BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, November 14, 2011

PETUA BARU TANGKAP TIKUS ....GUNA KUALI MASAK

Saya ingin kongsi satu kejutan pengalaman baru2 ni sekembali saya 
dari Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan beberapa hal 
termasuklah hal perkahwinan adik lelaki saya di Kuala Lumpur.

Dari ipoh, saya sekeluarga ke Kuala Lumpur pada malam Jumaat yang 
lalu sebab kenduri kahwin akan berlangsung pada hari keesokan
sabtu waktu tengahhari. Jadi rush la sikit.

Pada hari sabtu tu, Kuala Lumpur hujan pula dan apa lagi jam la. Dah lah
terpaksa tempuh dengan masaalah jam di Kuala Lumpur sewaktu
ke tempat kenduri dan selepas selesai kenduri pun, semasa nak
balik ke Ipoh petang tu, pun terpaksa lalui masaalah jam yang sama.
Kami sekeluarga terpaksa balik ke Ipoh hari sabtu tu juga sebab hari ahad
perlu pula hadiri kenduri kahwin lagi di ipoh. Jadi boleh la rehat sekejap
malam tu ..

Nak tanya , bila la masaalah jam di Kuala Lumpur dapat diatasi ?
Ambil jalan biasa pun jam dan ambil jalan short-cut pun jam juga ... 

Kuala Lumpur sepatutnya ada SATU HARI TANPA KERETA DAN TANPA
MANA2 KENDERAAN BERODA EMPAT MACAM BAS, LORI, TEKSI dll di
jalanraya nya untuk sekurang2nya seminggu sekali . Boleh dicadangkan
pilih hari Sabtu atau Ahad.

Biar ramai2 ke pusat bandar Kuala Lumpur hanya dengan naik LRT, 
berjalan kaki, naik basikal, naik motosikal pun ok kut....asalkan tiada 
kenderaan beroda empat...sapa2 didapati naik kenderaan empat roda,
samankan mereka ni....

Berbalik pada cerita saya ni. Kami sekeluarga tiba di Ipoh dah dekat
waktu maghrib dan mula2 cadang nak makan malam di luar saja sebab
memang terasa penat sangat2. Hubby saya lagi penat sebab terpaksa
pandu kereta di Kuala Lumpur dan juga perjalanan pergi / balik. 

Tiba2 perut saya buat hal pula. Senak dan memulas lain macam saja
dan saya kata kepada hubby, kita balik ke rumah dulu sebab saya rasa
perut saya tak selesa. Jadi kami sekeluarga pun pulang ke rumah dan
hubby kata malas la nak keluar bila dah balik ke rumah. Saya ok saja
tapi anak2 la yang merungut. Bila hubby saya kata kat depa, esok nak
keluar lagi ke tempat kenduri dan tak perlu lah nak belanja malam tu
dengan makan kat luar, budjet la sikit jadi anak2 pun faham. Takut depa
kat hubby saya tu...

Setiba dirumah, saya masak dulu nasi dan anak2 disuruh buat goreng telur 
dadar saja. Anak2 saya ni dah pandai dah masak masakan2 yang simple. 
Jadi sementara saya kemaskan rumah dan pakaian  serta buat hal saya tu, anak2 pun goreng telur dengan gunakan kuali. Dipendekkan cerita, habis makan dan selepas kemas dapur serta basuh pinggan / cawan, kami sekeluarga pun tidur awal sebab memang penat sangat2.

Tapi saya serta anak2 terlupa untuk basuh kuali yang masih ada baki
minyak di dalamnya yang digunakan untuk goreng telur tu. 

Keesokan paginya saya serta hubby / anak2 bangun awal sikit untuk
sembahyang tahajud dan selesai sembahyang, saya ke dapur dan
terdengar bunyi geseran berturutan. Dalam keadaan dapur gelap ( tak
buka lampu masa tu ), saya dengar macam bunyi geseran tu datang dari
arah kuali yang digunakan malam tu. Saya hampiri kuali tu dan tekejut
macam ada benda sedang bergerak2 dalam kuali tu. 

Ketika itu, lampu dapur masih belum dinyalakan dan disebabkan saya 
dalam keadaan terkejut, saya terus memanggil hubby untuk periksa apa ke
benda yang sedang bergerak2 dalam kuali tu. Saya agak mungkin lipas kut
atau cicak kut tetapi bila hubby nyalakan lampu dapur, TERKEJUT saya
dan hubby bila dapati ada seekor tikus yang sudah basah kuyup dilumuri
dengan minyak masak diseluruh badannya termasuk lah keempat2 kaki nya.
Tikus tu mengalami kesusahan untuk keluar dari kuali tu sebab badan nya 
berkeadaan licin dan setiap kali ia cuba keluar, ia akan jatuh semula ke
dalam kuali yang berisi minyak masak yang telah digunakan tu.


 Tikus dalam kuali..













Anak2 saya pun bila nampak, mereka pun terkejut juga. Memang kami
sekeluarga tak sangka perkara sebegini boleh berlaku. Selepas tu hubby
saya gunakan penyepit besi dan sepitkan ekor tikus tu untuk angkat tikus tu dari kuali dan letakkan ia ke dalam sangkar tikus dan sangkar tu kemudian diletakkan di luar rumah.



Kuali tu...saya basuh dengan sabun banyak kali serta rebuskan air hingga
mendidh di dalam nya dengan harapan kuali tu betul2 bersih dari kesan2
tikus tu. Tapi tak tahu lah saya samada saya boleh guna kuali tu lagi sebab rasa geli geliman memang ada sampai sekarang bila ingat balik kejadian ni.

Jadi tu la pengalaman kejutan saya. Jadi jika rakan2 blogger yang punyai
masaalah tikus ( yang tak di jemput , masuk ke dalam rumah dan susah
nak tangkap walaupun guna perangkap biasa ), boleh la cuba cara ni...

Petua baru tangkap tikus : 
Biarkan sedikit minyak masak yang sudah digunakan dalam kuali ( yang 
tidak dipakai lagi ) dan biarkan semalamam. Tikus tu mungkin menghidu 
ada bau masakan dalam kuali tu dan bila ia masuk...terjerat la tikus tu dengan minyak masak tu dan ia pun susah nak keluar dari kuali tu...Boleh
la tangkap dan buang tikus tu...cuba la cara baru ni untuk tangkap tikus...
memang menjadi walaupun tidak sengaja...jadi jangan la segan2 mencuba
petua baru ni jika cara lain untuk tangkap tikus tak menjadi...

3 komen:

blog-tips-kurus said...

elok ada spare kuali buruk kat umah, kan kan? nak bagitau mak ni. kat kampung bnayak 'cik T'.. :-)

Somoon said...

Perangkap mantap. Kunjungan pagi Rabu ke sini.

Fabulous Me said...

Ya ampun! Hahahaha..