BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, December 28, 2010

JERAWAT BERMACAM2 NAMA......

atBagaimana perasaan kita dikala timbulnya bintik2 merah dimuka.

Mungkin ketika ini kita masih tidak ambil berat atau tidak kisah sebab
bintik2 merah kecil ini beranggapan tidak memalukan dan akan hilang
sehari dua nanti. Bintik2 merah ini ketika ini boleh diselindungi atau
ditutupi dengan bedak2 atau lotion muka saja.

TETAPI bila jumlahnya mulai banyak dan saiznya mulai membesar, masa inilah masaalah ini mula mengganggu keayuan wajah kita dan mula lah kita kelam kabut mencari rawatannya. Barulah kita perasan ini adalah masaalah besar dan ini adalah masaalah jerawat yang perlu dirawat segera.

Tetapi timbul pula masaalah bila kita tidak pasti apa pula rawatan
yang sesuai untuk jerawat kita ni .


Kita mula membuat analisa sendiri dan dapati ada :

- Bermacam2 jenis ubatan dan cara rawatan untuk masaalah jerawat
- Bermacam2 harga pula ada
- Ubatan2 ini halal ke bahan2nya ?
- Jika ubatan ini mengandungi ramuan kimia, apakah kesannya pada kita?
- Bermacam2 pantang larang pula perlu diikuti semasa menggunakannya
- Bermacam2 nasihat pula diterima 
- Mungkin satu ubatan atau rawatan itu sesuai untuk satu2 jenis
  jerawat saja dan bukan untuk semua jenis, jadi kena beli bermacam2
  jenis ubatan dan rawatan untuk sembuhkan beraneka jenis jerawat
  dimuka kita yang tumbuh bagaikan permukaan bulan
 - Dan pelbagai pertanyaan lagi timbul di fikiran kita....

Masa ini mula lah kita pening kepala memikirkan mana satu ubatan
atau rawatan perlu dibeli dan dicuba.

Jadi sebelum kita buat sebarang keputusan , lebih baik kita kenali
dulu jenis2 jerawat yang kita hadapi.

Sekurang2nya bila kita sudah tahu jenis jerawat ini ,  boleh lah
kita fahami apa jenis ubatan atau rawatan yang sesuai.

Kenali la jenis2 jerawat kita :

1. Jerawat jagung / Jerawat batu yang juga dikenali Cystic Acne 

Jerawat ini berbentuk besar dengan radangan yang kuat. Ianya
biasa berkumpul hampir di seluruh kawasan wajah.

Biasanya jerawat jenis ini disebabkan oleh :
- Kelenjar minyak over-aktif yang menutupi lubang pori kulit
Pertumbuhan sel2 kulit tidak normal
- Radangan kulit yang kuat hingga meninggalkan bekas di kulit 

2. Jerawat biasa

     Jerawat jenis ini pula biasanya berbentuk kecil dan berwarna
    kemerah-merahan dan berkumpul di satu2 kawasan wajah saja.

     Penyebab utamanya ialah :
   - tekanan atau stress
   - masaalah hormon
   - kulit berminyak berlebihan

3. Komedo

    Apa sebenarnya komedo ini. Mungkin ada yang tahu dan ada yang
   belum tahu.

   Komedo ini ialah masaalah atau tahap awal sebelum terbentuknya
   jerawat. Ianya terjadi apabila kulit mengalami pengeluaran minyak
   berlebihan dan seterusnya menyebabkan saluran kelenjar minyak
   di kulit tersumbat.

   Pernah kah mendengar masaalah kulit whitehead dan blackhead ?
   Ini lah dua jenis komedo yang biasanya diistilahkan sebagai komedo
   tertutup ( whitehead ) dan komedo terbuka ( blackhead ). 





Blackhead










Whitehead








Permulaannya whitehead akan terbentuk dulu dan ia adalah
lemak2 putih yang terbentuk diatas kulit dan menyebabkan lubang pori2
tersumbat sehingga kelihatan seperti benjolan putih kecil2 dibawah
kulit.

Ini diikuti oleh masaalah Blackhead yang menyebabkan sumbatan
pori2 dan kelenjar minyak semakin membesar dan biasanya ia berwarna
kuning hingga warna kehitaman. Seterusnya dari sini, akibat interaksinya
dengan bakteria, maka terbentuklah jerawat.

Tapi jangan pula kita samakan komedo ini dengan jerawat sebab
kedua2nya adalah masaalah yang berbeza.

Setelah kita mengetahui jenis2 jerawat ini, jadi apa pula rawatan
mudah yang boleh kita ikuti dan amalkan harian untuk elakkan atau
kurangkan timbulnya masaalah2 jenis2 jerawat ini . Antara yang
boleh diamalkan ialah :

1. Amalkan cuci wajah setiap pagi dan malam
2. Amal guna kertas minyak untuk serap kesan2 minyak di wajah
3. Amalkan pakai facemask di malam hari sebelum tidur
4. Jaga diet makanan
5. Selalu bersihkan diri dengan mandi
3. Elakkan atau kurangkan pakai lotion muka yang berminyak

Bagi diri saya pula , apa yang saya amal untuk masaalah jerawat
( jika ada ) adalah amal pakai selalu Bedak Muntah Belut. Bukan saja
untuk kurangkan masaalah jerawat tapi mengelakkannya dari terjadi.
Cara pakai facial mask, saya amal sekurang2nya sekali seminggu

Marilah cuba amal pakai Bedak Muntah belut ini jika belum mencuba.
Insyallah sembuh masaalah jerawat anda..

1 komen:

Angin Selat Melaka said...

Eh, takpe ke mencelah di sni?...

Harap2nya tk kisah la kan?...Saling bantu membantu mereka yg mengalami masalah cm ni. Kpd sesiapa yg terasa jerawat tu degil sangat, sila segera cuba rawatan kuat ini:

Pemusnah Jerawat dari sudut Dalaman

Semoga berjaya. Tq.