BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, April 17, 2010

Anak-anak




Anak-anak umpama sehelai kain putih yang bersih yang hanya menunggu untuk dicorak. Anak-anak penawar duka di hati, pengubat jiwa nan sepi. Dialah intan, dialah payung.

Tapi zaman sekarang ni, rasanya semangat kasih sayang pada anak dah berkurangan. Saya jadi takut setiap kali buka akhbar, ada saja cerita tentang anak-anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa. Tak kiralah mangsa apa pun. Ada yang dibuang, ada yang didera... Saya sedih dengan nasib yang menimpa mereka. Sepatutnya kita yang dah beso panjang dan berakal ni menjaga mereka. Memberi kasih sayang dan perhatian pada mereka.

Kadang-kadang geram gak pada manusia yang sudah bergelar ibu dan ayah ni yang tak pandai nak jaga anak. Pandai buat anak tapi tak mahu nak ambil peranan dan tanggungjawab, hish... benci betul saya pada orang-orang sebegini. Patutkah kita panggil mereka manusia?? Setahu sayalah, manusia tu dijadikan Allah lebih sedikit martabatnya dari haiwan. Manusia ni diberi akal untuk berfikit baik dan buruk.



Okey, stop yang serius. Saya pasti yang ada disekeliling saya ini adalah ibu2 dan bapa2 yang sangat prihatin dengan anak2 mereka, betul tak? Semua akan mengaku dan berkata yang anak merekalah yang paling comel, paling cun dan paling pandai bergaya. Semua yang paling2 semua khas untuk anak dia sorang. Mana ada parents yang mahu anak dia jadi nombor 2.

Apa juga gelagat anak2, walau yang buruk sekali pun mesti nampak comel dan kelakar. Mahu berair mata setiap kali tengok reaksi anak2, kan? Tapi tahap perkembangan anak2 berbeza. Kita tak boleh nak samakan anak kita dengan anak orang lain. Biarlah anak orang lain itu lebih pandai bercakap, lebih pandai mengira walaupun dalam usia yang muda. Saya tak suka memaksa. Biar dia sendiri yang mengikut kehendaknya. Saya akan ajar anak saya bercakap, tapi kalau belum tiba masa untuk dia bercakap dengan perkataan yang penuh, biarkan. Malah kadang2 rasa bangga lak sebab saya sorang yang tahu apa yang dituturkannya. Semua anak saya gitu, biarlah apa orang nak kata. Yang penting saya tahu tahap kecerdasan anak saya.

Mengapa perlu mengajar mereka membaca dan menulis pada usia muda, kalau perangai menyakitkan hati. Di mulut pandai mengeja, pandai mengira tapi perangai buruk. Meronta-ronta berguling-guling bila kehendak tidak tertunai. Ee.. geram saya jika tengok budak yang macam tu....

Biar tidak pandai komunikasi tapi disiplin tinggi, kan adik....

0 komen: