BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, December 7, 2013

7 ROMBONGAN SYAITAN KETIKA SAKARATUL MAUT

Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Arab
Bedak Tanaka

***************************************************















Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan 
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani 
hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah 
sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. 

Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun 
menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan 
diwaktu sakaratul maut. "

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, 
perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang 
lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu 
di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang 
tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, 
pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh. 

Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT 
inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu 
merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, 
Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang 
sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka 
dia pun menjerit dan melompat sekuat hati. 

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, 
maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam 
keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan 
Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang 
di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang 
kesayangannya. 

Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada 
binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia 
pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan 
lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, 
maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling 
dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika 
hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu 
akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada 
musuh yang dibencinya itu. 

Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai 
mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara 
yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa 
makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul 
maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman 
yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata 
dengan penuh kasih 

"Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan 
untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan 
menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi 
bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "

Maka dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, 
ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam 
keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal 
kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' 
yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, 
lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit 
di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktsr dan ubat 
untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit 
itu, kemudian penyakit itu datang lagi.

Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali 
ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati 
didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "

Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' 
yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah 
mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT 
hendaklah kamu patuh kepada kami. "

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang 
ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya 
berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan 
oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul 
maut). 

Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya 
kepada ulama' palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya 
mengena.

Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai 
akan dibuka kepadamu. "

Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, 
maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu 
benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah 
ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam 
sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas 
dan bawah, mempunyai depan dan belakang.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci 
Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula 
keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut 
aku sembah ialah benda yang besar ini. "

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal 
di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya 
di dunia ini.




Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari 
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad 
Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 
73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah 
waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak 
Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu 
manusia sakaratul maut. 

Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan 
dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Disebutkan dalam sebuah hadith yang artinya: "Ajarkan oleh kamu 
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: 
Laa Ilaaha Illallah. "

0 komen: