BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, April 30, 2010

Nilai

Ha... bukan Nilai kat N9 tu, ya... Asyik teringat nak shopping jer kalau sebut pasal Nilai ni.
Sy bukannya selalu dapat ke Nilai. Sahabat bagaimana? Apa barang yang dibeli di Nilai? Huhu dah kuar dr tajuk asal ni.

Persahabatan, apakah nilainya di mata sahabat?
Sekarang ni nilai tali persahabatan begitu murah, sokong tak?
Cuba kenangkan persahabatan orang dolu2 macam mak abah kita.
Mereka bersahabat sehingga tua.

Sekarang orang boleh beli sahabat
Mengaku bersahabat, tp dok tikam kat belakang
Dapat imbuhan, tali sahabat tergadai
Murah murah....
Camner nak percaya pada tali sahabat lagi??

Pintar Bahasa

Saja jer nak sharpenkan bahasa. Bila dah lama tak guna, pasti mudah lupa.
Bahasa Mandarin ni ada guna diftong di setiap atas perkataannya. Tp tak dpt nak dituliskan di sini.
Tulisan Karektor pun tak leh tulis sbb tak guna keyboard cina.

Bahasa Malaysia - Bahasa Mandarin (sebutan)

nasi - fan
air suam - wen shui
ikan - yu
ayam - ji
telur - dan
sayur - cai
sup - tang
Jika nak sebut 'Sila bagi saya segelas air', maka sebutan Mandarinnya
qing gei wo yi bei shui?
Ayam ini sangat sedap
zhe ji rou hen hao chi

Wednesday, April 28, 2010

Tazkirah Pagi



Cuba bayangkan betapa senangnya sahabat boleh membuat pahala.
Bila sahabat beri senyuman, sudah merupakan pahala
Tugas manusia di bumi Allah ini sebagai khalifah.
Allah suka orang yang suka menyampaikan dan saling mengingati perkara2 yang membawa kebaikan.

Saya jumpa satu zikir yang penah diajar oleh Rasullullah SAW kepada seorang wanita yang sedang mencari batu2 kecil untuk dibuat zikir. Zikir ini boleh dilfaskan dalam waktu tidak sampai seminit, tetapi dibeikan pahala jutaan kali.

Subhanallah 'Adada Ma Khalaqa Fis Sama'
Wasubhanallah 'Adada Ma Khalaqa Fil Ardhi
Wasubhanallah 'Adada Ma Baina Zalik
Wasubhanallah 'Adada Mahua Khaaliq
Wallahu Akbar Mithla Zalik
Walhamdulillah Mithla Zalik
Wala Ilaha Illallahu Mithla Zalik
Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahi Mithla Zalik


Maksudnya:

Maha Suci Allah dengan bilangan (zikir) sebanyak apa yang diciptaNya di langit,
dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa yang diciptaNya di bumi,
dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa2 yang ada diantara keduanya,
dan Maha Suci Allah dengan bilangan sebanyak apa2 yang diciptaNya
dan Allah Maha Besar seperti bilangan itu (semua) juga,
dan segala puji bagi Allah seperti bilangan itu juga
dan tiada Tuhan melainkan Allah seperti bilangan itu juga,
dan tiada daya dan tiada upaya melainkan Allah seperti bilangan itu juga.

Bayangkan zikir yang pendek ini dapat menghasilkan berjuta2 benih tanaman yang akan membentuk taman2 yang indah di Syurga kelak.

Bagaiman sahabat? ingin amalkannya?

Tuesday, April 27, 2010

Keluhan nurani


Nak nangis, geram yang amat sangat pun ada
hawau betul, kenapa jadi macam ni?
cuba tengok orang lain....

buku dah baca, dah tanya pada orang pun
jawapan tetap sama
DISIPLIN, DISIPLIN, DISIPLIN
Susah sangat ke?

Sebab kureng disiplin dirilah
maka saya jadi begini
ketinggalan....
sapa nak tunggu??
orang lain dah jauh maju ke hadapan
sapa yang salah??

Sunday, April 25, 2010

Subhanallah

Aduii malas lak nak memasak hari, so jamulah anak2 makan mee. Tapi masih kena ke dapur.... huhu.... Anak2 tolong gak, so meriahlah sikit suasana kat dapur waktu malam2 gini.

Menunyer macam2. Ada yang minta mee goreng, mee kari, mee asam laksa, mee ayam..... woi, banyak tu... mana cukup tangan nak buat.....

Nak cepat punya pasal, sebab perut pun dah berteriak.... guna 2 periuk. Ada yang nak sayur, ada yang nak kosong je...

Sebenarnya saya nak tunjukkan sesuatu yang membuatkan kami semua tercelik mata yang kuyu. Masa penyediaannya tak pulak perasan, Masa nak makan yang kecoh satu rumah....