BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, March 20, 2013

KIAMAT.....
















✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan
telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa
malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya
sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman

mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?
" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,

seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah)
yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam

yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung
tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan

telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada
ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi

seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang
ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu,
ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri,
setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan

bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal
dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara
yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang

dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada
Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat
yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan

yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari
berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata
jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur
dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW

bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya
dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,
warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk
dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari
syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari

yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan
dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah

kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia

menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak

diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah

lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang

mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali
kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi
usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan
beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa
Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,
Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW

ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang

kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana
mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan
20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang
amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk

kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang
yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan
gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan

Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah
padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana
yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.

Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy
menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid /
Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin

masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama
pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda
mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi

Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab
adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya,

malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi
orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka

menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan

para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut
masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia

bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan

akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada
dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh
Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka

kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing
dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh
makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar

dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar

zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan

izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para
pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap 
seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang 
yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan

menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang
dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi
orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan

masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun 
mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang
melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik
kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi

setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti 
sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat,

sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam

itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada

orang lain. 

1 komen:

Hans said...

perkongsian yang bagus :-)