BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, January 7, 2012

DEMAM CAMPAK : BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT JUGA BANTU MENYEMBUHKAN

Saya yakin ramai antara kita pernah alami 
demam campak  atau dalam bahasa inggeris nya,
di sebut  sebagai ' Measles '.




 Demam campak pada bayi








Demam campak kebiasaannya muncul seakan2 ruam 
bertompok kemerah-merahan tetapi yang bahayanya
perubahan di dalam tubuh penghidapnya adalah lebih 
membimbangkan berbanding tanda2 luarannya. 

Disini saya cuma ingin kongsikan cara jangkitan, komplikasi
jangkitan, pantang jangan buat serta panduan / petua cara2
rawatannya .

A) Cara jangkitan demam campak :

1. Melalui penafasan
2. Melalui titisan2 air yang berjangkit ini boleh juga mendarat 
    atas pemukaan tubuh orang lain dimana virus penyakit ini 
    akan aktif dalam beberapa jam seterusnya berjangkit kepada
    orang lain pula.
3. Dengan cara meletakkan jari di dalam mulut atau hidung anda
    selepas menyentuh permukaan yang telah dijangkiti.
4. Berkongsi gelas yang sama dengan pesakit.


B) Komplikasi jangkitan demam campak :
1. Demam berpanjangan
2. Batuk kering dan batuk berterusan
3. Selsema dan hidung berair
4. Tompok-tompok merah kecil dengan lapisan dalam 
     pipi/bahagian dalam mulut berwarna putih kebiru-biruan 
     dikenali sebagai bintik koplik dan ruam pada kulit 
     yang bertompok-tompok rata dan besar, seakan
     bersambung di antara satu sama lain.
5. Sakit tekak
6. Jangkitan telinga. Antara tujuh hingga sembilan peratus
    pesakit campak mengalami komplikasi jangkitan telinga
    yang boleh menyebabkan pekak

7. Konjunktiviti di mana mata menjadi merah jambu dan
    bengkak serta menghasilkan lelehan berair atau
    mengandungi nanah, jika tidak dirawat,boleh menyebabkan
    buta. Mata juga sensitif/mudah silau terhadap cahaya

8. Ensefalitis. Kira-kira satu hingga dua orang daripada 1,000
    pesakit campak menghadapi komplikasi ensefalitis, iaitu
    radang pada otak yang disebabkan oleh jangkitan virus yang
    boleh mengakibatkan muntah, konvulsi (pengecutan tidak
    sengaja otot-otot yang menghasilkan peliukan tubuh dan
    anggota) dan koma. Enselifitis boleh menyusul sejurus selepas
    campak atau ia boleh terjadi setelah beberapa tahun kemudian,
    apabila individu terbabit meningkat dewasa disebabkan oleh
    jangkitan virus yang perlahan. Pesakit mungkin mengalami
    masalah seperti sawan dan gangguan percakapan.

9. Pneumonia. Satu hingga enam peratus kanak-kanak yang
    dijangkiti campak akan mendapat pneumonia/radang paru-paru
    yang boleh menyebabkan kematian

10.Cirit-birit dan muntah. Komplikasi ini lebih lazim ditemui
    di kalangan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil

11.Bronkitis, laringitis atau krup. Campak juga boleh mendorong
    kepada radang kepada kotak suara/larinks atau radang pada
    dinding dalaman yang melapik laluan udara utama paru-paru/tiub
    bronkial

12.Masalah kehamilan. Wanita mengandung perlu mengambil
    langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan campak kerana penyakit
    tersebut boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang
    dan bayi dilahirkan kurang berat badan

13.Bilangan platelet yang rendah/trombositopenia. Campak
     boleh menyebabkan platelet iaitu jenis sel darah merah yang
     penting untuk pembekuan darah, menjadi berkurangan.


C) Panduan kepada pesakit demam campak

1.Bawa bertenang. Dapatkan rehat secukupnya dan elakkan
   daripada aktiviti yang sibuk

2.Hirup sesuatu. Banyakkan minum air, jus buah-buahan dan 
   teh herba bagi menggantikan cecair yang hilang dari badan 
   disebabkan demam dan berpeluh

3.Dapatkan bantuan bagi melegakan pernafasan. Gunakan 
   pelembap bagi melegakan batuk dan sakit tekak

4.Rehatkan mata anda. Jika anda atau anak anda terganggu 
   oleh lampu yang terang seperti pesakit campak lain, kurangkan
   keterangan cahayanya atau pakai cermin mata, sekalipun pada 
   waktu tidur. Elakkan membaca atau menonton televisyen kerana
   cahaya daripada lampu bacaan atau televisyen boleh mengganggu.

D) Pantang bila dijangkiti demam campak :

1. Jangan minum / makan benda yang mengandungi KICAP 
    selagi kudis@tompok2 tu x hilang....

2. Jangan GARU walaupun rasa gatal...

3. Jangan kena HUJAN atau ANGIN selagi x sembuh...
    Dirisaukan parutnya jadi berlekuk dan hitam.


4. Jangan mintak doktor SUNTIKAN atau ANTIBIOTIK....

5. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan
    dikunas, nanti parut tak hilang.

6. Jika rasa gatal2, eloklah mandi. Petua orang melayu pantang
    mandi tetapi doktor memang suruh mandi, Jadi terpulanglah
    pada kepercayaan masing-masing.

7. Menghidu minyak yang ditumis

8. Memakai baju ketika cuaca panas

9. Bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit





E) Cara / Petua2  rawatan : 


1) Tempekkan di tempat bintik2 campak tu dengan
    BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT dan ikuti pantang2 bila
     dijangkiti demam campak


2) Ambil beberapa helai daun gemilang.
    Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.
    Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas dan
    minumlah jus tersebut. Manakala lebihan jus yang ada
    di dalam tapis tadi dicampurkan dengan BEDAK SEJUK
    MUNTAH BELUT kemudian sapukannya pada bintik-bintik 
    campak tu. Amalkan sehingga sembuh demam sampak tu. 

3) Meminum air basuhan beras
    Minum air nyiur (kelapa muda ) - untuk hilangkan demam
    Makan sup ayam - untuk kurangkan haba badan
    Mandi air daun mambu...( mungkin pedih sikit masa mandi )


  
 Rupa daun mambu







Cara mandian daun semambu ini dengan cara ramas daun ni
dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu
juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena
demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu
ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam
pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun
semambu juga dikenali dengan nama daun Neem dalam
bahasa Tamil.

4) Minum air rebusan akar rumput hijau yg kat tepi jalan
    dan makan makanan yang berebus

5)  Rebuskan ikan segar selama mungkin
     Jangan campur garam, biarkan air rebusan ikan saja
     Minum air hasil rebusan tersebut..meloyakan tapi insyallah
     berkesan

6) minum air cool rhino atau air penyejuk cap kaki 3
 7) Bagi melawan penyakit campak, sejenis virus campak yang
    masih hidup tetapi dilemahkan boleh dimasukkan ke dalam
    badan seseorang. Apabila virus campak yang telah diubahsuai/
    dilemahkan ini diberikan kepada kanak-kanak sebagai sebahagian
    daripada vaksin MMR, ia mencetuskan jangkitan yang tidak
    berbahaya sebelum sistem imun dapat mengatasinya.
    Jangkitan yang tidak membahayakan ini membina kekebalan
    terhadap jangkitan virus di kalangan 95 peratus kanak-kanak,
    seumur hayat mereka.

8) Bagi rakyat Malaysia, dos vaksin demam campak akan diberi
    semasa masih bayi / masih berusia kecil. Pengambilan dos
    kedua vaksin adalah digalakkan bagi melindungi lima
    peratus lagi kanak-kanak yang gagal membina ketahanan
    tubuh selepas menerima dos pertama, dalam masa yang
    sama meningkatkan imuniti 95 peratus kanak-kanak yang
    telah pun berjaya. Ditanya mengenai kesan sampingannya,
    melalui kajian kebanyakan individu tidak mengalami sebarang
    kesan sampingan vaksin yang teruk kecuali demam dan ruam
    ringan manakala kurang satu daripada sejuta dos menyebabkan
    tindak balas alahan yang serius.

9) Untuk mengurangkan gatal2, kebiasaannya doktor akan beri
    ubat sapu bagi kes2 demam campak yang baru menjadi. Juga
    boleh dapakan anti viral di klinik. Anti viral ini boleh membantu
    mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau
    ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu
    lagi.

Untuk cara / petua2 rawatan yang lain, rajin2 lah rakan2 google...

2 komen:

iemah said...

tq atas info...
nice blog, byk info bleh dipraktikkan
follow sini ye

Diari Si Froggie said...

lengkap info yang tuan blog share kan.. terima kasih tuan blog. :)