BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, November 19, 2014

5 GANGGUAN SYAITAN SEMASA SOLAT

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.

****************************************************
Baca lah surah al-fatihah pagi dan petang dan hadiahkan 
pahalanya pada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta 
ahli keluarga dan kesemua sahabat2 baginda. Juga 
di hadiahkan pahalanya kepada ibubapa kita serta kepada 
semua muslimin muslimat yang masih hidup mahupun 
telah meninggal dunia ..

Al fatihah


Dan berdoalah lah : 

"Ya Allah sesungguhnya kami mencintaiMU, mencintai 
orang-orang yg mencintaiMU, mencintai amal-amal yg 
menyebabkan kami semakin mencintaiMU dan Engkau 
mencintai kami. Semoga Allah selalu melancarkan dan 
memudahkan ikhtiar kami untuk hidup bahagia 
sejahtera di dunia dan akhirat. 

Ya Allah, jauhkan hidup kami dari penderitaan, 
mudahkanlah jalan kami untuk kebahagian, lancarkanlah 
rezeki kami agar kami menjadi orang kaya yang berguna 
dan panjangkan umur kami dalam keberkahan dan kesihatan.  

Katakan Aamiin jika doa ini juga doa kalian.

*****************************************


5 gangguan syaitan ketika kita solat : 

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu 
apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. 
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. 
Peristiwa itu berlaku terus menerus dan berulang2 dan terkadang 
sampai imamnya hampir rukuk. 

Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan 
yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci 
(berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada 
Rasulullah dan mengadu,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku 
dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah 
syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan 
kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah 
kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT 
menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang 
dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya 
sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila 
salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud 
dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, 
setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata,

“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, 
syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak 
mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai 
azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. 
Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu 
bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah 
apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak 
tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya 
dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang 
menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun 
serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat 
dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. 

Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada 
ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada 
orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW 
memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang 
telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya :


“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah 
dari Al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu 
benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak 
berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan 
lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. 
(HR Bukhari dan Muslim)

2 komen:

Azrin Rahim said...

terima kasih atas perkongsian.. kdng2 ayie biasa mglmi yg no. 3 tu..istighfar bnyk2..

Azrin Rahim said...
This comment has been removed by the author.