BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, August 7, 2011

TUMIT KAKI MENGGERUTU DAN BERKERAK2 BOLEH DIRAWAT DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT

Pasti kita akan terasa tidak selesa bila tumit kaki 
rasa sangat kering, kasar ,bergaris-garis , menggerutu 
, pecah2 serta berkerak2.

Pastinya kita idamkan kulit yang halus, lembut dan sihat
disemua bahagian badan kita termasuklah dibahagian kaki 
serta tumit. 

Sudah pasti kita tidak mahu keadaan kaki terutama nya
tumit kita berkeadaan seperti gambar dibawah ini.

Masaalah tumit kaki sebegini tidak hanya berlaku kepada
wanita malah kepada lelaki juga.


Tumit kaki bergaris2 dan 
kering serta kasar


 Tumit yang menggerutu 
 dan berkerak2






Masaalahnya disini ialah apabila ini terjadi kepada 
kita terutama dibahagian tumit kaki :

1) Terasa malu sikit pun ada bila orang terpandang 
    keadaan tumit kita tu walaupun kita punyai wajah yang
    cantik dan menawan. Walaupun kesan tumit berkeadaan
    sebegini tidak memudaratkan pada keadaan badan tetapi
    ini pasti akan menjejaskan keadaan penampilan diri kita
    secara keseluruhannya.

2) Bila tidak pakai stokin dan berjalan2 terutama atas
   karpet berbulu, bulu2 karpet tu terasa melekat kat tumit
   dan ini menyakitkan 

3) Bila keadaan tumit kaki kasar dan bergaris2 bertambah
    teruk, ini akan mengakibatkan luka2 kecil yang amat
    pedih

4) Bila berkeadaan tumit kaki berkerak2 sebegini akan
    lebih mudah debu2 menempel ke bahagian tumit itu
    dan akibatnya tumit tu akan berkeadaan warna
    gelap dan tidak cantik

Bukan saja kita perlu menjaga kecantikan wajah serta kulit
badan dari di jangkiti masaalah2 kulit antaranya Jerawat, Ruam,
Bisul, Demam campak, Kayap ( Penggunaan ubatan tradisional
Bedak Muntah Belut sudah pun dikenali boleh bantu merawat
masaalah2 kulit ini, TETAPI kita juga pasti ingin punyai sepasang
kaki serta tumit yang cantik, sihat dan FREE dari macam2 masaalah
kulit .

Banyak artikle saya baca mengatakan jika keadaan kaki kita
bersih dan jauh dari masaalah kulit bermakna kita akan di nilai
tinggi oleh sesiapa yang ingin mendekati kita tetapi keadaan
sebaliknya akan berlaku bila keadaan kaki serta tumit kita
bermasaalah contohnya tumit menggerutu, kasar , sangat kering
dan bergaris2.

Sebab itu lah amat penting untuk menjaga keadaan kaki
serta tumit kita dengan apa jua cara samada cara ubatan
moden ataupun ubatan tradisional.

Yang punyai duit lebih tu boleh lah menggunakan kaedah 
ubatan moden yang pasti mahal $$$ harganya tetapi ubatan
tradisional memberi pilihan kepada produk yang jauh lebih
murah tetapi memberi kesan yang sama dan mungkin lebih
baik dari ubatan moden .

Antara tips yang saya boleh beri untuk menjaga keadaan 
kecantikan serta kesihatan kaki dan tumit ialah :



1) Dengan mengamalkan rendam kaki ke dalam air suam
    yang sudah dimasukkan sedikit garam dalam mangkuk. 
    Tujuan nya itu menyejukkan kaki serta senang membuang
    kulit2 sel yang mati disekitar kaki tu. Sambil rendam2
    tu , scrub kan kaki dan tumit kita tu. Berapa lama merendam
    tu,bergantung kepada kemahuan. 

   Boleh juga mencuba gunakan bahan2 ini untuk direndam
   dalam air :
   1/2 sudu garam laut
   jeruk lemon
   tetesan minyak zaitun

   Tak payah pergi ke SPA , semua ni boleh dilakukan
   dirumah saja.

2) Bila mandi, pastikan selalu bersihkan kaki dan tumit 
    dengan memberus dengan sabun mandi. Jangan berus
    kuat2 memadailah dengan memberus untuk membuang
    sisa2 kotoran dan daki2 dicelah2 jari dan bahagian tumit.

3) Boleh amal pakai ubatan moden seperti lotion kaki
   atau pelembab sebelum memakai kasut

4) Elakkan memakai kasut yang ketat yang tidak sesuai
    untuk kaki dan elakkan berjalan di tanah tanpa kasut
    ataupun selipar

5) Boleh juga cuba rawatan ini untuk mengembalikan kecantikan
    kaki serta tumit. 

    Bahan2 : 
    Parutan 1/2 biji kelapa dan 1 sudu garam

    Cara nya :
       Gaulkan parutan kelapa dengan garam.
       Kemudian sapukan pada kaki serta tumit.
       Lakukan selama beberapa minit dan amalkan 2 atau 3
       kali seharian sebelum tidur malam. Setiap kali, bilas atau
       basuhkan kaki serta tumit hingga bersih. .
  
6) Boleh amal pakai cara ubatan tradisional ini ialah dengan
   mengamal pakai BEDAK MUNTAH BELUT. Seelok2nya sapukan
   bedak ni kebahagian tumit atau kaki ( jika mahu ) sebelum
   tidur. Bedak ni akan mengering dan merawat kaki dan tumit
   kita sepanjang malam. Keesokan paginya, basuh lah dengan
   air biasa. Tetapi jika tidak mahu lebihan bedak jatuh ke tilam
   tempat kita tidur tu, kita boleh pakai stokin bila sudah sapu
   bedak ke bahagian kaki tu.

    Pastikan semasa menyapu bedak itu ke kaki serta tumit, bedak 
   tu benar2 sebati dengan permukaan kulit itu.


Jadi kesimpulannya jaga lah kecantikan dan kesihatan kaki kita 
itu sebaik boleh supaya penilaian kita di pandangan masyarakat
akan sentiasa tinggi.


Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka puasa .....Dan banyaklah
beribadat didalam bulan ramadhan 1432 yang mulia ini.

2 komen:

Muhamad Zulkarnain said...

BE dari N http://zulzol.blogspot.com/2011/08/3-buffered-earnings-are-running.html

ezzu said...

btol tu..bkn muka tgan jer kena jga..kaki pun kena jga jgak...