BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, January 31, 2014

TELADAN : ADAKAH ANAK KITA AKAN MENDOAKAN UNTUK KITA SEPERTI KISAH ANAK SHOLEH DI ZAMAN NABI MUSA as

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak warisan benang sila biasa
Bedak warisan benang sila harum serta span
Bedak warisan sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak warisan sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.


*****************************************************


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus 
dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa 
akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap 
dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab 
pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada 
nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. 
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan 
aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, 
kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, 
Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut 
tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan 
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya 
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau 
dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak 
melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu 
di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi 
betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa 
terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam 
hatinya penuh keheranan.



Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu 
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula 
ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan 
membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga 
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan 
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya 
dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi 
Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", 
jawab pemuda itu yaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela 
babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu 
adalah ibubapa kandungku. Oleh karena mereka telah melakukan dosa 
yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang 
bodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu 
urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua 
ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa 
mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", 
sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. 
Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi 
manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", 
tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu 
kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran 
dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada 
kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun 
dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh 
disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada 
di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami 
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak 
yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam 
neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik 
di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Arti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi 
Allah swt. 

Thursday, January 30, 2014

MENYINGKAP RAHSIA SERTA KEUTAMAAN HARI KHAMIS

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak warisan benang sila biasa
Bedak warisan benang sila harum serta span
Bedak warisan sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak warisan sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.

*****************************************************
Hari Khamis merupakan hari yang kelima dalam seminggu. 

Hari Khamis merupakan hari yang baik untuk mengusahakan 
apa-apa Hajat, kerana Allah swt memerintahkan Penunaian 
pada hari itu. Oleh itu, sesiapa yang berhajat sesuatu kepada 
Allah swt, maka eloklah ia memintanya pada hari Khamis. 

Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah saw telah ditanya 
sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah saw bersabda: 
"Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: 
"Mengapa demikian ya Rasulullah saw? Baginda menjawab: 
"Kerana Nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari 
tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi 
Siti Hajar" 

Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran 
berlaku pada hari Khamis menurut catatan Islam adalah: 

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir. 

2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof 
setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, 
Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal). 

3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan 
berjumpa dengan Nabi Yusof. 

4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga, untuk bertemu 
anakandanya yang dirindui. 

5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak 
firaun menyembah kepada Allah SWT. 

6. Rasululllah saw memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah. 

Amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari Khamis, 
membaca Yaasin pada Khamis malam Jumaat. ‘Aisyah r.a. 
menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah saw amat menjaga puasa 
pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi). 

Antara doa dan zikir yang boleh diwiridkan pada hari Khamis ialah
seperti dibawah, ada yang dijadikan zikir ini sebagai permulaan
ceramah atau permulaan doa..



Wednesday, January 29, 2014

PENGALAMAN SAYA : ANAK SAYA DIJANGKITI PENYAKIT KUDIS BUTA

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak warisan benang sila biasa
Bedak warisan benang sila harum serta span
Bedak warisan sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak warisan sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.



*****************************************************

Kali ni nak kongsi pengalaman saya sendiri
mengenai penyakit berjangkit kudis buta. 




Kudis buta









Saya masih ingat lagi, ianya terjadi ke atas diri
anak sulung saya. 

Anak sulung saya tu belajar di sebuah sekolah berasrama
penuh di utara semenanjung. Lima tahun dia belajar
di sana dari tingkatan 1 ke tingkatan 5.

Biasanya setiap 2 minggu ke satu bulan, saya sekeluarga
akan ziarahi dia untuk membuat pemantauan dari
segi pemakanan serta kesihatan sambil bertanya khabar
dan tengok perkembangan pembelajaran dia.

Satu hari semasa di rumah, saya dapat panggilan telepon
dari dia mengatakan dia dapat cuti 2 minggu. Pengurusan
sekolah bagi cuti. Saya sekeluarga pun hairan juga
kenapa dia diberi cuti walhal bukan pun musim cuti
sekolah.

Bila dia balik ke rumah, baru saya tahu yang dia
dibenarkan balik disebabkan dijangkiti penyakit
kudis buta di bahagian tapak tangan nya. Pihak sekolah
risau penyakit kudis ni akan menjangkiti pelajar2
lain pula dan untuk elakkan ni, dia dan beberapa pelajar
lain yang juga dijangkiti penyakit kudis ni dibenarkan
pulang ke rumah untuk rawatan.

Memang nampak jelas, kudis tu , warna kemerah2an,
berkuping2, berair, bentuk biji2 tapi cuma tertumpu
pada bahagian kecil pada tapak tangan dia.

Saya memang tahu penyakit kudis ni adalah jenis
berjangkit. Disebabkan dia punyai beberapa adik
beradik yang lain, apa yang saya buat serta merta
untuk kawal dari berjangkit kepada orang lain ialah :

1. Asingkan pakaian dia untuk di basuh secara asing.
















2. Sebelum basuh, rendam pakaian dengan air panas
   dan masukkan ubatan DETTOL dalam air tu.

3. Habis basuh, sidai macam biasa bawah matahari.
4. Saya ulangi cara basuh ni untuk beberapa hari.
5. Untuk penyakit kudis tu pula, saya sapukan Bedak
   Muntah Belut ni untuk cepat keringkan kudis tu.



Bedak muntah belut







6. Juga buat rawatan susulan dengan doktor.
7. Anak sulung saya ni juga ditidurkan asing dari
   adik beradik dia sehingga saya nampak kudis tu
   sembuh. 
8.Suruh anak saya tu jangan mengaru2 kudis tu
   dikhuatiri merebak pula ke bahagian lain
9. Jaga pemakanannya, elakkan makan makanan
    yang gatal2 seperti udang, ketam, kerang...
10. Kesat dengan ubatan contohnya DETTOL ke
     tempat2 yang selalu anak saya tu pegang
11. Boleh juga amalkan sapu BAM daun gelenggang,
     insyallah boleh sembuh bila amalkan.


Bam daun gelenggang








Penyakit kudis ni jangan main2...ianya jenis
berjangkit disebabkan oleh sejenis hama sebab tu
kena la ambil langkah kawalan . Memang penat

rasanya buat semua ni tapi dengan pertolongan
ahli keluarga lain, tak la terasa sangat.

Alhamdulillah kurang 1 minggu lepas tu, saya nampak kudis
di tangan anak saya tu mulai kering dan beransur2 sembuh.


Tuesday, January 28, 2014

SEDEKAHKAN AL FATIHAH DAN DOA UNTUK KEDUA2 IBUBAPA SETIAP PAGI...

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..DiSini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak warisan benang sila biasa
Bedak warisan benang sila harum serta span
Bedak warisan sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak warisan sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.

*****************************************************






























Saturday, January 25, 2014

PETUA WAJAH BERSERI

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak warisan benang sila biasa
Bedak warisan benang sila harum serta span
Bedak warisan sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak warisan sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.


*****************************************************