BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, July 21, 2012

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN 1433 H

Kepada rakan2 blogger, saya sekeluarga ingin ucapkan
Selamat menyambut bulan Ramadhan 1433 H
bersamaan 21 Julai 2012 . 
Selamat Berpuasa.



Banyak2 lah mohon kemaafan antara kita
dibulan Ramadhan yang mulia ni ...
















Jangan pula malas bangun bersahur sebab
bersahur tu satu ibadat juga mengikut
sunnah Nabi s.a.w...














Hadis Anas r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur
tu ada keberkatannya.


Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: 
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w.
Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh.
Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara
keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima
puluh ayat .

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat
besar manfaatnya. 1) Manfaat untuk diri sendiri, untuk
mendapat tenaga berpuasa. 2)Mendapat pahala dengan
percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah nabi s.a.w

 Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah
satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan
sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh
keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi
bagi mereka yang berniat untuk bersahur.

Bersabar pula menahan puasa di siang hari...













Sabda Nabi s.aw " Apabila datangnya Ramadhan,
dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu
neraka dan diikat segala syaitan". Jadi jaga lah
masa berkata2 tu dan banyaklah beramal semuga
semua doa dan ibadat di terima Allah s.w.t















Dan kawal juga hawa nafsu tu masa kat pasar Ramadhan
masa beli juadah berbuka puasa ...

























Dan masa berbuka puasa tu pula, jaga2 lah sikit
cara makan tu dan apa yang di makan...sebab
jika terlebih makan , naik semput pula nanti..
















Dan jangan lupa bertarawih ...setahun
sekali banyak fadilatnya..














1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana
keadaannya baru dilahirkan.



2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang
mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua
ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia
yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan
solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah
akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan
memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur,
Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala
orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil
Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama
pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta
setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang
yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta
menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat
tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada
Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan
mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia
dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa
seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka
yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman
sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan
berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang
terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya
Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu
(yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang
yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam
syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari
sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam
syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun
ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih
pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun
ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih
pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan
untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat
di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji
yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang
yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya
(yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis
buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam
syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama
salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.





 

APA2 PUN SELAMAT BERPUASA DAN SEMUGA
ALLAH TERIMA PUASA DAN IBADAT KITA SEMUA
DI BULAN RAMADHAN 1433 YANG MULIA NI ...

0 komen: