BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, November 20, 2011

KULIT KASAR, BERSISIK2 SERTA MENGELUPAS

Setiap orang punyai keadaan kulit yang berbeza tapi apa
yang sama antara kita ialah kulit muka / wajah kita adalah
kulit paling nipis dan amat sensitif.

Penjagaan kulit terutama bahagian muka / wajah adalah amat
penting dan jika tidak dijaga dengan baik, pasti akan mengakibatkan
bermacam2 masaalah antaranya kulit kasar, bersisik2 serta mengelupas.

Masaalah kulit mengelupas ni akan lebih jelas pada pandangan umum
sewaktu pemakaian bedak pada kulit hingga kemungkinan nampak
tompok2 bedak tu di permukaan kulit. Ini akan membuat si penghidap
masaalah kulit kasar, bersisik2 serta mengelupas ni akan terasa malu bila
berada di khalayak ramai.



 Masaalah kulit mengelupas







Jadi apa sebenarnya masaalah kulit mengelupas ni dan apa
sebab2 ia terjadi. Antara sebab2nya ialah :

1. Kulit yang selalu berkeadaan kering 
2. Kulit kekurangan zat serta vitamin 
3. Faktor cuaca  ( terlampau panas atau terlalu sejuk )
4. Tidak menjaga diet makanan dengan baik
5. Masaalah kulit sensitif seperti berminyak
6. Jangkitan penyakit kulit
7. Masaalah resdung
8. Penggunaan pelbagai produk2 kecantikan kulit dalam satu2 masa
9. Produk kulit yang tidak sesuai hingga mudaratkan masaalah kulit
10. Masaalah keturunan
11. Kulit lebihan peluh
12. Masaalah salin kulit
13. Para ibu2 dan wanita yang banyak melakukan kerja2 dapur
     seperti memasak dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk
     dengan menggunakan sabun akan mengalami masalah tapak tangan
     yang kasar ataupun kulit mengelupas.

Oleh itu, bagaimana untuk mengatasi masaalah kulit mengelupas ni.
Antara yang boleh dicuba ialah :



1. Pengambilan makanan buah2an atau jus buah-buahan yang penuh
    dengan nutrisi. Boleh dibuat jus atau makan begitu saja. Kulit akan
    sentiasa lembab dan kelihatan muda.
    Antaranya ialah buah tomato, pisang, nenas, carrot, timun, limau oren 
   dan lain-lain yang kandungan vitamin C nya tinggi. 
2. Pengambilan pil vitamin yang sesuai   
3. Banyak minum air suam lebih 10 gelas dalam sehari
4. Elakkan terdedah pancaran matahari terik / cuaca terlampau sejuk
5. Gunakan krim pelembab kulit
6. Boleh gunakan timun atau tomoto yang dilenyek isinya, 
    kemudian lumurkan ke muka sehingga kering. kemudian bilas 
    dengan air. Amalkan sekerap yang mungkin supaya kulit sentiasa 
    lembap.
7.  Boleh buangkan hujung kulit yang mengelupas tu tetapi berjaga2
     jangan hingga terluka kulit tu semasa proses membuang kulit 
     mengelupas tu
8.  Jumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai
9.  Boleh juga gunakan minyak zaitun untuk lembabkan kulit 
10.Boleh cuba petua ni : Ambil getah betik dan sapukan pada bahagian
    kulit yang kasar serta mengelupas. Biarkan beberapa minit dan
    selepas itu, barulah basuh dengan air biasa. 
11. Boleh cuba petua ni : Larutkan asam jawa dan ambil air nya
     dan lumurkan pada bahagian kulit mengelupas tu
12. Boleh juga cuba rawatan cara tradisional antaranya penggunaan 
     bedak muntah belut

Jadi jika sesiapa yang punyai masaalah kulit kasar, bersisik2 dan
mengelupas ni , jangan lah risau, semestinya ada cara rawatan yang 
sesuai untuk diamalkan. Apa2 pun kena sabar dan yakin dengan cara
rawatan yang dipilih tu tapi jika terasa tidak sesuai, jangan pula putus
asa, cuba cara yang lain pula, insyallah akan sembuh juga.

2 komen:

sharul izam said...

bagus blog ni...
saya sudah follow..:)

armouris said...

lagi info tentang kulit kaki kasar - Cara Lembutkan Kulit Kaki Dalam 5 - 7 Hari