BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Sunday, April 13, 2014

KELUASAN NERAKA

Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak Arab
Bedak Tanaka

Tak perlu rungsing2 mencari bedak2 sejuk ni. 
DISINI ADA ...
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

*****************************************

SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA
UNTUK MH370...




Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail 
datang Kepada Nabi s.a.w ada waktu yg ia tidak biasa datang  
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a.w.: 
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang  kepadamu di saat Allah 
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak 
layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu 
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar  
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat 
jahannam."

Jawabnya: "Ya.  Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka 
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian  
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun 
sehingga hitam, maka ia hitam gelap,  tidak pernah padam nyala  
dan baranya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka 
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk 
dunia semuanya kerana panasnya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju 
ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan 
mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,  andaikan satu 
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan 
di atas bukit,  nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,  andaikan seorang 
di hujung barat tersiksa, nescaya  akan terbakar  orang-orang yang 
di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam 
dan  perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, 
dan pakaiannya potongan-potongan api. Api  neraka itu ada 7 pintu, 
tiap-tiap pintu  ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki 
dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu 
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi  selalu terbuka,sesetengahnya 
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu  jarak perjalanan 70,000 
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." 
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a.  w.: "Siapakah penduduk masing-masing 
pintu?" 

Jawab  ibrail: 

Pintu  1- Tempat orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir 
setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a. s.  serta keluarga 
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu 2- Tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu 3- Tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu 4- Tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama 
Ladha.

Pintu 5- Tempat  orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu 6-  Tempat orang nasara bernama Sa'eir.

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga  
ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu 
yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi s. a. w.  jatuh pengsan ketika mendengar keterangan 
itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s. a. w. di pangkuannya 
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: 
"Ya  Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,  
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam 
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa  besar dari 
ummatmu." 

Kemudian Nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian 
Nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali 
untuk sembahyang  kemudian kembali dan tidak berbicara dengan 
orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.  
(Dipetik dari kitab "Peringatan  Bagi Yg Lalai" )

Dari Hadith  Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat, sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari 
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu  itu: 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi 
lautan racun yang hitam pekat. 

10. Juga di bawah  setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai  

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita 
semua. 

Al-Quran Surah  Al- Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya  orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah 
Kami Turunkan dari  keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, 
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, 
mereka itu  dilaknat oleh Allah dan  dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr  R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

0 komen: