BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, December 24, 2008

Novel pertama saya - MEMORI JANJI KASIH

Alhamdulillah.....

Hari ni saya gembira akhirnya novel pertama saya di keluarkan.
MEMORI JANJI KASIH....menggunakan nama pena saya
NOR ALYA sepatutnya NURALYA tapi saya tak kisah sebab
dah keluar dah setelah hampir 1 tahun lebih saya menunggu.

Terima kasih kepada CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD juga
kepada editor saya Cik Norazlina yang tak jemu melayan kerenah saya.

Sila ke link ni ....

Sinopsis novel MEMORI JANJI KASIH.

"Zahier, ibumu tidak pernah merestui cinta kita. Tidak pernah sesekali mengizinkan untuk aku menyayangi anak tunggalnya. Membuat aku tertanya-tanya, salahkah pipit dan enggang terbang bersama? Lalu kutemui jawapannya. Ya! Pipit dan enggang tidak layak terbang berdua. Tidak layak menyulam harapan dan impian untuk hidup bersama. Zahier… demi sebuah ‘syarat’ yang tak mampu kukhianati, demi janji-janjiku pada ibumu, aku harus tega terima segalanya. Lalu perlukah kita teruskan impian yang sia-sia ini? Berhentilah daripada terus memburu diriku. Kerana langkahku tak panjang untuk berlari merentas benua bagi menghindari diri darimu. Cukuplah, aku telah letih untuk mendengar segala tohmahan dan kejian yang dilemparkan kepadaku. Kerana aku telah letih menyintaimu. Kerana aku telah jerih menyayangimu. Berilah ruang dan peluang untuk aku bina hidup baru, untuk aku terbang bersama sang pipit, biarpun tak
mampu terbang tinggi, namun kami serasi…"

Sila ke link ni ...

4 komen:

husz_nie said...

wah tahniah.. dah kuar ek.. dah de kat pasaran ke?? kalau nak yg ada tandatangan penulis leh tak?? hehehe..

pasal nak tukar background tu.. Kak Alya leh refer sini >> http://hanya-diriku.blogspot.com/2008/12/nak-bubuhtukar-background.html

Mersik said...

Salamz Nor Alya ,
Wahh.. tahniah daun keladi dgn kelahiran nvl baru ni. Amboi2.. ada memori2 , ada janji2 , ada kasih2 lagi tu.. kelasss gitu..

Eh, ngeteh2 tak da ke? hik hik

Mudah2an nvl ini akan mendapat sambutan yg hangat bangat, ngetop , da bomb serta laku keras , yihaaa!

diari-alya said...

salam husz_nie,
ya sudahpun ada di pasaran. Kalau nak yg bertandatangan tu boleh. Insya Allah kalau ada rezeki akk ke Pesta Buku. Kat sana boleh sign.... hehe

Nanti akk cuba tukar background tu. Kalau sesuai bolehlah letak kat sini. tima kasih daun keladi, nnt kalau akk nak apa2 lagi, boleh minta lagi?

diari-alya said...

Salam mersik,

Hehe... mestilah ada memori kalau ianya sudah jadi sejarah... tak gitu.

Nak ngeteh? Maaf ek... apa tu ngeteh? Saya ni vocab tak besar. Selalu kena rujuk dalam kamus dewan tp ngeteh takdelah...

Tima kasih atas doa mersik tu...moga-moga dilaksana Allah.. huhu