BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, November 9, 2008

Novel Baru saya



Amatlah gembiranya saya bila diberitahu novel saya akan dikeluarkan pada bulan Disember ni. Sekarang novel tu dalam proses grafik cover. Entah bagaimanalah bentuk cover buku saya tu nanti. Tak sabar2 rasanya nak tengok. Maklumlah novel sulung....

Saya tak tahulah jika saya boleh membuat sedikit sinopsis di sini. Takut juga nanti dimarahi pihak penerbit. Lebih membimbangkan jika saya disaman kelak. Belum keluar buku, terus di saman.. nauzubillah, dijauhi Allah...

Saya akan bertanyakan hal ini nanti bila bertemu dengan penerbit. Jika dibenarkan, saya akan tulis sedikit sinopsisnya di sini. Hmmmm tak sabar menunggu bulan 12.

Untuk para tetamu Allah, saya ucapkan selamat menjalankan ibadah haji dengan tulus ikhlas. Semoga pulang kalian nanti, mendapat haji mabrur. Buat masa ni,saya belum dapat bersama2 kalian untuk menjejakkan kaki di Mekah. Doakanlah agar saya dapat ke sana tak lama lagi.. ataupun sebelum saya menutup mata meninggalkan alam fana ini...
(Dah lari dari tajuk... lol)

Sunday, October 26, 2008

Penyanyi kegemaranku!!

TAHNIAH!!

Akhirnya penyanyi kegemaran dan kesayanganku dapat jugak title 'DATUK'.Nah, sekarang kenalah panggil beliau dengan panggilan datuk Sheila Majid....

Saya cukup gembira bila dapat tahu berita ni. Walaupun Datuk Sheila tak kenal saya, tapi sejak dari sekolah lagi saya sudah mula kumpul gambar dan artikel tentang penyanyi ni. dulu mak selalu marah sebab habia almari dan dinding saya lekat dengan gambar Datuk Sheila. Bila dah kahwinpun saya masih teruskan aktiviti ni. Suami pulak bising2. Sekarang walaupun dah tak guning gambar, berita dan perkembangan Datuk Sheila tetap saya ikut.

Saya suka lagu2 Datuk. Manja dan merdu. Kalau ada sesiapa dari kalangan keluarga saya yang perlahankan volume ketika lagu Datuk Sheila berkumandang, memang saya mengamuk...

Tahniah sekali lagi. Kalaulah Datuk Sheila terbaca blog saya ni (kalau betullah dia baca) saya nak beritahu.... i love you Datuk... teruskan perjuanganmu. Mana album baru? (he he)

Wednesday, August 13, 2008

Antara Boleh, Mampu dan Mahu

Dalam dunia penulisan, orang yang ada kepentingan dan perlu kita dengar kata-katanya dalam memastikan bahan kita diterbitkan adalah editor dan penerbit. Orang-orang lain selain dari kedua-dua ini tidak boleh menghalang kita dari menghasilkan bahan penulisan.

Faktor persekitaran juga mungkin boleh memberikan halangan dalam menyebabkan kita tidak dapat menulis. Faktor tempat kerja, faktor masa, faktor sibuk dan sebagainya. Ini berbalikAntara Boleh, Mampu dan Mahu kepada diri kita, bagaimana kita mendisiplinkan diri. Kata-kata yang perlu kita pegang adalah HANYA ORANG SIBUK SAHAJA YANG ADA MASA.

Faktor diri adalah faktor terbesar yang saya lihat menyebabkan kita tidak dapat menulis. Dalam hal ini perkataan yang lebih baik dari BOLEH adalah MAHU. Perkataan mampu mungkin juga sinonim tetapi tidak kena pada tempat apabila kita ini cukup pancaindera, ada tangan, ada kaki, ada otak, ada telinga, ada deria rasa. Semua pancaindera inilah yang memungkinkan kita boleh menulis ataupun tidak. Apabila kita hilang pancaindera ini, mungkinlah kita boleh sebut kita tidak mampu.

Ia berbalik kepada diri kita sama ada kita mahu ataupun tidak. Apabila kita ada kemahuan pasti ada jalannya. Apabila kita mahu, kita akan berusaha memastikan apa yang kita kehendaki itu dicapai. Apabila tidak tahu, kita bertanya kepada yang tidak. Apabila tidak tahu teknik, kita hadiri bengkelnya. Ia berbalik kepada diri. Faktor diri adalah faktor yang kita boleh kawal, bukannya faktor lain. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Friday, August 1, 2008

Memberi Makna Kepada Penulisan

Dalam dunia penulisan seseorang penulis seharusnya boleh menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu :

1. Mengapakah dia ingin menulis
2. Apakah sebenarnya yang ditulis
3. Apakah impak yang ingin dia lihat apabila orang membaca karya dia tulis

Ketiga-tiga soalan ini nampak gaya seperti mudah, namun begitu bagi seorang penulis menjawabnya agak sukar. Ada sesetengah penulis dia menulis hanya untuk menulis. Mereka tidak melihat kepada bagaimana memberikan makna kepada penulisan. Dalam kata lain tiada apa-apa perjuangan daripada penulisannya itu.

Pada pandangan peribadi penulisan tanpa makna ataupun perjuangan adalah penulisan sia-sia. Ia tidak boleh digolongkan di dalam segmentasi buku ilmu membumi. Seorang penulis yang baik adalah penulis yang mempunyai visi dan misi dalam penulisannya.

Beliau mempunyai perjuangan tersendiri yang hanya dia rasa perlu lakukan. Apabila penulisan itu mempunyai perjuangan, ia menulis bukan dengan otak semata-mata tetapi dengan hati. Penulisan dengan hati lebih mudah meresap ke hati sanubari pembaca. Inilah jenis penulisan yang memberikan makna.

Saya ceduk dari blog mentor saya. harap maaflah sbb bukan idea saya ni. Saya pastekan kat sini agar saya senang nak ulang baca....

Thursday, April 24, 2008

Dari Keranjang Hati

Blog ni hanya untuk cerita-cerita yang sengaja dibuat untuk bacaan ringan. Blogdrive tu masih diwujudkan lagi.

Aku memandang panaroma yang terbentang indah di depan mata tatkala ini. Suasana petang di desa ru amat menyenangkan hati yang sedang gundah gelana. Suara kanak-kanak yang sedang gelak ketawa bermain air di tepi pantai tidak sedikitpun mengganggu konsentrasiku. Malah tawaan mereka menggamit kenangan indah tatkala usiaku seperti mereka. Tanpa disedari bibirku mengukir senyuman yang panjang. Mataku beralih semula ke buku yang masih dalam pegangan.

Hasrat hati untuk meneruskan pembacaan terhenti. Perut mula berbunyi minta diisi. Aku melihat jam di tangan. Masih terlalu awal untuk ke restoran. Aku bangun ke dalam dan mencapai beg pakaianku. Tangan ku seluk dan mencari-cari sesuatu yang ku rasa ada di dalam sejak semalam. Bibirku tersenyum lagi. Perlahan-lahan kutarik bungkusan yang terbalut cantik dari dalam beg.

‘Makan coklat dululah untuk alas perut. Lepas mandi bolehlah bersiap ke restoren. Cikgupun belum panggil lagi,’ aku terus membuka bungkusan coklat lalu memakannya.