BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, August 15, 2014

30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
Baca lah surah al-fatihah dan hadiahkan pada ibubapa
kita setiap pagi dan petang dan sama2 kita berdoa untuk
semua muslimin muslimat terutama rakyat Palestine
di Gaza :

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

Aku memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah 
dan selamatkan serta berikan kemenangan kepada 
umat islam di dunia ini antaranya rakyat palestine 
terutama di Gaza , rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 
yang sedang ditindas, dianiaya , dikejami serta diperangi  
oleh pemerintah masing2 yang kejam dan juga oleh kaum 
yahudi Israel yang kejam serta sekutu2 Israel yang 
menyokong tindakan ganas ini . Ya Allah bantulah untuk 
hancurkan mereka2 yang kejam ini supaya mereka akan
tahu Engkaulah yang lebih berkuasa dan bukan mereka2
yang kejam ini.

BULAN REJAB SUDAH BERLALU.
BEGITU JUGA BULAN SYAABAN . 
BERAKHIRNYA RAMADHAN TERASA PILU.
TIBANYA SYAWAL 1435H BANYAKKAN BERMAAFAN.

MAAF ZAHIR BATIN DAN 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

*****************************************************
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat 
ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat 
ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita 
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali 
selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 
kali sehari, in shaa Allah akan dipermudahkan bertemu 
jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 
kali pada air dan minum. In shaa Allah, perut yang sakit 
atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap 
selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran 
dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, 
in shaa Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. 
Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, 
dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai 
oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat 
walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan 
dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, In shaa Allah 
akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, 
dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam 
Jumaat, In shaa Allah akan beroleh kebahagiaan samada 
di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu 
kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih 
disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah 
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping 
beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana 
hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa 
jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari 
menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, 
lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap 
selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan 
menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali 
setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang 
ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu 
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan 
segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat 
secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan 
serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan 
petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri 
daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 
7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat 
(pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat 
menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan 
membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 
80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, In shaa Allah 
akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.




23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada 
setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki 
yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, 
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah 
itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat 
saban hari tak kira berapa hitungannya, in shaa Allah 
dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 
2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita 
serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat 
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka 
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan 
hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 
100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku 
sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang 
pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 
10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang 
tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari 
kiamat- HR Thabrani

0 komen: