BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, March 9, 2014

BERSAMA-SAMA KITA BERDOA DAN HADIAHKAN AL-FATIHAH KEPADA CREW / PENUMPANG PESAWAT MAS MH370

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak benang sila biasa
Bedak benang sila harum serta span
Bedak sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.

*****************************************************
Pesawat MH370, sebuah pesawat Malaysia Boeing 777-200 
dalam pernerbangan ke Beijing dari KLIA, hilang di ruang udara Vietnam.

Walaupun hingga kini, tiada berita sahih mengenai penemuan pesawat berserta crew / penumpang pesawat Malaysia MH370 itu , namun marilah 
kita sama2 berdoa dan hadiahkan al-fatihah kepada semua crew / 
penumpang pesawat Malaysia MH370 dengan harapan mereka semua 
ditemui selamat.

Jika sebaliknya terjadi, hanya kepada Allah swt kita berserah kerana 
Allah lebih mengetahui daripada kita semua. Daripada Allah swt kita 
datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan.

" Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan dikembalikan
( di hari kiamat ). Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku dan gantikanlah
untukku dengan yang lebih baik ". ( HR Muslim )

Al-fatihah


HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

pesawat Boeing 777-200 MAS 















Pautan kekal imej terbenam




KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa 
penerbangan MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan 
Trafik Udara Subang membawa 227 penumpang dari 14 negara yang 
berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Ahmad Jauhari berkata juruterbang pesawat tersebut adalah Kapten 
Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.

“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 1981. First officer 
pesawat tersebut adalah Fariq Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.

“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 
2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media.

Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya 
mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan 
pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 
itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.


Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

1 komen:

wafacw said...

Itulah yang terbaik... doakan juga kekuatan dan ketabahan dalam penantian pengesahan berita ahli keluarga mereka dan semua kakitangan MAS yang terlibat