BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak Arab
Bedak Tanaka
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
****************************************************
SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA UNTUK MH370...
MARI KITA SAMA2 PERTINGKATKAN AMALAN SOLEH
DI BULAN REJAB 1435 H.
*****************************************************
1) Berusahalah untuk bertahajjud
(kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya).
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah
Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para
kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:
“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail
adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan
diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit
daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih
mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri
daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar
sentiasa bersih, jernih dan suci.
2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum
terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin).
Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia
merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan
untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah
kemungkaran.
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
3) Memelihara kesempurnaan solat
(kekuatan mukmin muslim yang utuh).
Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba
kepada Tuannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan
hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan
solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang
mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal
proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan
kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah
solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)
(kunci rezeki terletak pada solat dhuha).
Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang
perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah
menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat
sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam
menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi
malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau
tertinggal walaupun sehari.
5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan
sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang).
Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan
menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan
ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan
Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan
tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat
gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah
Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)
6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus
(Allah menyayangi hamba yang berwudhu’).
Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan
mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal
walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
7) Amalkan istighfar setiap masa
(agar terhapus segala dosa dan noda).
Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali
kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan.
Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat
untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar
kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
(HR Muslim dan Abu Daud)
8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana
Allah SWT.
Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh
Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan
semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui
azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat
dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus
pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini.
Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit
kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan
syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar
kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif
(watak sahsiah seorang mukmin sejati).
Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan
oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat
kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang
di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi
melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang
di bawah naungan Islam.
Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara
kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik
terhadap individu disekitarnya.
Imam Al-Banna berkata:
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana
pun ia pernah berada.”
10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana
Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT).
Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi
dan merupakan asas utamanya.
Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah
kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya
dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:
“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam
melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada
Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa
apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini.
Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri
yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.
Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai
kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin
1 komen:
Subhanallah...
Jazzakumullah bil hair..
terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.
Terima Kasih...
Post a Comment