BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, December 29, 2013

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH SWT..

Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Arab
Bedak Tanaka


***************************************************

Rasulullah saw bersabda : " Islam dibina di atas lima perkara ; 
bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah 
dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan 
Allah , menegakkan solat .... " ( HR Bukhari dan Muslim ) .

Sebagai seorang Muslim tentu sudah faham bahawa solat 
merupakan tiang agama. Oleh kerana itu, ketika muadzin 
mengumandangkan azan, kaum muslimin akan bergerak 
mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, 
kemudian berbaris di belakang imam mereka. Kaum muslimin 
tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk 
menikmati solat sehingga imam mengucapkan salam. Selepas 
selesai berjemaah, masing-masing kembali pada aktivitinya.

Imam Hasan al - Bashri rahimahullâh pernah berkata: " Wahai 
anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu 
dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat ".

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: " Barang 
siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara 
solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak 
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. " ( Tabyinul Mahaarim ).



Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: " 10 orang 
solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya :

1 . Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2 . Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan 
zakat.

3 . Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi 
makmum membencinya.

4 . Orang lelaki yang melarikan diri.

5 . Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya 
( taubat ) .

6 . Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7 . Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai 
tudung.

8 . Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9 . Orang-orang yang suka makan riba ' .

10 . Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan 
perbuatan yang keji dan mungkar. "

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Barang siapa yang 
solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji 
dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah. " 

Hassan r . a berkata : 
" Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan 
perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap 
orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti 
solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu 
bungkusan kain tebal yang buruk ."

2 komen:

munirah :) said...

astaghfirullah al azim :'(
moga dijauhkan, terima kasih atas ilmu ini...

FaRa said...

Terima kasih kongsi info yg beguna ni.. ;)