BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, July 28, 2011

SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN 1432 BERSAMAAN ISNIN 1 OGOS 2011

Hari ini sudah 26 Syaaban 1432 bersamaan
hari Khamis 28hb Julai 2011.

Disini, saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN
RAMADHAN 1432 dan SELAMAT BERPUASA
kepada semua rakan2 blogger.

Jika ada posting2 saya sebelum ini yang mungkin
menyinggung perasaan rakan2 blogger, saya 
minta maaf.




















Ingatlah pesanan Rasulullah SAW

"Banyak sekali orang yang berpuasa, tetapi tidak
mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga.
Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang merugi,
yang tidak memperoleh apapun dari bulan yang penuh
rahmat ini".


Selain meneruskan amalan wajib seperti sembahyang
dan berpuasa dalam bulan ramadhan, perbanyakkan lah
amalan2 lain antaranya :




1. Mengucapkan selamat menyambut Ramadan.

2. Menempah pakaian untuk Ramadan.  

3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadan.

4. Sebelum tidur, bacalah empat ayat terakhir 
    surah al-Kahfi supaya dapat bangun malam.

5. Berazam melakukan solat Tarawih 20 rakaat
    dan solat witir 3 rakaat.

6. Bertadarus secara beramai-ramai.

7. Solat jemaah setiap waktu.

8. Solat berjemaah di masjid atau surau.

9. Amalkan qiamullail walaupun sekejap.

10. Sahur pada akhir waktu

11. Untuk mengelak makanan tidak hadam ketika bersahur, 
     elak mengambil makanan pedas dan tutup sahur dengan
     air susu.

12. Mandi janabat sebelum imsak.

13. Kurangkan tidur.

14. Tunaikan solat sunat Fajar (Subuh.)

15. Tunaikan solat Dhuha.

16. Tidur waktu cuti (sejam sebelum Zuhur).

17. Tunaikan solat sunat Rawatib.

18. Jaga pancaindera.

19. Elak mengosok gigi pada waktu petang.

20. Selalu hadir majlis ilmu.

21. Buat baik kepada ibu bapa.

22. Isteri hendaklah taat kepada suami.

23. Banyak bersedekah.

24. Berbuka dengan tiga biji kurma dan air mineral.

25. Berbuka bersama orang tua.

26. Jemput tetamu berbuka.

27. Kurangkan berat badan.

28. Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca
     al-Quran, solat dan berzikir di masjid.

29. Perbaiki hubungan suami isteri.

30. Perbaiki hubungan dengan jiran.

31. Isteri elak keluar rumah memakai mekap dan perhiasan.

32. Elak berbelanja berlebihan.

33. Tingkatkan kesabaran.

34. Banyak berselawat, istighfar dan bertasbih.

35. Berazam untuk beramal pada malam Lailatul Qadar.

36. Mengejutkan isteri dan anak pada malam Lailatul Qadar.

37. Elak menonton televisyen atau internet yang mengandungi
     bahan yang boleh menaikkan nafsu.

38. Elak mendengar radio berunsur hiburan.

39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.

40. Jauhkan perbuatan bercumbu dengan suami atau isteri
     pada waktu siang.

41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau meninggal dunia.

42. Melazimkan solat waktu.

43. Elak bersiar-siar sebelum berbuka sehingga boleh
     mengurangkan pahala berpuasa.

44. Elak banyak berhutang

45. Merasa sedih meninggalkan Ramadan kerana bimbang
      tidak bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.

46. Tunaikan zakat fitrah.

47. Jika boleh, katam al quran

48. Jaga lisan atau lidah ( pertuturan )

2 komen:

arieshadi said...

happy fasting to ... :D

mama aini said...

salam kenal dr mama...selamat berpuasa utk alya juga...semuga puasa kita diterima olh Allah..insyaallah..