BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK DISINI - CARA BORONG BANYAK PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

DAN BERDOA LAH....

"Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah amalan2 soleh yang aku lakukan seusiaku dan kuatkan lah iman serta ketakwaanku kepada Mu. Terimalah bacaan2 Al Quran, Al Fatihah, dan zikir2 yang aku baca serta sembahyang, puasa , zakat dan lain2 amalan soleh yang aku lakukan pada hari ini , hari2 sebelum ini serta hari-hari berikutnya selagi aku masih hidup di dunia yang sementara ini. Dengan ini selain diriku , aku hadiahkan juga fadilat dan pahala nya khusus kepada Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat2 baginda kesemuanya dan juga kepada kedua ibubapa ku serta ahli keluargaku kesemuanya serta seluruh muslimin muslimat samada masih hidup atau sudah mati. Ya Allah Ya Tuhanku, engkau ampunilah kesemua dosa2 ku, dosa2 ibubapaku dan dosa2 ahli keluargaku , dosa2 seluruh muslimin dan muslimat samada sudah mati atau masih hidup. Naikkan darjat mereka serta darjat kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan mereka yang masih hidup. Ampunilah dosa2 kami kesemuanya samada dari dosa2 yang kami ketahui mahupun dari dosa2 yang tidak kami ketahui serta dosa2 yang hanya engkau Ya Allah ketahui . Wahai tuhan sekelian alam, jauhkanlah kami dari azab kuburMu, azab akhiratMu, fitnah Dajjal, fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Kepada mereka yang sudah meninggal dunia dan kepada kami yang akan menyusul kemudian ke alam barzakh nanti, luaskan kubur kami kesemuanya seluas-luas pemandangan, berikanlah cahaya didalamnya, jadikanlah kubur kami kesemuanya sebagai salah satu taman dari taman syurga dan JANGAN LAH jadi kubur kami salah satu dari lubang neraka dan seterusnya masukkan kami muslimin muslimat ke syurgaMu yang indah. Aku juga memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah dan selamatkan lah serta berikanlah kemenangan kepada semua muslimin dan muslimat di dunia ini antaranya rakyat palestine, rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 dari ditindas serta dianiaya oleh pemerintah masing2 yang kejam dan juga ditindas serta dianiaya oleh kaum kafir serta kaum yahudi Israel walau dimana muslimin muslimat ini berada . Ya Allah Selamatkanlah kami muslimin muslimat semua didunia dan diakhirat. Ya Allah Ya Tuhan kami, jangan lah engkau memberi kuasa ke atas kami berpunca dari dosa-dosa kami orang yang tidak takut akan engkau dan tidak kasihan atas kami. Ya Allah Ya Tuhanku aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih, aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas, aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang. Kirimkan salam kami kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan sahabat2 baginda kesemuanya. Aamiin "

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Wednesday, March 21, 2012

GAMAT & AIR GAMAT : APA KHASIATNYA ?

Tahukah anda, Gamat adalah obat tradisional serbaguna
sejak ratusan tahun yang lalu.

Gamat atau timun laut atau sea cucumber jelly
adalah merupakan spesis haiwan dari khazanah laut
yang unik yang di kurniakan oleh Allah s.w.t. Ia hidup
dengan memakan plankton serta bahan organik yang
hidup di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.

Gamat kaya dengan protein, zat galian serta 
mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain
yang mana boleh dijadikan sebagai ubat serbaguna
bagi merawat  pelbagai penyakit.

Gamat apabila dipotong dua akan bercantum kembali
di bahagian belah. Ini menjadikan gamat antara ubat
yang sesuai untuk merawat luka dan mampu memulihkan
tisu yang cedera. 
Di negara China , gamat di panggil sebagai Haisom.
Dalam bahasa China : Hai berarti laut, dan Som

bererti ginseng. Orang China telah menganggap gamat
sebagai “ginseng laut”.

Gamat merupakan makanan yang tinggi nilai di negara
China sejak 5,000 tahun dahulu serta digunakan
dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun,
Korea dan Indonesia).Gamat juga digunakan untuk
masakan di negara-negara Mediterranean seperti
Sepanyol yang digunakan sebagai sumber protein
yang unik.
Kini di pasaran terdapat bermacam2 produk2 gamat
antaranya Jelly gamat, Pati gamat, Krim gamat , sabun
gamat dan juga Air gamat.

Mengambil contoh air gamat, walaupun di pasaran
terdapat pelbagai jenama air gamat namun khasiatnya
lebih kurang sama saja. Setelah gamat ini di proses,
walaupun ada antara kita tidak suka akan baunya
mahupun rasanya bila di telan, tetapi sebenarnya air
gamat ini mempunyai banyak khasiatnya sehinggakan
air gamat kini di kenali sebagai tonik tradisional
bagi kesihatan .

Air gamat


Bertahun2 dulu, air Gamat yang diolah secara
tradisional memiliki kelemahan2 seperti warna tidak
menarik serta berbau tidak sedap. Kini, banyak
kaedah telah digunakan menghasilkan produk 
Gamat contohnya air Gamat yang berkualiti,
berwarna jernih serta tidak berbau tanpa mengurangi 
khasiatnya. 

Percaya atau tidak, banyak khasiat gamat dan air
gamat ni. Mengikut kajian kesihatan antara khasiat
gamat dan air gamat ialah :
1) Bantu melarutkan Bedak Muntah Belut sebelum
    larutan bedak ini digunakan untuk merawat masaalah2
    kulit tubuh
  
2) Air gamat juga boleh dijadikan ubat untuk jantung
    berlubang dan mencegah penyumbatan pembuluh
    darah akibat kolestrol dan bantu lancarkan peredaran
    darah



3) Digunakan untuk kanser payu dara

4) Menyembuhkan luka yang sudah memburuk dan
    membusuk seperti gangren pada pesakit kencing
    manis. Bantu juga bantu meredakan bengkak.

5) Menjadi pilihan ibu-ibu yang baru bersalin kerana
   1001 khasiat yang terkandung di dalamnya termasuk
   membersihkan serta memulihkan rahim dan luka-luka
   dalaman. Air gamat diminumkan kepada wanita sehabis
   melahirkan untuk menghentikan pendarahan.
6) Penggunaan sebagai antiseptik tradisional
7) Mempercepat proses penyembuhan luka khitan pada
    anak laki-laki . Bantu sembuhkan luka luar mahupun
    luka dalam. Meminum air rebusan gamat selepas
    menjalani pembedahan  boleh sembuhkan luka. 
8)  Mengawal penyakit diabetes
9) Mengawal masaalah pernafasan, resdung, alahan
    dan lelah
10) Meningkatkan sel darah merah
11) Sembuhkan sakit2 sendi dan lenguh otot2
12) Mengawal hipertensi
13) Merawat arthritis

14) Merawat  keletihan dan sakit radang pada sendi

15) Sembuhkan sembelit, buasir dan kawal kencing

16) Negara2 barat ada yang menghasilkan ekstrak
     gamat bagi merawat AIDS dan HIV.

17) Di Malaysia sendiri, gamat diproseskan sebagai
      ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
Oleh itu, jika tiada cara lain yang dapat membantu
menyembuhkan sesuatu penyakit itu, sebagai
alternatif, cubalah memakan gamat ni atau meminum
air gamat , sambil berdoa kepada Allah s.w.t agar dapat
bantu menyembuhkan segera penyakit yang sedang
diderita .

Insyallah akan sembuh juga diizinkan Allah s.w.t...

0 komen: