BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, July 9, 2012

MASAALAH JERAWAT YANG BERULANG-ULANG

Pernah ke kita ucapkan " Kenapa masih ada lagi
masaalah2 jerawat ni walaupun sudah cuba pelbagai
jenis ubatan samada ubatan moden mahupun tradisional".

Memang tidak dinafikan akan rasa geram juga sebab
masaalah jerawat tu kejap baik dan kejap datang balik.
Tetapi sebelum membuat tuduhan melulu terhadap
ubatan yang digunakan , kita perlu fahami dulu kenapa
perkara sebegini terjadi.

Kita perlu fahami bahawa bukan semua masaalah kulit
berpunca daripada salahguna atau salahpilih ubatan yang
digunakan tetapi ianya sendiri berpunca daripada masaalah
kesihatan kita sendiri yang tidak dijaga dengan baik sehingga
menimbulkan pelbagai masaalah kulit pada diri kita.

Walaupun adakala kita cuba nafikannya tetapi hakikatnya
potensi untuk ini terjadi memang ada sebab jika kita alami
masaalah hati yang bertoksin mahupun masaalah hormon
yang tidak stabil selain daripada masaalah kulit kita sendiri,
perkara masaalah jerawat berulang-ulang datang kemungkinan
besar akan timbul.

Kedudukan Hati












Jadi bagaimana caranya untuk menyembuhkan masaalah2
kesihatan berhubung hati, hormon selain masaalah kulit
kita sendiri tu.

Dari satu lapuran kesihatan, kebiasaannya dalam menangani
masalah jerawat yang berulang-ulang yang bersangkutan
dengan masaalah kesihatan , ianya memerlukan rawatan
kesihatan secara terusan ( berkemungkinan antara 4 bulan ke
1 tahun ) bagi mengeluar semua sisa toksin dalam hati
dan menstabilkan hormon. Dan antara cara rawatan yang
boleh dicuba ialah cara remedy homeopathy yang biasanya
selamat dan bebas dari kesan sampingan. Tetapi apa2 pun
kita perlu mendapatkan juga pandangan pakar doktor untuk
menentukan cara rawatan yang sesuai untuk kita ambil.

Jadi kesimpulannya jangan selalu salahkan ubatan yang
digunakan tu tetapi jika kita rasa masaalah jerawat kita tu
tak sembuh2 dan selalu berulang-ulang, jangan tunggu lagi,
cepat2 buat lah pemeriksaan kesihatan untuk diri kita tu untuk
pastikan tahap kesihatan diri dapat disembuhkan segera jika
punyai masaalah kronik terutama pada bahagian hati dan
hormon.

Juga antara petua lain untuk rawat masalah hati dan
pembuangan bahan toksik dari badan ialah dengan
amal makan hasil dari pokok2 tumbuhan seperti
dibawah :

1) Daun pegaga 
Antara khasiatnya : bantu keluarkan bahan toksik dari
badan selain kurangkan tekanan darah tinggi dan kuatkan
sistem aliran darah, cegah nyanyuk, lambatkan proses penuaan,
kurangkan pembengkakan hati.

2) Temulawak
Antara khasiatnya : Ubati masalah hati, demam kuning,
penyakit kulit, kurangkan kesakitan otot

3) Daun ulam raja
Antara khasiatnya : Perbaiki edaran darah , cuci darah dari
bahan2 toksik

Selamat mencuba....

2 komen:

eja samad said...

thanks 4 da info :)

Unknown said...

adajerawat?/ sedapkalu dipicit... ahakz...