BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, December 22, 2008

Kenduri Kahwin di Melaka, terjumpa HAZIQ AF4!!!


Hujung minggu yang lepas, saya dan keluarga balik ke kampung. Kampung saya di Melaka. Lebih tepat lagi kenduri itu diadakan di Bukit Sedanan, Selandar. Tu rumah Mak Long sayalah. Kampung sebenar saya bukan di situ.Ada kenduri kahwin. Sepupu yang telah lama saya tak jumpa. Oleh kerana dah lama sangat tak balik Melaka, kami tercari-cari rumah mak long saya tu. 2 jam berpusing kat kawasan Macap akhirnya baru jumpa. Bila dah berkumpul ramai2 dengan adik beradik dan sepupu sepapat, banyaklah cerita silih berganti.
Yang di sebelah ni gambar sepupu,mak dan mak saudara saya tengah rancak bergebang (lol). Maklumlah orang dah lama tak jumpa. Ada yang kata macam 'Jejak Kasih' lah pulak. Siap ambil nombor telefon lagi. Rupanya sepupu saya tu dah jadi usahawanita. Ada kedai sendiri di Johor.Respeklah Yati!!.. Ada banyak lagi gambar kenangan.


Satu kejutan terjadi semasa di sana. Suami saya cuit lengan beritahu, dia nampak Haziq AF. Biar betul.... Saya bangun dari tempat lepak saya dan adik-adik. Laa... betullah, Haziq AF tu... Kemusykilan mula bermain di benak. Terus tanya sepupu. Haziq tu sebenarnya ada kaitan persaudaraan dengan keluarga sebelah mak sepupu saya tu. Wah!Kiranya saya pun ada sangkut sikitlah dengan artis dari Johor tu...Kuang kuang. Apa lagi suami terus cuit tangan suruh bergambar. Alamak malulah...
Tapi sebab suami dah ke depan bersalam dengan ayah Haziq dan minta kebenaran untuk bergambar, terpaksalah saya ikutkan arahannya..(walhal dalam hati memang seronok) hahaha... Dua kali bergambarlah...

Inilah gambar suami saya yang selalu pakai songkok berbelang...suka posing dari belakang sebab dia pemalu orangnya....dan very secretive macam agen perisik lagaknya.

0 komen: