 sakit cuma ada air mata sikit2 mengalir jatuh.
Itu lah anak lelaki ke - 4 saya....pengalaman berkhatan nya. 

Jadi pada sesiapa ( anak2 rakan blogger ) yang akan , sedang dan 
telah berkhatan, jangan risau...tabahkan hati dan berselawat banyak2
kepada nabi s.a.w, insyallah semua urusan berkhatan tu akan berjalan
dengan lancar dan baik cepat .

2 komen:

tehr said...

alhamdulillah
selamat semuanya

memang risau juga sebelum dan semasa proses berkhatan ni
anak lelaki saya 2 orang
dah selesai juga

Anonymous said...

Hai..nak tanya..awak sunat anak dekat poliklinik taqwa ke?? Sy tgh confius nak sunat guna laser or clamp utk anak sy..