BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Monday, September 22, 2014

JANGAN...JANGAN...JANGAN...

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan 
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta 
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga 
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita.  Juga khusus 
kepada arwah adik lelaki ku , Hishammudin serta kepada semua 
muslimin muslimat yang masih hidup mahupun telah meninggal 
dunia ..

Al fatihah


Dan berdoalah lah : 

"Aku memohon kepadaMu Ya Allah, engkau bantulah 
dan selamatkan serta berikan kemenangan kepada 
umat islam semasa di dunia ini mahupun di akhirat nanti,
antaranya kepada rakyat palestine terutama di Gaza , 
rakyat syria, rakyat iraq dan lain2 umat islam
yang sedang ditindas, dianiaya , dikejami serta diperangi  
oleh pemerintah masing2 yang kejam juga oleh kaum 
yahudi Israel yang kejam serta sekutu2 Israel yang 
menyokong tindakan ganas ini . Ya Allah bantulah untuk 
hancurkan mereka2 yang kejam ini supaya mereka akan
tahu Engkaulah yang lebih berkuasa dan bukan mereka2
yang kejam ini"

***********************************************
 Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi,
 Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa,
 Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu,
 Hidup Ini Indah Jika, Segala2nya Kerana Allah..



 JANGAN, JANGAN, JANGAN...
 JANGNA sengaja lewatkan solat.
 Perbuatan ini Allah tidak suka.
 Kalau tertidur lain cerita.

 JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
 Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah 
 kita.

 JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
 Makruh kerana ia membahayakan.

 JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak 
 berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.



 JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
 (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

 JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
 Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

 JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
 Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

 JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
 Makruh dan mewarisi kepapaan.

 JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.
 Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

 JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati 
 boleh datang bila-bila masa.

 JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama 
 manusia kalau memang kita bersalah.

 JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. 
 Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

 Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. 
 Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

 JANGAN bakhil untuk bersedekah.
 Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

 JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

 JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik 
 dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

 JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. 
 Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

 JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
 Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan 
 kekal selamanya.

 JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
 Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

 ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan 
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati 
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat 
kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:7)

0 komen: