Baru2 ni kita dikejutkan dengan gambar dalam
akhbar tempatan menunjukkan seorang penyanyi
hip-hop dan soul dari Dallas, Texas di Amerika ,
Erykah Badu, 40, yang menunjukkan bahagian atas
tubuh nya ( di kedua2 belah, berdekatan
ketiak ) punyai kalimah " Allah " dalam bahasa arab.
Apa lah yang difikirkan oleh penyanyi ini. Adakah dia
ingin mempersendakan nama " Allah " tu kepada
penduduk2 beragama islam di dunia ini !!
Apa2 pun, di atas kesilapan ini, akhbar tempatan tu
telah pun meminta maaf terutama kepada pembaca
beragama islam.
Erykah Badu
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang
pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu
Mengikut Pandangan Islam yang telah memutuskan bahawa
di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang
yang meminta dibuat tatu adalah haram.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang
yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta
menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi
yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.