Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak warisan benang sila biasa
Bedak warisan benang sila harum serta span
Bedak warisan sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak warisan sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab
Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.
*****************************************************
Kali ni nak kongsi pengalaman saya sendiri
mengenai penyakit berjangkit kudis buta.
Kudis buta
Saya masih ingat lagi, ianya terjadi ke atas diri
anak sulung saya.
Anak sulung saya tu belajar di sebuah sekolah berasrama
penuh di utara semenanjung. Lima tahun dia belajar
di sana dari tingkatan 1 ke tingkatan 5.
Biasanya setiap 2 minggu ke satu bulan, saya sekeluarga
akan ziarahi dia untuk membuat pemantauan dari
segi pemakanan serta kesihatan sambil bertanya khabar
dan tengok perkembangan pembelajaran dia.
Satu hari semasa di rumah, saya dapat panggilan telepon
dari dia mengatakan dia dapat cuti 2 minggu. Pengurusan
sekolah bagi cuti. Saya sekeluarga pun hairan juga
kenapa dia diberi cuti walhal bukan pun musim cuti
sekolah.
Bila dia balik ke rumah, baru saya tahu yang dia
dibenarkan balik disebabkan dijangkiti penyakit
kudis buta di bahagian tapak tangan nya. Pihak sekolah
risau penyakit kudis ni akan menjangkiti pelajar2
lain pula dan untuk elakkan ni, dia dan beberapa pelajar
lain yang juga dijangkiti penyakit kudis ni dibenarkan
pulang ke rumah untuk rawatan.
Memang nampak jelas, kudis tu , warna kemerah2an,
berkuping2, berair, bentuk biji2 tapi cuma tertumpu
pada bahagian kecil pada tapak tangan dia.
Saya memang tahu penyakit kudis ni adalah jenis
berjangkit. Disebabkan dia punyai beberapa adik
beradik yang lain, apa yang saya buat serta merta
untuk kawal dari berjangkit kepada orang lain ialah :
1. Asingkan pakaian dia untuk di basuh secara asing.
2. Sebelum basuh, rendam pakaian dengan air panas
dan masukkan ubatan DETTOL dalam air tu.
3. Habis basuh, sidai macam biasa bawah matahari.
4. Saya ulangi cara basuh ni untuk beberapa hari.
5. Untuk penyakit kudis tu pula, saya sapukan Bedak
Muntah Belut ni untuk cepat keringkan kudis tu.
Bedak muntah belut
6. Juga buat rawatan susulan dengan doktor.
7. Anak sulung saya ni juga ditidurkan asing dari
adik beradik dia sehingga saya nampak kudis tu
sembuh.
8.Suruh anak saya tu jangan mengaru2 kudis tu
dikhuatiri merebak pula ke bahagian lain
9. Jaga pemakanannya, elakkan makan makanan
yang gatal2 seperti udang, ketam, kerang...
10. Kesat dengan ubatan contohnya DETTOL ke
tempat2 yang selalu anak saya tu pegang
11. Boleh juga amalkan sapu BAM daun gelenggang,
insyallah boleh sembuh bila amalkan.
Bam daun gelenggang
Penyakit kudis ni jangan main2...ianya jenis
berjangkit disebabkan oleh sejenis hama sebab tu
kena la ambil langkah kawalan . Memang penat
rasanya buat semua ni tapi dengan pertolongan
ahli keluarga lain, tak la terasa sangat.
Alhamdulillah kurang 1 minggu lepas tu, saya nampak kudis
di tangan anak saya tu mulai kering dan beransur2 sembuh.





Time in Ipoh
Time in Mecca 
