BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, November 6, 2012

BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT....DAUN SEMAMBU SERTA DEMAM CAMPAK

Kebanyakan kita tentu pernah alami demam campak
samada pada zaman kanak2 mahupun di peringkat dewasa.

Memang rimas betul rasa nya bila terkena. Bukan saja
kena demam panas tapi seluruh badan rasa gatal2 dan
merenyam-renyam ( betul kut bahasa ni....yang nak
dimaksudkan di sini ialah rimas akibat gatal2 tu ).

Antara tanda2 terkena demam campak ialah :

- Demam tinggi
- Batuk, selsema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
- Ruam demam campak


Saya masih ingat lagi dan juga dari cerita2 mak saya,
masa saya kena demam campak pada zaman kanak2, rasa
sakit dan gatal2 satu badan serta suhu badan naik tinggi hingga
nak buat apa pun, tak boleh. Jadi mak suruh saya baring saja.

Beberapa hari kemudian ruam2 mula timbul, mula dari muka ke
kepala dan  merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Masa ni
suhu badan tinggi.

Mak saya keluar mencari daun semambu untuk mandikan saya
dengan air daun tu. Selepas mandi, dia lapkan badan saya pelan2
supaya tak rasa sakit disebabkan ruam2 demam campak tu masih
mengelembung. Risau pula jika terkasar yang akan akibatkan ruam
pecah dan tinggal parut. Jadi dia lap badan saya pelan2. Saya juga
diberi minum air kelapa muda untuk keluarkan semua ruam demam
campak tu. Suka tak suka, terpaksa minum juga.



Pokok semambu











Selepas beberapa hari, demam campak tu nampak reda sikit
dan masa ni seingat saya, mak lumurkan pula dengan sejenis
bedak sejuk ke seluruh badan saya. Tujuan nya untuk sejukkan
suhu badan saya tu serta sembuhkan dan hilangkan parut2 ruam
demam campak ( jika ada ) . Saya tak ingat apa nama bedak tu tapi
cuma tahu ianya sejenis bedak sejuk. 

Bila saya sudah berumah tangga, anak2 saya pula kena demam
campak ni. Bukan setakat anak saja, bapa mereka ( hubby saya tu )
pun kena juga.

Jadi saya amalkan petua rawat demam campak ni seperti
mana di amalkan oleh mak saya tu. Dan masa ni, untuk
lumuran bedak ke badan mereka , saya gunakan Bedak
Sejuk Muntah Belut.

Alhamdullillah...khasiat bedak muntah belut ni membantu
sembuhkan demam campak mereka.

Jadi saya mmg galakkan jika ada sesiapa terkena demam
campak, cari dan gunakan bahan2 rawatan di bawah ni :

Daun semambu
- untuk mandi air nya

Air kelapa muda
- untuk minum air nya supaya keluarkan habis ruam2 demam
  campak tu
                       
Bedak sejuk muntah Belut
- untuk di lumurkan pada seluruh badan supaya demam
  berkurangan dan dapat hilangkan parut2 demam campak tu















Saya juga suruh mereka amalkan :

- Berehat banyak dan minum air kosong putih yang cukup.
- Juga dok di rumah saja supaya tidak menjangkiti orang lain.

- Bila sudah sihat sikit, buat rawatan susulan pula di klinik
  kesihatan.

1 komen:

Anonymous said...

Tumpang tanya...mana nak cari daun semambu dan bedak sejuk muntah belut tu?