BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, May 27, 2013

MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...



















Allah SWT berfirman :

"Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat
sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging
saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu
semua tidak menyukainya yang sedemikian itu".
(Surah Hujurat ayat 12)

Rasulullah SAW pernah berpesan agar kita menjaga 

lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang
lain dalam sabdanya:

"Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya

tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu
mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau
mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan
rahsia mereka, Allah SWT akan buka rahsianya. Dan barang 
siapa Allah SWT buka rahsianya maka dimalukan dia dalam 
rumahnya (sekali pun dirahsiakannya)".

Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasulullah SAW) 

menyesali tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar
yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta
yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut. Dengan
itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan
saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima
disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh
Allah SWT, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran 
Allah SWT dalam firmannya:

" Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan
dalam golongan orang2 yang beriman, akan mendapat
ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat".
(Surah Al-Nur ayat 19)

Definasi mengumpat/ghibah

Rasulullah SAW telah memberi pengertian mengumpat

sebagai apabila engkau menyebut perihal saudaramu
dengan sesuatu yang tidak disukainya seperti marah
benci dan sebagainya.

Perkara2 yang sering menjadi umpatan:

Kekurangan fizikal - seperti juling, hitam, terlalu

pendek, terlalu gemuk, tempang dan sebagainya.

Keturunan seseorang - keturunan fasik, seseorang

yang hina dina atau keburukan lain dalam keturunan
seseorang.

Pekerti seseorang - Bakhil, suka menonjol milik/jasanya,

pemarah, pengecut, lemah pendirian dan sebagainya.

Kelakuannya - Pencuri, pembohong, peminum arak,

pengkhianat, zalim, lemah ibadat seperti cuai
sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang tuanya dll.

Keperibadiannya - Tidak sopan/biadap, banyak cakap,

kuat makan dll. Serta lain-lain perkara yang melibatkan
menceritakan hal orang jika beliau tahu marah samada
dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat, tulisan yang
bermaksud mengumpat.

Apakah orang yang mendengar juga termasuk

melakukan umpatan/ghibah?





Ianya bergantung kepada reaksi pendengar. Ia sama

mengumpat/bersubahat jika :

Menunjukkan ketaajubannya lalu seolah-olah suatu 

pendorong agar yang mengumpat lebih giat dan
bersemangat untuk mengumpat terus.

Mengiakan seperti berkata mudah-mudahan kita 

dijauhkan Allah SWT dari cubaan yang sedemikian.

Berdiam diri sewaktu mendengar orang mengumpat orang lain.
Reaksi sewajarnya elak bersubahat :

Baiknya diwaktu kita mendengar orang mengumpat, 

langsung kita mengingkari dengan lisan iaitu menyuruh
berhenti mengumpat.

Alihkan perbicaraan lain.

Jika gagal hendaklah mengingkari dalam hati 

(takut menentangnya).

Cara mengelak mengumpat :
Pesanan Ibnu Abbas:

"Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang

lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan
sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri"

Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan

Allah SWT, seksa orang yang mengumpat dan takut
ancaman2 yang akan dihadapkan padanya.

Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan 

dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah
sibuk hendak mengubati cela orang lain.

Sabda Rasulullah SAW :

"Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya

sendiri daripada melihat-lihat cela orang lain"

Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam

jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat
menghindarkan dari segala ucapan buruk.

Implikasi dari umpatan :

Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.

Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya

hubungan siratulrahim.

Perpecahan ummah.

Sebab2 yang mendorong orang mengumpat :

Ingin melenyapkan kemarahan :
Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan

menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi
dan didendami. Jadi ia mengumpat , mengata yang bukan2. 
Punca disini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.
Kemegahan diri :
Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah

dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut
kejelekan orang tersebut.

Kedengkian :
Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan.

Jadi ia mencari jalan/kelemahan dan keburukan orang
tersebut agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

Saja suka-suka :
Bersendagurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada

munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda
dengan menyebut cela-cela orang lain tujuannya
semata-mata untuk menjadi bahan ketawa selalunya
dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.

Penghinaan :
Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain.

Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sifat tinggi
diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh
kepada yang dicemuh.

Sifat-sifat lain :
Sukar dianalisa banyak sebab tetapi semuanya lahir

akibat tipudaya syitan belaka sebagai janji menyesatkan
umat. selain dari itu juga merupakan sifat mazmumah
yang perlu dikikis.
Hukum mengumpat :

Mengumpat dengan hati ialah mempunyai sangkaan

buruk kepada orang lain. Hukumnya sama haramnya
dengan mengata seseorang secara lisan. Namun
dikecualikan bagi hanya sekadar lintasan buruk orang
lain yang mudah lenyap. Sangkaan buruk yang tidak
dibenarkan ialah tanda kecenderungan hati dan
dimantapkan dalam perasaan. Inilah yang dilarang keras,
sebagaimana Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian

besar sangka-sangka itu sebab sesetengah dari sangka-sangka 
itu adalah dosa. Oleh itu apabila ada suatu bisikan dalam
hati hendak menyangka buruk kepada orang lain, baiklah
ditolak sahaja. Dustakanlah ajakan syaitan itu kerana syaitan 
adalah sefasik-fasik kaum yang fasik".

Firman Allah SWT :


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila ada seseorang

fasik datang padamu dengan membawa suatu berita, maka
carilah kenyataannya lebih dahulu (periksalah dengan saksama)
supaya kamu tidak sampai mencelakakan suatu kaum dengan 
tidak diketahui sebenarnya"
(Surah Hujurat ayat 6)

Bidalan Melayu berkaitan dengan lisan dan kesan umpatan :

Lidah lebih tajam dari mata pedang.

Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana .


Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

0 komen: