BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, May 18, 2014

SIAPAKAH WANITA PERTAMA MASUK SYURGA DAN APAKAN AMALANNYA..

Sila dapatkan macam2 bedak sejuk disini. 

Bedak sejuk muntah belut 
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu ) 
Bedak sejuk penawar sila 
Bedak sejuk beras titik biasa 
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera 
Bedak sejuk beras titik campur air gamat 
Bedak Arab 
Bedak Tanaka 

Tak perlu rungsing2 mencari bedak2 sejuk ni. DISINI ADA ... 

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai 
ke alamat di beri, insyallah. 

**************************************************** 

SAMA2 TERUSKAN KITA BERDOA UNTUK MH370... 

MARI KITA SAMA2 PERTINGKATKAN AMALAN SOLEH DI 
BULAN REJAB 1435 H. 


***************************************************
Siapakah sebenarnya wanita yang pertama akan masuk syurga 
sebelum Fatimah binti Rasulullah sa.w

Dalam sebuah hadis menceritakan, antara kegemaran Rasulullah 
adalah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran.

Suatu hari ketika Rasulullah sedang melayani puteri kesayangannya, 
Fatimah, baginda bersabda, “Wahai anakandaku! Ketahuilah 
olehmu bahawa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk 
syurga terlebih dahulu daripadamu.”



Mendengar kata-kata ayahandanya, serta merta berubahlah air 
muka Fatimah. Bertanya dia kepada baginda sambil menangis, 
“Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, bagaimana keadaannya 
dan bagaimana pula amal ibadatnya sehingga dia terlebih dahulu 
masuk syurga daripada anakanda? Khabarkanlah di mana dia 
sekarang, anakanda mau jumpa dia.”

Lalu Rasulullah menjelaskan, “Dia adalah seorang wanita yang 
miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman dekat 
Jabal Uhud, kira-kira 3 mil dari Kota Madinah. Nama Perempuan 
itu ialah Muthi'ah.”

Tanpa membuang waktu, setelah mendapat keizinan ayahandanya, 
Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh 
Rasulullah itu.

Setelah bertanya kepada penduduk setempat, banyak yang tidak 
tahu dan mengenali perempuan bernama Muthi'ah ini. Dia bukan 
perempuan yang terkenal. Masing-masing mengatakan tidak 
pernah mendengar dan tidak mengetahui hal perempuan ini.

Setelah berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah, akhirnya 
berjumpalah Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan 
itu. Rumah Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada 
orang. Mungkin sebab itulah susah mencarinya.

Setelah memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu, hanya 
suara saja kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan 
orangnya belum juga muncul. Setelah agak lama Fatimah 
menunggu, penghuni rumah itu pun menjenguk di jendela, sambil 
bertanya siapakah gerangan di luar dan apakah hajat kedatangannya. 
Dia tidak mempersilakan tetamunya itu masuk. Mereka hanya 
bercakap melalui jendela saja.

Fatimah memperkenalkan dirinya: “Saya Fatimah binti Rasulullah, 
datang kemari karena hendak berjumpa dan berkenalan dengan 
kamu.”

Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda Rasulullah, 
maka perempuan itu menjawab: “Terima kasih karena datang 
ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat mengizinkan kamu masuk 
kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin dulu 
apabila dia balik dari bekerja. Silakan datang esok hari sajalah.”

Dengan langkah yang amat berat, Fatimah pulang dengan perasaan 
yang sangat hampa karena tidak dapat berbincang panjang dan 
mengorek rahsia amalannya.

Keesokannya, Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya, Hasan. 
Segera setelah sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun 
terus membuka pintu karena dia sudah mengetahui tetamu yang 
datang itu ialah Fatimah.

Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia terlihat ada 
seorang anak kecil bersama-sama Fatimah lalu dia bertanya: 
“Fatimah, ini siapa?”

"Anak saya, Hasan,” sahut Fatimah.

Perempuan itu berkata, “Saya bersedih karena saya belum minta 
izin dari suami saya. Yang diizinkan hanyalah Fatimah seorang. 
Oleh itu saya perlu minta izin dahulu dari suami lagi. Silalah datang 
esok hari saja.”

Fatimah jadi serba salah. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia 
pun ambil keputusan untuk balik.

Keesokan harinya, Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua 
anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setelah memberi salam, mereka segera disambut oleh penghuni rumah itu.

“Fatimah dengan Hasankah?” Tanya perempuan itu minta kepastian.

Jawab Fatimah, “Kami datang bertiga karena anak saya yang satu 
ini (Husin) mau ikut juga.”

“Fatimah, saya rasa bersedih lagi karena anak yang satu ini 
(Husin) belum saya minta izin dari suami saya. Silakan datang esok 
hari,” tegas perempuan itu.

Mendengarkan kata-kata itu, Fatimah tersipu-sipu menyahut, “Baiklah 
kalau begitu esok saya datang lagi kemari.”

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata : 
“Perempuan ini takut benar akan suaminya, sehingga perkara 
yang sekecil begini pun dia tidak berani melakukannya. Jika dia 
benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah 
pandang aku ini siapa, anak siapa dan dua budak ini cucu siapa, 
pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai tetamu yang datang dari 
jauh saja sudahlah,” bisik hatinya, kesal.

Dalam pada itu, sebaik-baik sahaja suaminya pulang, perempuan 
itu pun memberitahu tentang budak yang satu lagi ini. Suaminya 
terkejut dan hairan, “Kenapa engkau ragu sekali? Bukankah 
Fatimah itu puteri Rasulullah dan dua orang anaknya itu adalah 
cucu baginda? Lebih daripada itu pun engkau pantas benarkan 
karena keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaan Rasulullah. Jangan sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika 
mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapa 
pun, terimalah dengan baik, dan engkau hormatilah mereka semua sebagaimana yang pantas bagi darjat mereka.”

Sahut perempuan itu, “Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan 
saya kerana saya mengerti bahawa apa yang saya tahu, keselamatan 
diri saya juga bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya 
tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau 
menyakiti hati suamiku.”

“Terima kasih,” sahut suaminya. “Tapi takkanlah pula sampai engkau 
tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan izin aku, karena menghormati tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita.”

Pada hari berikutnya, Sayyidatuna Fatimah pun datang seperti yang 
dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah 
dijemput masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air, 
mereka pun berkenalanlah serta memulakan perbincangan.

Pertanyaan Fatimah banyak berkisar mengenai rahasia amal ibadat 
yang menjadi penyebab Muthi'ah menjadi wanita pertama masuk 
syurga menurut ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, 
Muthi'ah menjawab semua pertanyaan Fatimah dengan ikhlas.

Katanya, “Tingkah laku saya biasa saja, tidak ada yang istimewa, 
amal ibadat pun biasa saja, malah Rasulullah lebih mengetahui akan segalanya. Saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh baginda 
dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. 

Antaranya:
1. Saya tidak boleh meninggalkan rumah jika suami saya keluar 
bekerja.
2. Saya tidak boleh menerima tamu (terutama lelaki) jika tiada 
keizinan suami.
3. Saya tidak akan berkeluh-kesah jika suami tidak mempunyai harta.
4. Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
5. Saya tidak cepat-cepat cemburu.
6. Saling mengerti dan menghargai antara kami berdua.

Soal berhias dan berdandan, menurut Mith'iah, dia hanya mengutamakan kecantikannya untuk suami, bukan untuk ditonton dan diperagakan 
kepada orang lain.




Sebagian riwayat menyatakan, Muth'iah mundar-mandir berjalan 
ke pintu rumahnya sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan 
Fatimah.

Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah wadah berisi air, manakala 
tangan sebelah lagi mengangkat ujung kainnya sehingga menampakkan 
betis dan sedikit bahagian pahanya. Wajahnya manis dengan senyuman.

Melihat keadaan Muth'iah yang agak aneh, Fatimah merasa gelisah 
karena dia rasa tidak dipedulikan. 

Fatimah bertanya: “Mengapa begini?”

Sahut Muth'iah: “Fatimah, harap maafkan saya karena saya sedang menantikan suami saya pulang.”

“Mengapa ada wadah air itu?” Tanya Sayyidatuna Fatimah. Jawab 
Muthi'ah jujur: “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik 
dari kerja, saya akan segera memberikan air ini kepadanya supaya 
tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya.”

Fatimah bertanya lagi: “Mengapa dengan rotan ini?” Jawab Muthi'ah, 
“Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah 
dia memukul saya dengan rotan ini.”

Kemudian Fatimah bertanya, “Mengapa diangkat kain sehingga 
menampakkan paha, bukankah itu tidak elok?” Maka Muthi'ah 
menjawab, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya 
begini, tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan 
memudahkan akan maksud hajatnya itu.”

Fatimah termenung lalu berkata dalam hatinya: “Jika beginilah 
kelakuan dan perangainya terhadap suami, tidak dapatlah aku 
mengikutnya. Wajarlah menurut ayahanda, dia terlebih dahulu 
masuk syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa keselamatan 
wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan 
keredhaan suami terhadapnya.”

Fatimah minta diri. Dia terus pulang menghadap ayahandanya dan menceritakan segala yang berlaku.

“Wahai anakandaku, itulah rahasianya mengapa Muthi'ah wanita 
pertama masuk syurga,” kata baginda kepada Fatimah.

Dalam muram dan seakan-akan merajuk, Fatimah menjawab, 
“Anakanda tidak dapat meniru perangai dan amalan Muthi'ah.”

Melihat rintihan puterinya itu, Rasululah tersenyum sambil 
berkata, “Wahai anakandaku, janganlah anakanda susah hati. 
Perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah perempuan 
yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda 
tatkala anakanda masuk syurga nanti. Jadi dialah yang akan masuk 
terlebih dahulu daripada anakanda.”

Setelah mendengar penjelasan ayahandanya itu, barulah nampak 
Fatimah mulai gembira dan tersenyum.

Begitulah ganjaran yang Allah berikan kepada Muthi'ah. Semoga 
amalan yang dilakukannya itu sedikit sebanyak akan menjadi 
panduan dan dorongan kepada wanita-wanita terutama bagi 
mereka yang sudah berumahtangga.

0 komen: