BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, July 20, 2011

BULAN PUASA... SUHU PANAS VERSUS BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT DAN TIPS MENYEJUKKAN BADAN

Sekarang sudah 18 Syaaban dan bulan Syaaban 
sudah hampir ke penghujungnya. Dalam beberapa
hari pasti tiba bulan Ramadhan tanggal hari Isnin
1hb Ogos 2011.

Beberapa waktu kebelakangan ini, suhu dibeberapa
negeri di Malaysia mencatatkan bahang kepanasan yang
mencecah 36-38 darjah celcius seharian. Ada la
hujan sekali sekala tapi ianya tidak memadai untuk 
menghilangkan bahang panas ini.

Cuaca panasnya bukan cuaca panas biasa tetapi panas 
bersilau-sliau. Bukan saja fenomena ini memedihkan 
penglihatan malah kita mudah dijangkiti batuk dan selsema 
serta sakit kepala. 


Jadi untuk menyejukkan suhu badan , saya sediakan beberapa
tips yang boleh dipratikkan antaranya : 

1. Kerap minum air putih kosong ( plain water )

    Kerap minum air dapat membantu menyejukkan badan 
    ketika cuaca panas. Dalam satu artikle yang saya baca, 
    nasihat diberi ialah minum air sebelum mula berasa dahaga. 
    Oleh itu, sentiasa sediakan sebotol mengandungi air putih
    ( plain water ) dirumah atau pun sebagai bekalan setiap 
    kali keluar rumah.

   Minumlah air putih kosong dengan lebih kerap sekurang-kurangnya
   lapan gelas sehari bagi memastikan tubuh tetap cergas
   ketika cuaca panas . Kurangkanlah pengambilan gula, makanan
   berlemak, berminyak serta bersusu.

   Kurangkan juga pengambilan minuman berais sebab ianya
   bukan membantu sangat menyejukkan badan sebaliknya ais
   pula menjadi penyebab batuk dan selesema.
.
2. Kerap mandi

    Ini juga boleh membantu tapi mandi air sejuk dan 
    kurangkan mandi air dari alat pemanas. Jimat letrik.


3. Pasangkan penghawa dingin jika ada.
   
    Memang lah menyejukkan badan bila ada didalam
    bilik berhawa dingin tetapi sebenarnya angin sejuknya
    mengeringkan kulit serta mengakibatkan kering tekak.
    Sebab tu kita digalakkan minum air putih banyak
    bila berada didalam bilik berhawa dingin.


    Lagi satu masaalah ialah bil letrik akan naik
    mendadak bila guna alat penghawa dingin ini.
    Jadi untuk elakkan bil letrik tinggi, selalu2 lah
    servis alat penghawa dingin tu supaya kita hanya
    guna kuasa terendah saja untuk menyejukkan bilik. 
    
4. Makan buah2an punyai kandungan air yang banyak

    Dengan memakan buah2an, selain dapat menjaga
    kesihatan diri, juga dapat menyejukkan badan.
    Antara buah2an nya Tembikai susu ( honeydew),
    Tembikai Cina , belimbing , betik , Nenas , epal
    dan pear.




 Tembikai bantu
  menyejukkan tubuh
  





     Elakkan makan durian berlebihan.

    Juga pada bakal ibu dan ibu yang bersalin, berjaga2
    sikit. Jika boleh elakkan makan buah2an sejuk atau 
    tajam seperti sebut diatas tu. Banyakkan makan ulam.


5. Makan sayur2an punyai kandungan air yang banyak

    Sayur2an juga elok dimakan selalu. Seelok2nya jangan
    masak sayur2an ini kerana akan menghilangkan khasiat
    sebenar sayur2an tersebut. Makan sebagai Ulam.


    Antara sayur2an punyai kandungan air banyak ialah
    Tomato, Timun , Salad serta lobak.

6. Makan Yogurt 

   Yogurt ini kaya dengan kalsium serta probiotik. Ini
   elok untuk sistem penghadaman. Juga dapat bantu
   menyejukkan suhu badan.



7. Minuman sejuk


      Boleh cuba minum minuman sejuk seperti cincau
      hitam serta lai chi kang

8. Minum jus buah2an

   Boleh juga minum jus buah2an seperti jus daun pegaga,
   jus tembikai, jus nenas dan macam2 lagi jenis jus buah2an
   tropika. Bila buat jus buah2an tu, biar asli saja jus nya , 
   jangan ditambah gula untuk memaniskannya lagi.

9. Minum teh
  Minum minuman teh juga boleh membantu menyejukkan
  serta menurun suhu tubuh badan . Ada artikle mengatakan
  selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh 
  menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius

10. Pakai pakaian yang boleh menyerap peluh  
   

     Amalkan memakai pakaian yang mudah menyerap 
     peluh. Bila keluar amal pula memakai cermin mata 
     hitam untuk melindungi mata  dari pancaran
     sinar matahari.

11.Daun limau purut
    Daun limau purut juga boleh digunakan untuk menyejukkan
    kulit. Caranya mudah je. Ramaskan beberapa helai 
   daun limau purut dengan sedikit air. Setelah sebati, 
   tapiskan dan lumurkan ke kulit tubuh.


12. Amal pakai bedak sejuk
   
   Semasa dirumah, boleh juga sapukan bedak sejuk biasa
   atau bedak sejuk muntah belut ke kulit tubuh untuk
   tujuan menyejukkan kulit. Pakai semalaman dan basuh
   esok harinya dengan air biasa, insyallah kulit akan rasa
   sejuk dan gebu bila amal pakai selalu.

Ini lah antara beberapa tips yang boleh dipratikkan untuk
menyejukkan kulit tubuh di musim cuaca panas ini. Saya 
pasti banyak lagi caranya selain disebutkan disini jadi 
kena lah rajin2 menGOOGLE mencarinya.

1 komen:

Anonymous said...

salam...

suka bedak sejuk...

* folo blog puan..