BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, February 16, 2014

KEHEBATAN SURAH 3 QUL..

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak benang sila biasa
Bedak benang sila harum serta span
Bedak sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.

*****************************************************


Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria 
tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang 
sementara.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah 
yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana 
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam 
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar 
umpama cacing kepanasan. 

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah 
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. 
Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) 
sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... . 
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang 
di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. 

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang 
diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan 
kubur. Apabila malaikat memberi salam, seseorang yang jarang bersolat 
akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan 
menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka 
sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru 
yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan 
bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya 
ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah 
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca 
Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan 
seberapa ribu kesanggupan kita sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia 
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, 
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim 
lalu menuju ke syurga. 
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, 
"Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa 
dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar ra telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar ra bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa 
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 
tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina 
Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan 
membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 
30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat 
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu 
sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan 
luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu 
Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu 
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis 
pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis 
pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap 
satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari 
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang 
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila 
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

1 komen:

wafacw said...

Peringatan untuk diri :)