BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, August 26, 2011

ASAL USUL HARI RAYA ....

Hari ni dah hari Jumaat 26hb Ogos 2011.

Lagi 4 hari tanggal 30hb Ogos 2011 bersamaan
1 syawal 1432 hari Selasa seluruh umat islam
di Malaysia dan kawasan terdekat akan menyambut
hari raya aidilfitri.

Sudah pastinya ramai umat islam sedang bersiap2 untuk
menyambut ketibaan hari lebaran ini. 

Tapi bagaimana asal usul Hari Raya ni...

Saya terbaca satu artikle yang menarik mengenai 
asal usul dan cara sambutan hari raya masa dulu-dulu...

Artiklenya sebegini..

SEBELUM kedatangan sebarang agama ke tanah melayu,
penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat 
di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, 
maknanya semua benda dipercayai ada rohnya tersendiri
samada pokok, binatang , serangga dan lain-lain.

Maka roh paling utama ketika itu ialah pada padi. Jadi 
tanpa adanya beras padi, orang Melayu ketika itu akan mati
dek kelaparan.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut 
hari menuai padi seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, 
Sabah. Sepertimana sambutan ini, maka begitu jugalah apa 
yang dilakukan oleh orang Melayu ketika itu.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk
kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari 
meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi.















Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka 
bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi 
bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar
untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan 
keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran 
pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi 
menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, 
Parsi dan Arab.

Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada 
kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak
di tanah melayu.

Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi 
menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya 
yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut 
menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. 
Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang
di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah 
menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Orang Melayu memang kuat merantau ketika itu. Mereka 
berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri 
daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia 
Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung 
halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan 
sanak saudara. Amalan balik kampung kini menjadi suatu
kemestian semasa Hari Raya dan kini terus diamalkan oleh
orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang 
Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk
agama Islam.




Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan
Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun 
pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana 
Melaka, apatah lagi rakyatnya untuk berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk 
menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi 
orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa
dan bukannya Hari Raya Haji?

Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan 
tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya
meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa,
bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya 
menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan 
dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan
untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana 
di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini
kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar,
yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan 
perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah 
berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang
sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat 
Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak 
dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya 
terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.

Oleh itu berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang ke 
kampung halaman masing2. Jangan lah di tambahkan pula
kesedihan ibu bapa serta sanak saudara kita dengan berita
menyedihkan seperti kemalangan maut, kehilangan remaja
dll...

Hari Raya adalah hari kemenangan jadi jangan bersedih ye...


MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan2
blogger...

ikhsan dari mforum2.cari.com.my

1 komen:

Sang Penulis said...

Agak menarik jugak, tapi nak kena search lagi yg mana source dari authoriti yg kuat menyokongnya.. :)