BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, February 23, 2013

SUNNAH NABI S.A.W YANG DITINGGALKAN..!!

Saya terjumpa infomasi ini dan ingin saya
kongsikan disini... 


Cerita ini bukan dari pengalaman saya tetapi
dari cerita seorang rakan facebook.

Begini cerita nya : 
-------------------------------------------------------------














Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. 
Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3
kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah
maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat).

Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan
buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang
ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang
ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang
tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang
telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun
baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku
itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah
Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam
otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung

pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada
malam itu, selepas habis pengajian daripada
syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ,
ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan
soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi.
Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi
sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran
dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini?

(sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding

tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang

Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu,
macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau,

itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada
kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh
duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut
mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan
hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada

menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan

seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa

itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua.
Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu
menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap.
Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap,
sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain.

Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya
kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada
syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak
sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

Sebar-sebarkanlah.

Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah.

3 komen:

Unknown said...

tq dear kongsi info ni..siyes ingat lambang A yang bagus..kat sekolah pun cikgu marah kalau buat Lambang B..

Nur Nabilah Syahirah Bt Zainol said...

Assalamualaikum Puan Alya...
Sebelum itu, terima kasih di atas perkongsian... Sebenarnya saya pun ada juga terbaca info mengenai ini di Facebook... Adik saya yang tunjukkan info ini kepada saya baru2 ini... Memang terkejut saat membacanya... Terasa sangat sedih kerana selama ini saya menyangkakan lambang B itu cara yang kurang sopan sedangkan itu cara yang Rasulullah S.A.W. ajarkan...

kitatauke said...

dari kecik mmg kita diajar guna lambang A ni..konon lebih elok berbanding B..tq atas info ni..