BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, May 19, 2013

KELEBIHAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS















Umat Islam amat digalakkan berpuasa sunat pada hari 
Isnin dan khamis kerana ia merupakan amalan yang selalu 
dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Pada hari Isnin , wahyu pertama di turunkan 
kepada Rasulullah SAW. Bermula dari hari itu
Rasulullah SAW terus menerima wahyu hingga sempurna 
al-Quran untuk panduan kepada kehidupan kita dunia
dan akhirat.

Pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu:

1. Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin
2. Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada 

hari Isnin untuk menerima wahyu
3. Turunnya Dalil tentang keEsaan Allah SWT
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya

bertemu Rasulullah SAW
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada 

Rasaulullah SAW pada hari Isnin
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW



Dan juga antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan 
pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah
Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan

Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.
(pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir

dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu 

anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk

mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah SAW memasuki kota Mekah selepas 

perjanjian Hudaibiyah.

Manakala kelebihan berpuasa Isnin dan Khamis pula
adalah seperti berikut :

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;
“Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari
Isnin dan Khamis” 
(Riwayat Imam Tirmizi) 




Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW 
bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat
ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari
Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku
dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” -
(Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi).

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah,
pernah ditanyakan kepada Rasullullah SAW tentang 
puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab 
dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang
padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan
menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan
kepadaku." (Subul al-Salam)

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun
temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan
“Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada
bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh
Baginda Rasullullah SAW mengenai puasa dahar 
(sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah SAW 
bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak
dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya
untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu
berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang
mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal),
dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda
sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang
tahun dan anda juga telah berbuka."
(Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah
mendengar Rasullullah SAW bersabda bermaksud: 
Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat,
nescaya Allah SWT membina untuknya sebuah istana 
disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan
dicatat baginya bebas dari api neraka"
(Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a.,

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat,
kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau
banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga
menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya,
bersih daripada segala dosa."
(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)


Dari sini, kita dapat ketahui banyak fadilatnya berpuasa
sunat pada hari Isnin dan hari khamis. 

Mari lah kita sama2 amalkannya.

0 komen: