BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, February 21, 2011

APA BEZANYA JERAWAT DARI BISUL....!!

Ada rakan bertanya saya Jerawat dan bisul tu sama ke ?

Dia bertanya soalan ini bukan tandanya dia tidak dapat
bezakan antara Jerawat dari Bisul tetapi untuk dapatkan 
kepastian untuk elakkan dari tersalah cara rawatan dan
cara penggunaan ubatan 


Gambar Bisul di hidung








Gambar Jerawat di hidung





Jadi saya beri pandangan saya iaitu walaupun kedua2nya adalah
penyakit kulit tapi pada hakikatnya kedua2nya adalah
jenis penyakit kulit yang berbeza.

Bisul dalam bahasa inggeris ialah Abcess sementara Jerawat
pula dalam bahasa inggeris ialah Acne, ada juga orang panggil
Pimple.


Antara perbezaan Jerawat dari Bisul ialah :

         Bisul                           Jerawat
1. Isinya nanah                   Isinya lemak ( komedo )

2. Selalu berdenyut2            Tidak selalu berdenyut 

3. Lebih sakit                      Kurang sakit

4. Benjolan lebih besar         Benjolan tidak besar
    ( kemerah2an serta          ( kemerah2an )
        kekuningan akibat
      ada nanah )
5.Banyak mata atau             Biasanya satu2 pada
   kumpulan bisul2 lecil         satu kawasan jangkitan
   pada satu kawasan
   jangkitan

6. Selalunya pecah dan         Perlu ubatan atau rawatan
    sembuh dengan sendiri     untuk sembuh

7. Terjadi dimana saja           Biasanya terjadi di kulit muka,
    tapi biasanya di bahagian   leher, dada dan kulit kepala
    lipatan tubuh seperti
    dilengan, dipaha, dibahu,
    dipunggung dan
    kelopak mata. Ada juga
    terjadi kat hidung dan
    mulut.

Antara cara mencegah Bisul dan Jerawat pula :

1) Jaga kebersihan diri dengan mandi tiap hari dengan menggunakan
    sabun yang sesuai
2) Bila kulit terasa gatal2, elakkan menggaru untuk mencegah
   kerosakan kulit
3) Elakkan memicit untuk elak terjadinya parut
4) Juga jaga kebersihan rambut kerana akar rambut yang kotor
    boleh menyebabkan penyakit kulit ini
5) Gunakan ubatan atau rawatan yang sesuai dan untuk
    jerawat, boleh juga amal pakai Bedak Muntah Belut
6) Minta nasihat pakar / doktor samada perlu minor
    surgery atau amal pakai ubatan saja
7) Jaga diet makanan
8) Jangan stress sangat dan elakkan mengalami tekanan


Jadi saya harap dengan penerangan ringkas ini dapatlah
membantu rakan saya ini untuk memahami serba sedikit
mengenai Jerawat dan Bisul.


Tapi apa2 pun, kalau terjadi juga penyakit kulit ini
pada sesiapa pun, jangan risau sebab pasti ada cara untuk
menyembuhnya...banyaklah bersabar ye...