BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, February 27, 2014

KHASIAT MEMBACA SURAH AL KURSI

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak benang sila biasa
Bedak benang sila harum serta span
Bedak sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.


*****************************************************
Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai 
‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Marilah amalkan membacanya :






1. Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga adalah
kematian 

2. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara 
Allah swt sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

3. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya 
Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa 
untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

4. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah 
mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

5. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

6. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.

7. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah swt
akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin 
akan menjadi kaya.

8. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

9. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

10. Sesiapa membaca surah kursi, nescaya Allah mengutuskan malaikat 
untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik 
itu sampai esok hari

11. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.Terlepas dari masalah dan 
kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas 
solat fardhu, ia akan :
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara 
daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap 
perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama 
para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama 
para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah swt tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan 
pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

14. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga 
ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

15. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan:
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan 
serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng 
yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.




16. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat 
Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air 
hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya 
dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

17. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa 
mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; 
Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan 
berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan 
martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.

18. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi 
sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, 
dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan 
kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

19. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan 
musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas 
sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya 
ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, 
Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan 
memudharatkannya.

20. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa 
yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam 
selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang 
mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan 
yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. 
(dari kitab Khawasul Qur’an).

21. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, 
nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran 
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

22. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru 
besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota 
sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah SAW.

23. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman 
bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca 
ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

24. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi 
setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat 
hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.

25. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki 
rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda 
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

26. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh 
menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak 
akan bercakap dusta lagi.

27. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan 
membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa 
perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan 
niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada 
segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:

- Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih 
seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan 
dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan 
syaitan.

- Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, 
mahupun  terkena pembuli jalanan.


- Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.

0 komen: