BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, June 5, 2014

MARI LAH SAMA2 KITA BAIKI CARA SOLAT UNTUK WANITA...

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak Arab
Bedak Tanaka

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA UNTUK MH370...

BULAN REJAB SUDAH BERLALU.
KINI TIBA BULAN SYAABAN 1435 H. 
AKAN TIBA BULAN RAMADHAN.

MARI PERTINGKATKAN AMALAN SOLEH KITA KEPADA 
ALLAH SWT.

*****************************************************


Baiki lah cara solat khusus untuk kaum perempuan. 

Ingatlah.. Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak 
ialah solat kita. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, 
kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" 
sebelum menghadap Allah swt yang Esa.

Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat 
sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, 
seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek 
kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita 
diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan 
betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, 
mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba2nya yang hina 
ini lebih seolah2 daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan 
mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak
dengan penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita 
sebagai wanita dan selayak2nya adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dengan meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dengan meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan 
     telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. 
Syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah 
lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu 
sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka
bergayut2 .

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tangan 
kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari 
dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan 
diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 
lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan 
dengan penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha 
dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita 
di dalam posisi sudut tepat (90 darjah) ataupun sekadar boleh. 
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman 
hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca 
"rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang 
tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut 
ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 
tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana 
ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah 
dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana 
dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu 
dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki 
(setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala 
ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : 
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki 
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki 
kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, 
bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi 
kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita 
bangun atau kedua2 tangan.

8)Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut 
"....illallahh.." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan 
diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. 
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang 
kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika 
menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi 
membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh 
ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berwirid / Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dengan 
melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat 
separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana 
sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak 
ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang 
menghadap yang Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yang digunakan untuk solat juga 
perlu menepati ciri2 yang tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. 
Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk 
dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah 
kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan 
menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam 
dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan 
berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan 
tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa 
kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah orang lain, 
kita pun begini).

Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan 
bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak 
salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah 
sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) 
dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak 
sah lah solat. Sebaik2nya pakai stokin yang tebal (cadangkan stokin 
yang lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, 
bagi mereka yang rambut panjang,jika tidak ditutup betul2 dengan serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 
kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Ingat....pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat 
kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik. 
Jangan lah pula nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak 
sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**


0 komen: