BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, February 14, 2012

PETUA AMALAN HARIAN UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN KULIT

Kulit merupakan organ yang penting. Ia merupakan
organ manusia yang paling besar yang memiliki berat
sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan
di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu
sebagai pemisah. Juga berperanan melindungi otot
dan organ manusia.

Oleh itu, amat lah penting untuk menjaganya dengan
baik demi mengekalkan kesihatan serta kecantikannya 
serta untuk menjauhi masaalah2 kulit yang tidak
di ingini.

Disini diberi antara petua2 yang boleh di amalkan
harian untuk penjagaan kulit :

A) PENGAMBILAN DIET PEMAKANAN 

Teh Hijau
Ianya adalah ejen anti-oksida yang dapat melindungi kulit

daripada kesan terkena sinaran matahari. Teh hijau 
mengandungi poliphenol yang mampu melancarkan perjalanan
darah pada kulit. Amalkan 1 cawan teh hijau sehari.

Kuaci Biji Bunga Matahari
Untuk mendapatkan kulit yang sihat, amalkan memakan
biji bunga matahari sebagai kudapan. Biji bunga matahari
mengandungi Vitamin E  yang boleh mengatasi reaksi radikal
bebas serta melindungi kulit dari molekol2 perosak luaran
yang disebabkan olen pencemaran udara.

Delima
Cecairnya apabila disapu, boleh menghasilkan lebihan
kolagen pada kulit dan mempercepatkan proses 
penyembuhan luka-luka kecil.

Buah Tomato
Pengambilan diet melalui buah tomato sebiji setiap hari
dapat mengurangkan risiko kulit seakan2 terbakar 
akibat terkena pancaran matahari terik.

Telur/kacang/avocado/kacang soya
Kesemua ini mengandungi biotin yang merupakan
sejenis vitamin penting untuk metabolisme lemak
serta karbohidrat. Kekurangannya boleh menyebabkan
kulit menjadi kering serta rambut dan kuku menjadi
rapuh dan senang putus.

Ikan Salmon
Jenis Ikan ini mengandungi astaxanthin iaitu karotenoid
yang boleh meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan
garis-garis halus pada kulit.

Minyak ikan kod
Kandungan omega-3 didalamnya dapat menyerikan serta
menyihatkan rambut juga membantu kulit kelihatan
awek muda.

Coklat
Coklat mengandungi poliphenol yang mampu melancarkan
perjalanan darah pada kulit. Makan sekurang2nya 1.5 auns
dark chocolat.

Minum air kosong yang bersih
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk
elakkan kulit jadi kering

Hadkan minum kopi dan Teh
Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kulit jadi
kering

Banyak makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
Makanlah buah-buahan dan sayuran yang bewarna oren,
merah atau hijau tua seperti lobak merah, labu , sawi,
brokoli, strawberi dan bayam kerana ianya mengandungi
zat beta karotena iaitu sejenis antioksidan yang menghalang
aktiviti sel radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat berkedut.

Kurangkan makan ' fast food ' atau makanan ringan
Seperti kerepek , burger dan kentang goreng yang boleh
menyebabkan dehidrasi kulit.

Elakkan pengambilan alkohol serta rokok














B) PERSEKITARAN

Penyaman Udara Hawa dingin
Elakkan berada di tempat berhawa dingin untuk jangka
waktu yang lama kerana penyaman udara akan menyebabkan
udara menjadi kering dan seterusnya akan menjadikan
kesan dehidrasi terhadap kulit tubuh anda.


Pastikan pengaliran udara bersih di dalam bilik
Pastikan bilik mendapat pengaliran udara yang bersih.

C) KESIHATAN 

Elakkan kerap cuci muka
Kerap cuci muka boleh akibatkan kulit jadi kering.
Memadai basuh muka anda tidak melebihi dua kali sehari
contohnya dengan pembersih muka. Boleh juga guna
Bedak Muntah Belut untuk cuci muka sekali sehari
pada waktu malam sebelum tidur dan biarkan semalaman
sebelum basuh muka keesokkan paginya.
  
Tidur mencukupi
Sekurang2nya dapatkan 8 jam tidur pada waktu malam untuk
mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Fahami masaalah kulit sendiri
Ini amat penting sebab dengan ini, kita dapat tahu samada
kulit kita kering, berminyak, campuran dll..untuk mendapatkan
rawatan kulit yang sesuai

Tekapkan tuala ke kulit muka selepas habis cuci muka
Lakukan amalan ini secara perlahan-lahan apabila sudah
selesai mencuci muka.

Elakkan menggosokkan kulit dengan kasar
Jangan gosok kulit kuat2 samada untuk menanggal make-up,
membersihkan kulit untuk hilangkan minyak muka dll...untuk
mengelakkan kerosakan kulit. Ini juga untuk menjaga
kelembapan kulit yang diperlukan .

Pilih produk solekan yang betul untuk kulit
Dengan produk penjagaan dan solekan yang betul boleh bantu
menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan kulit. Andai
kulit terasa tegang di siang hari , berkemungkinan produk yang
digunakan tidak sesuai.

Selalu lah Bersenam
Dengan kerap bersenam, boleh perbaiki sistem peredaran
darah yang boleh membantu menyerapkan nutrisi yang cukup
kepada kulit yang dapat memelihara keanjalan kulit.

Lakukan senaman sekurang2 nya 1 jam 2 kali seminggu. 

Amalkan sembahyang - 5 waktu seharian ( fardhu )
Dengan amalan bersembahyang, ini juga merupakan cara
bersenaman untuk anggota badan. Jadi jangan tinggalkan
sembahyang 5 waktu seharian berserta amalan2 sunat yang
lain.

0 komen: