BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, June 1, 2012

FADHILAT BACAAN SURAH YASIN



Amalkan baca surah Yassin setiap hari.

RASULULLAH S.A.W. bersabda maksudnya :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi

keberkatan", iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh
    menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat
    kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal
    dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa
    hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
    daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap
    sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah
    Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah
    menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
    sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang
    yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,
    turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat
    Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
    Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan
    turut menyembahyangkan jenazahnya".
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa
    orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang
    Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
    untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
    perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan
    rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
    diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa
    bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
    dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat
    kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya
    di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan
    menerima suratan amalannya di tangan kanan dan
    diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
    rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
    ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
  15. Menurut sebuah hadith yang lain jikalau seseorang itu
    membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari
    Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya
    akan diterima.
  16. Khasiat ayat 58 :Bacalah ayat ini sebanyak 1479 kali
    untuk menunaikan segala hajatnya atau untuk menolak
    bala. InsyaAllah berhasil. Jika ditulis ayat ini sebanyak
    5 kali pada sehelai kertas, kemudian dibawa bersama-sama
    ketika bermusafir, InsyaAllah terpelihara dari kecurian,
    kesusahan dan segala perkara yang tidak diingini. Bacalah
    ayat ini sebanyak 28 kali ketika menular wabak taun,
    SARS dan sebagainya, InsyaAllah selamat.
       
  17. Khasiat ayat 53 : Kegunaan ayat ini ialah untuk
    menghadirkan khadam jin atau malaikat.
        
  18. Khasiat ayat 33 : Tulis ayat ini dengan menggunakan
    kasturi, za’faraan yang dicampur dengan air masin
    (air laut), kemudian hapuskan tulisan ini dengan air hujan.
    Renjiskan air ini pada tanaman, InsyaAllah berkat dan subur.
        
  19. Khasiat ayat 29 : Bacalah ayat ini sambil menghadap
    ke arah kiblat apabila berjumpa musuh. InsyaAllah
    selamat.
          
  20. Khasiat ayat 12 : Kegunaan ayat ini ialah untuk
    menyuburkan tanaman, menghilangkan sifat pelupa,
    dan menambahkan kecerdikan. Tuliskan ayat ini pada
    bekas yang suci, kemudian dihapuskan dengan air yang
    suci. Renjiskan air ini kepada tanaman selama tiga hari
    bagi menyuburkannya. Bagi menambahkan kecerdikan
    dan untuk menghilangkan sifat pelupa, minumlah air ini
    selama tujuh pagi berturut-turut.
     
  21. Khasiat ayat 9 : Kegunaan ayat ini ialah untuk menolak
    kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung. Bacalah
    ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir,
    kemudian dihamburkan ke arah mereka
       
Begitu banyak fadhilat kita perolehi melalui bacaan surah Yasin,
seperti yang disebutkan di atas. Oleh itu marilah kita mendekatkan
diri kita kepada Allah S.W.T. melalui bacaan Yasin setiap hari.

0 komen: