BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, November 26, 2011

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - AWAL MUHARRAM 1433

Saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN
BARU HIJRAH - 1 MUHARRAM 1433 bersamaan 27 November
2011 kepada semua rakan2 blogger.

Sedikit bualcara mengenai bulan Muharram ini.

Bulan Muharram ini merupakan bulan pertama dalam tahun Islam
(Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib,               kiraan bulan pada masa itu dibuat mengikut tahun Masihi. 

Penghijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada umat Islam 
dari segi dakwah nya , ukhuwwah nya serta dan syiar Islam .
Muharram bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun 
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah 
(surah Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh 
melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan 
larangan berkenaan. 
















Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharram :

1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat 
                  penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu 
                    banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan 
                    kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan
                    tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga terjadi :

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit. 
Amalan-amalan sunat boleh dilakukan :

Antara amalan disunatkan dilakukan dalam bulan Muharram:
  1. Berpuasa.
          Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram, 
       pahalanya bersamaan berpuasa 30 tahun. Barang siapa 
       berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram ( hari Khamis, 
       Jumaat dan Sabtu ), Allah akan tulis pahala seperti mana 
       beribadat selama 2 tahun.

   2.  Perbanyakkan ibadat seperti solat sunat, zikir dan lain2.

   3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah 
      selepas akhir Asar sebanyak 3X

   4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

  Empat belas ( 14 ) perkara sunat boleh dilakukan 
  10 Muharram ( hari Asyura ) :





  1. Melapangkan masa/belanja keluarga yakni anak isteri.                Fadilatnya - Allah melapangkan hidupnya tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin.                                                        Fadilatnya - Allah melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah.                                                                    Fadilatnya - Di akhirat Allah memasukkannya dalam                    golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat.                                                                 Fadilatnya - Allah penuhkan cahaya iman dlm hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.                                   Fadilatnya - Allah mengurniakan sepohon pokok                                  di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah.                                                                        Fadilatnya - Allah menjauhkannya daripada neraka                       sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti                        dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti                     bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri.                                                   Fadilatnya - Allah mengurniakan hidupnya sentiasa                     diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat.                                                                       Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.                        Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura                        kerana    Allah Taala."
  9. Bercelak.                                                                             Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.                                   Fadilatnya - Allah memandangnya dengan pandangan                    mesra di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat.                                            Fadilatnya - Allah mengampunkan dosanya walau telah            berlarutan selama 50 tahun melakukannya.                                     Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura                   empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama                     dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal                      maula  wa nikmannaseer".                                                                     Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.                                        Macam mana pun  ajal maut di tangan Allah.
  13. Menjamu orang berbuka puasa.                                                  Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian                           orang  Islam berbuka puasa.
  14. Puasa.                                                                                        Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari                           Asyura  kerana Allah Taala."                                                               Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah                   dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
Doa akhir tahun:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau                 sebelum   masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,            "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda
anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku 
pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan 
mengampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara                  dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke                atas   junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli     keluarga   baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan       Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.         Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari           kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon     keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku     lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau           janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.             Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi               Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para      sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang      memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Doa awal tahun:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada                      malam 1 Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,                   "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini                kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya             dari fitnah syaitan." 

       Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
       mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
       junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga
       baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.     Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu             yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku             memohon kepadamu perlindungan daripada syaitan yang       direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.      Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah            yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan      dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan      diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi            Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para        sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara    dan mentadbir sekalian alam....Amin...

3 komen:

Mknace said...

selamat tahun baru

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited

Ruly Abdillah Ginting said...

selamat tahun baru, salam pelaut batam, Berita Kapal

Lin Azlina said...

baguslah info ni...mintak share yer