Tuesday, December 16, 2008
Sunday, December 7, 2008
Aidil Adha
Kepada semua ahli keluarga saya, sahabat handai, rakan taulan dan pengunjung blog.... saya nak ucapkan selamat menyambut aidil adha. Walaupun kemeriahannya mungkin tak seperti sambutan aidil fitri, namun acara korban yang diadakan nanti pasti akan menarik.
Saya doakan agar semua tetamu Allah di Mekah dapat menunaikan haji dengan baik tanpa sebarang masalah dari segi kesihatan maupun teknikal. Semoga kalian dapat balik ke tanahair dengan selamat dan dengan memperolehi haji yang mabrur... amin.
dicatat oleh Unknown sendiri 8:12 AM 0 komen
Labels: umum : raya
Wednesday, December 3, 2008
Dah update Blog!!
Agak lama saya tak update blog ni. Minta maaflah kepada sesiapa yang mengunjungi blog dengan harapan untuk membaca post terkini.
Saya baru habis mengemas setelah berpindah dari Penang balik ke kampung halaman. Penat juga berpindah randah. Saya respek orang-orang Badwi yang sering berpindah randah tu.
Ada banyak cerita yang tertangguh ni. Maklumlah sejak pindah ni banyak na kerja yang perlu dibuat dahulu.
Oleh kerana rumah pusaka tinggalan arwah bapa mertua saya ni sudah tidak didiami orang semenjak setahun yang lepas, maka banyaklah pembaikan yang perlu dibuat. Wiring kena check, sebab bila tersilap tekan suis lampu saja, satu rumah akan bergelap.
Lepas tu, walaupun sudah dua minggu pindah, connection internet masih belum berjalan dengan lancar. Waktu siang, oklah. Boleh digunakan. Tapi bila malam saja, dah tak boleh connect. Geram betul saya... Siang tak leh guna computer sebab anak-anak dah conquer. Bila malam internet pulak buat hal. Tapi hari ni saya bagi warning kat anak-anak. Umi nak buat kerja dulu. lepas tu bolehlah korang main.
Pada 19 Oktober yang lalu, anak keempat saya sudahlah tamat belajar di tadikanya. Seperti biasa, pihak sekolah mengadakan konsert sekolah. Anak saya masuk acara tarian. Joget Melayu.... (lol) Tapi sebelum tu, diadakan acara pemberian pingat bagi pelajar-pelajar yang cemerlang.
Anak umi dah graduate!!
Ini hadiah yang terimanya. Jadilah.. ada juga kenangan.. hu hu
Tengah menari joget!!
Ha.. itu cerita bulan Oktober.
Sehari sebelum pindah, Cik Eka dan Cik Ebby datang menjemput saya. Dah diceritakan pun oleh mereka dalam blog masing2. Saya berterima kasihlah kepada Eka yang merancang semua ni. Cun gak si Ebby tu. Saya macam selalu tak banyak bercakap, tetapi lebih banyak mendengar. Lagipun saya mana ada pengalaman tentang dunia penulisan ni.
Dari apa yang saya dengar, agak menyeramkan juga bidang penulisan ni. Saya ingat saya tak perlulah bersemuka dengan bakal pembaca novel saya. Rupanya tidak. Saya perlu berhadapan bukan sahaja dengan pembaca malah pengkritik buku juga....Semoga semangat saya tetap kuat menghadapi cubaan dan dugaan dunia buku ini... amin....
Tuesday, November 11, 2008
SPM!!









Hari ni bermulalah perjuangan anak bujang saya setelah bertungkus lumus memasuki institusi persekolahan selama 11 tahun. Apa yang boleh saya lakukan sekarang hanyalah berdoa agar dia dapat memberikan jawapan yang dapat memuaskan hati para pemeriksa kertas. Biarlah dia dapat menjawap kesemua kertas soalannya dengan jaya.. amin!!
Teringatlah saya tatkala saya menduduki peperiksaan yang sama dahulu. Agak berkurun juga rasanya..(lol). Sebelum menghadapi peperiksaan kertas, kami diminta membuat peperiksaan amali. Memang teruja sangat masa tu. Maklumlah terasa diri bagaikan seorang saintis muda yang sedang menjalankan ujikaji besar!! (roflol)
Memang amat mendebarkan setiapkali kaki melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Bolehkah saya menjawapnya nanti? Bolehkah saya menghabiskannya nanti? Mak pesan untuk menghabiskan kesemua soalan walau apa pun yang terjadi. Moga-moga masa yang diberi boleh saya atur dengan elok dan tepat.
Setiap kali lepas keluar dari dewan, saya akan terus ke bilik darjah yang lain ataupun terus balik. Tak ada masa nak berkongsi maklumat dengan kengkawan. Untuk apa nak bertukar-tukar jawapan sekiranya kertas jawapan sudahpun ada di tangan pegawai bertugas. Hanya akan memeningkan kepala sekiranya jawapan saya berbeza dari jawapan kawan2. Lebih elok saya tatap buku untuk peperiksaan yang seterusnya.
Itu sedikit sebanyak pengalaman saya ketika di sekolah dulu. Semoga anak teruna saya dapat membuat yang terbaik bagi dirinya dan menjadi contoh yang baik untuk adik2nya.
Selamat berjuang, Nazmi. Umi dan abah sentiasa mendoakan kejayaan Nazmi. Adik2 pun berdoa juga agar abang sulung mereka menempah kejayaan yang cemerlang!!
Sunday, November 9, 2008
Novel Baru saya

Amatlah gembiranya saya bila diberitahu novel saya akan dikeluarkan pada bulan Disember ni. Sekarang novel tu dalam proses grafik cover. Entah bagaimanalah bentuk cover buku saya tu nanti. Tak sabar2 rasanya nak tengok. Maklumlah novel sulung....
Saya tak tahulah jika saya boleh membuat sedikit sinopsis di sini. Takut juga nanti dimarahi pihak penerbit. Lebih membimbangkan jika saya disaman kelak. Belum keluar buku, terus di saman.. nauzubillah, dijauhi Allah...
Saya akan bertanyakan hal ini nanti bila bertemu dengan penerbit. Jika dibenarkan, saya akan tulis sedikit sinopsisnya di sini. Hmmmm tak sabar menunggu bulan 12.
Untuk para tetamu Allah, saya ucapkan selamat menjalankan ibadah haji dengan tulus ikhlas. Semoga pulang kalian nanti, mendapat haji mabrur. Buat masa ni,saya belum dapat bersama2 kalian untuk menjejakkan kaki di Mekah. Doakanlah agar saya dapat ke sana tak lama lagi.. ataupun sebelum saya menutup mata meninggalkan alam fana ini...
(Dah lari dari tajuk... lol)


Time in Ipoh
Time in Mecca 
