BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, December 20, 2010

KULIT MUKA MENGELUPAS..KENAPA YE ?

Kenapa kulit mengelupas, terasa kering ,berkeping2,
kemerah-merahan , ketidakselesaan dan gatal2.

Ada pendapat mengatakan masaalah ini timbul disebabkan
oleh salin kulit. Betul ke ?

Dari satu artikle mengatakan masaalah kulit mengelupas
adalah masaalah hanya sementara menunggu timbulnya
permukaan kulit yang baru dan dikatakan akan sembuh dalam
beberapa hari. Dan dikatakan juga tidak berbahaya pada
kesihatan.

Tetapi bagi sesiapa yang pernah alami masaalah ini pasti akan
terasa malu dengan keadaan kulit pada dirinya terutama dibahagian
muka dan akan cuba mengelak dari berjumpa dengan sesiapa.



Gambar : Kulit mengelupas


Jadi apa sebab terjadinya masaalah ini. Mungkin antaranya :

1. Tersalah pakai produk kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit
2. Campur pakai bermacam-macam produk2 kulit
3. Kulit tidak tahan cuaca panas atau cuaca sejuk
4. Ada kaitan dengan masaalah resdung
5. Keadaan kulit yang sensitif seperti berminyak, kering dll..
6. Diet makanan yang tidak sesuai atau kurang vitamin.
7. Jangkitan penyakit
8. Masaalah keturunan
9. Kemungkinan berpeluh secara berlebihan

Bagi diet makanan, ia memainkan peranan yang penting untuk
penjagaan kulit yang sihat yang perlu merangkumi protin, karbohidrat,
lemak dan semua vitamin serta mineral.

Antara penyebab kulit mengelupas ialah kekurangan vitamin A,
zat besi, iodine serta vitamin B. Sementara vitamin C serta protin
akan membantu penyembuhan kulit dan mencegah penyakit.

Berikut ini adalah senarai sumber vitamin2 yang penting untuk
rujukan diet makanan untuk penjagaan kulit yang kulit yang sihat:



Vitamin A: Cream, mentega, minyak hati ikan, telur, lobak merah
Vitamin B: Daging, ragi, biji-bijian, bijirin kasar, hati, telur, keju, susu.

Vitamin C: Buah limau, paprika hijau dan tomato

Protein: Daging, ikan, bijirin, produk susu, kekacang dan beberapa sayuran.
Zat Besi: Daging merah, badam, kacang panggang, brokoli, kacang merah, kacang polong, kismis, beras dll
Memang terasa pedih macam terkena cili jika kulit mengelupas
dan memang terasa nak jerit kuat2 untuk lepaskan tekanan perasaan
akibat masaalah ini. Tapi setiap masaalah , pasti ada ubat atau
caranya untuk menyembuhkan.

Apa pula perlu dibuat sementara mencari rawatan yang bersesuaian .

Boleh buat :
1. Buangkan hujung kulit yang mengelupas tapi jangan sampai
   terluka kulit akibat potongan hujung kulit itu
2. Gunakan pelembab kulit
3. Minum air biasa anggaran 10-12 gelas sehari
4. Gunakan sun tan lotion bila keluar rumah
5. Elakkan guna sabun yang kasar

Jangan buat :
1.Menggaru bahagian kulit yang mengelupas
2. Elakkan mandi air panas dikhuatiri boleh mengeringkan lagi kulit.
    Amalkan mandi guna air suam saja.
3.Elakkan keluar dibawah pancaran matahari antara pukul 11 pagi
  ke 3 petang


Apa pula rawatan untuk masaalah kulit mengelupas.
Boleh dicuba antaranya ialah :


1. Jumpa doktor pakat kulit tapi cari yang betul2 pakar

2. Jika ada resdung, ubati masaalah resdung dulu dengan
    amalkan ubatan resdung yang bersesuaian

3. Cari produk kulit bersesuaian dengan kulit anda untuk
   stabilkan masaalah kulit ini dulu. Jika bersesuaian ,
   perlu teruskan pakai dulu dan elakkan tukar ke produk lain untuk
   sementara waktu
4. Mungkin boleh pergi ke mana2 salon kecantikan dan test
   scan kulit anda dulu untuk produk yang bersesuaian
5. Boleh juga membaca artikle mengenai CHEMICAL PEELING
    iaitu satu proses menggunakan larutan kimia berbentuk
    cairan yang disapu pada bahagian kulit untuk mengelupaskan
    kulit atau membuang kulit yang sudah mati dan merangsang
    pula penumbuhan kulit baru. Kena tanya pakar kulit mengenai
    proses ini untuk mendapatkan ubatan atau lotion CHEMICAL
    PEELING yang bersesuaian.

Jadi apa pula kaitan kulit mengelupas ini dengan khasiat rawatan
Bedak Muntah Belut yang memang bersesuaian merawat masaalah
penyakit kulit seperti Jerawat, Ruam, Kayap, Campak dan lain2 penyakit
kulit yang bersamaan  ...

Dari pengelaman amal pakai , Bedak Muntah Belut ini mampu
membersihkan dan menyejukkan kulit.Dengan cara ini, secara tidak
langsung, bedak muntah belut ini dapat membantu menyembuhkan
masaalah kekeringan kulit,  kulit berminyak dan insyallah juga masaalah
kulit mengelupas.
Cubalah...inysyallah boleh sembuh dengan izin Allah..

11 komen:

Atika Natasha said...

rmai 0rg ingat kulit mngelupas ni bgus..tp tdak sbenarnye..die akn efek muka kita dlm jangka msa pnjang..bila kita dh tua nnti muka kita akn jadik truk..mngglupas mmg bleh cerahkan kulit tp kulit kiter jadik nipis dan pncerahan tu bukan asli..huhu..skadar pndapat aje..

Unknown said...

sis , kulit sya mmg dah elok mcm langsung tkde jerawat . Sy just pakai pun safi gamat or safi timun . Lepastu sy try tuka safi beuty care y baru tu . Dalam 3 hari ok . Tp masuk hari ke 4 rasa gatal n pedih pedih . Lepastu masuk ari ke 7 kulit sy mengulpas . Ini disbabkn ape ye ? And sya tak pasti nk teruskn guna atau stop je . Tlng reply ye .

Fika said...

Saya pun sama 2 3 hari elok je muka pakai produk tp bila hari ke 6 dah muka pedih mengelupas merah. Dah 3 hari kulit sy mengelupas. Saya dah stop pakai apa apa produk sbb kulit pedih bila sapu apa apa.

Anonymous said...

Muka saya 2 hari menggelupas. Lepas tu saya pupuk bedak sejuk campur air asam jawa..buat pekat..dalam 4 hari muka dah normal cam biasa..tapi dalam tempoh 4 hari tu saya minum air 3 liter setiap hari..dan stop makan maggi..hehe..student dan maggi x boleh dipisahkan..selamat mencuba

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sekrang kulit awak dah okey ke ? Awak buat apa ? Biar je or pakai product pape. saya tgh jadi mcm awak skrang ni. Pedih sgt

Unknown said...

Muka saya pn sama jgk.. Sy guna pelembab 3/4 hri guna ok lg.. Msuk hri ke 5 bila sapu dia jd pedih.. Lps tu kulit muka mengelupas.. Klau blh tahu knp ya agk2 sama ada dia x sesuai dgn muka blh inform x produk ap yg blh bg jerawat hlg @ flawless?

Lol said...

Saya dh berapa hri kulit muka mengelupas, smpikan kwn2 tegur sbb nmpk sgt mengelupasnya. Byk kli cuba utk hilgkn tapi sama je hmmm

Unknown said...

Cuba p kat farmasi mintak ubat nh tekan link kt bawah https://www.google.com/search?q=elosone&prmd=ivn&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwj3r8eQvvHcAhVEpo8KHaplDJEQ_AUICigB&biw=320&bih=488#imgrc=IxdBzTLov37uTM:&isa=y

Unknown said...

Search kt google (elosone) alhamdulilah saya dh cuba. Selesai msah kulit muka saya

Unknown said...

Search kt google (elosone) alhamdulilah saya dh cuba. Selesai msah kulit muka saya