BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

KALAU SUKA POSTING2 KAT BLOG NI, SUDI2 ISIKAN TABUNG NUFFNANG NI YE..TKASIH

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

SELAMAT DATANG, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

Kepada Semua Pelawat Yang Pertama Kali Singgah ke Diari Alya2, kami Ucapkan Selamat Datang. Disini ada macam2 BEDAK SEJUK BIASA serta BEDAK SEJUK RAWATAN yang boleh bantu rawat masaalah kulit anda secara tradisional. Juga ada AIR GAMAT, MINYAK ANGIN PANAS, BAM, MINYAK GAMAT, CORONG RESDUNG, KAYU SUGI. UNTUK TEMPAHAN HASIL KRAFTANGAN , SILA LAWAT DISINI

Friday, January 31, 2014

TELADAN : ADAKAH ANAK KITA AKAN MENDOAKAN UNTUK KITA SEPERTI KISAH ANAK SHOLEH DI ZAMAN NABI MUSA as

Kepada rakan2 yang mencari BEDAK2 SEJUK..Sini macam2 ADA...

Bedak sejuk muntah belut
Bedak warisan benang sila biasa
Bedak warisan benang sila harum serta span
Bedak warisan sejuk beras titik biasa + pewangi halal + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + AIR GAMAT + air surah yassin
Bedak warisan sejuk beras titik + pati ALOE VERA + air surah yassin
Bedak warisan sejuk penawar benang sila
Bedak Tanaka
Bedak Arab

Nak tempah sikit2 boleh ...tempah banyak2 pun ok.
Insyallah boleh disediakan.


*****************************************************


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus 
dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa 
akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap 
dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab 
pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada 
nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. 
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan 
aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, 
kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, 
Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut 
tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan 
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya 
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau 
dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak 
melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu 
di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi 
betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa 
terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam 
hatinya penuh keheranan.



Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu 
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula 
ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan 
membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga 
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan 
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya 
dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi 
Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", 
jawab pemuda itu yaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela 
babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu 
adalah ibubapa kandungku. Oleh karena mereka telah melakukan dosa 
yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang 
bodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu 
urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua 
ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa 
mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", 
sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. 
Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi 
manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", 
tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu 
kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran 
dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada 
kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun 
dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh 
disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada 
di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami 
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak 
yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam 
neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik 
di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Arti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi 
Allah swt. 

0 komen: